Jumaat, 16 Disember 2011

Diam-diam Jatuh Cinta Part 3

    Serasa begitu laju masa berdetik.Hanya tinggal sebulan sahaja lagi pengajianku di sini.Itu juga bererti,semakin hampir aku kepada pembentangan PSM yang telah aku usahakan sejak dari semester lepas lagi.Oh ya..bercakap tentang PSM...aku memilih untuk membangunkan sebuah laman web bagi pembelajaran berasaskan gaya pembelajaran autentik.Sebulan yang lepas jugalah aku masih belum menemukan jawapan kepada sebuah persoalan tentang insan misteri itu.Sudahnya,aku rasa ingin menghabiskan masa dengan melihat ragam manusia.
      Aku gemar meluangkan masa yang ada bersendirian.Sebenarnya,aku terpaksa bersendirian.Fatimah sekarang sudah mempunyai kekasih hati.Jadi kebanyakkan masa diluangkan bersama kekasihnya itu.Tak mengapalah..Aku terus berjalan..Ke kiri..kanan...Dan...
     "Aiskrim...aku nak makan aiskrim la.Aiskrim McD mmg best.hehe"
     Aku mengatur langkahku ke kaunter tersebut dan memesan aiskrim kesukaanku.Setelah membayar harganya,aku meneruskan langkahku yang entah ke mana.Terleka mengelap titisan aiskrim yang menitik di tudungku,aku terlanggar seseorang.Aku angkat kepalaku supaya dapat mengenalpasti siapa sebenarnya mangsaku itu.
     "Hah..mampus...ko langgar lelaki la nani. " Hati menjerit.
     "Err...saye mintak maaf. Biar saye tolong ambil buku awk yg jatuh ni." Aku segera mengambil buku tersebut dan selepas meminta maaf,aku segera menghilang di balik kedai2 yang berderet di situ.Aku nampak dengan jelas senyuman itu.Sama seperti yang aku pernah lihat semasa insiden memalukan itu berlaku,Mungkin suratan atau kebetulan..ceeewahhh..sudahla..wat x tau je.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

     Rindunya pada mak,ayah dan adik-adik tercinta.Apa khabar agaknya mereka di sana?Jauh aku di sini menuntut ilmu agar aku dapat mengubah nasib keluarga kita.Doakanlah kejayaan aku di sini walaupun aku telah menyusahkan kalian.Mereka terpaksa menanggung beban membayar yuran pengajian dan penginapan yang mencecah ribuah ringgit.Aku nekad.Aku akan segera menamatkan pengajian ini dan berbakti demi orang tuaku.Aku cuma perlu bertahan dan terus bertahan.
    Tiba-tiba,hatiku jadi sayu.Ke mana dia yang selalu mengganggu hidupku.Sudah 3 hari aku tidak menerima sebarang SMS darinya.Sudah temui perempuan lainkah untuk diganggu?Atau terlalu sibuk dengan tugasan dan kuliah hinggakan tiada masa lagi mengganggu aku di sini.Aku mulai rindu..Rindu padanya..Rindu ...rindu dan terus rindu...Namun tangan enggan memulakan perutusan SMS dengannya. Ego..Kau bodoh Nani.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
" Salam.Awk,rnd kt sy x?"Seperti mengetahui ap yang sdg aku fikir je dia ni.
"Wsalam.X rnd pn.Sy sbuk,jd x ad ms nk rnd sgt kt sape2" Cis..menipu!
"Owh.ye ke.Xpela klu g2." 
"Awk di mana?"
"Library..datang la sini.kita study sama2.."
Itulah yang selalu diutarakannya.Jiwa berdetik,aku harus tahu siapa lelaki ini.Mudah.Aku xperlu berterus terang.Aku cuma perlu tanya yang mana satu adalah dia dan selepas aku mengetahuinya,aku terus pulang.Senangkan.Ye..itu yang akan aku buat.Lima minit sahaja waktu yang aku perlukan untuk bersiap dan kini aku sudah sedia untuk ke perpustakaan.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
"Awk kt mn?" Aku yang bru smpai memanjangkan leherku bagi mencari kelibatnya.
1 minit, 2 minit, 3 minit....5 minit barulah ada balasan darinya.
"Knpe?Awk kt mn?"
"Sy kt tingkat 1.Awk?"Aku segera membalas.

"Ye ke?Msti tipu kan?"
"Btul.Awk mn?"Ada ke patut dia kata aku tipu.
"Kt tgkat 3.Dtgla.."
"OK.Jap."

    Ramainya manusia berada di lif.Aku guna tangga la.Dapat juga exercise.Mana tau smpai kat atas nanti,dah kurus dah.Lambat-lambat aku mendaki anak tangga.Satu demi satu aku meniti.Dan tiba-tiba,ada seseorang melanggar bahuku menyebabkan buku aku jatuh bertaburan.Dan lelaki itu terus pergi meninggalkan aku terkulat-kulat sendirian.
"Astaghfirullah.Dah la langgar aku,terus pergi macam tu je.Mmg beradap betul la lelaki tu.Takpelah.Mungkin dia ade hal penting agaknya." Dalam marah masih ada lagi bertimbang rasa.
    Smpai di tingkat 3,aku terus meninjau.Mencari-cari di manakah gerangannya lelaki misteri itu.
"Awk kt mn?Pakai bju wne ap?"Aku segera membalas.Putus asa kerana tiada klu.
"Di mj hjg dkt rak buku." Aku segera ke sana namun aku harus hati-hati.Jangan sampai terlihat dek lelaki itu.Aku cuma nak tahu siapa bukan nak berdating atau apa2.

Ada 3 meja yang aku lihat diisi manusia.Tapi mustahil meja itu.Ada sepasang manusia,lelaki dan perempuan sedang leka mentelaah.Mungkinkah meja yang satu lagi.Tapi kelihatan macam pelajar tersebut adalah pelajar Cina.Jadi,mungkinkah meja yang di hujung sekali? Emm...lelaki tersebut duduk membelakangkan aku.Tak nampak mukanya.Macam mana aku nak tahu itu siapa.
       Susahnya mengintip.Namun aku harus teruskan supaya semua persoalan aku terjawab.Aku segera mengeluarkan telefonku.Kali ini aku x mahu SMS.Aku nak dail nombor dia.Kalau dia silent pun,dia mesti akan alert dan harap-harap dia akan berpusing ke belakang.Dapatla aku lihat wajahnya dengan jelas.Aku segera mendail.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan