Isnin, 12 Disember 2011

Ombak Rindu ... di hati Aina dan kesayangannya..

Tuhan,
tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

Tuhan,
aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya tuk cintaku
MONOLOG AINA..

Aku hargai pengorbananmu sayang.Terima kasih kerana sanggup bersusah-payah membeli tiket wayang "Ombak Rindu" demi saye.Awak takut saya x sempat tengok filem tu sebab tiket habis.Sudahnya, awak orang pertama beli tiket tu.. Terima kasih ye sayang.

Saya penah menonton wayang dengan kawan-kawan.Tapi kenapa rasa dan perasaannya tak sama ye bila awak berada sebelah saya?Mujur jugak masa tu lampunya suram je. Awak ade cakap.. Awak nak tengok saya nanges bila tengok filem tu. Saya cakap dalam hati, mintak maafla.Aina bukan senang nak menangis ye.Kali terakhir die menangis emmm... emmm..Alamak,maaf...xleh gtau la.

Tapi saya silap la awak. Saya mmg x sedih pun tengok cerita tu.Tapi tu permulaan je. Awak ingat x masa Haris baring kat kerusi,Izzah tanggalkan stokin suami die dan letakkan kepalanya di dada suami dia.Bila dengar je lagu Ombak Rindu,masya Allah,saya x sedar mata saya basah. Awak tau ape saya fikir. Izzah xtau ape yang akan dilalui selepas dia menikah dengan Haris.Manis?Pahit?Derita? Seperti jugak kita.Mana mungkin 2 bulan kenal terus bertunang tanpa bersua secara rasmi.Kita x tahu apa yang menunggu di kemudian hari.Bahagiakah awak dengan pertunangan ini atau sebaliknya?

Tapi kan awak,saye geram la jugak.Bila sedap2 tengah feeling,mamat kat sebelah tu gelak.Saya rasa dia ade masalah mental.Saya dengar dia cakap "ape la hero menanges"..DIA SILAP.. Lelaki menanges bukan kerana lemah.Sekali lagi pipi saya basah bila Haris kejar Izzah kat batu2 tu dan dia mintak maaf sebab dia marah Izzah bila die ingat Izzah mengandung.Dia kate "Boleh x awk jgn panggil saya Encik." "Kalau x panggil Encik,nk panggil ape" "Izzah panggil abang"....Pastu die peluk isteri die..hehehe..sampai sekarang,sy x mmpu nk panggil awk mcm tu.Biarlah.lepas kita nikah,mcm2 sy akn panggil awk..pgil yg baik2 dan manja2.

Sy x rasa penat pun drive dr Bentong ke Ipoh selama 3 jam setengah tu.Pukul 1 jumpa,pukul 7 malam dah nak kena balik.Tapi saye x kesah pn awak.Sy betul2 x kesah.cuma saya kesah sebab sekejapnya dapat jumpa awk...Ade rezeki,awk datang la sini pulak ye.Banyak tempat menarik saye nak bawak awk berjalan tau.

Selamat Hari Lahir Yang ke-25 ye awak.Semoga Allah akan terus memanjangkan umur awak dan seluruh keluarga awak..

Banyaknya monolog saya hari ini.Bila bersendirian di rumah,tak tau nk buat ape,jadi macam ni lah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan