Jumaat, 16 Disember 2011

Diam-diam Jatuh Cinta Part 4

Jelas...Sangat jelas walaupun perlahan.Lagu Ratuku nyanyian Awie.
"Engkaulah segalanya
Engkaulah hanya untuk diriku
Aku hanya untukmu
Itulah janjiku padamu
Kita bagaikan ombak dan pantai......"

     Terlalu jelas lagu itu.Aku lihat lelaki di meja itu langsung tidak bergerak. Seolah-olah tidak diganggu.Jadi bukan dia. Dan mengapa nada dering yang aku dengar serasa dekat sangat dengan telinga aku? Aku perlahan-lahan berpusing dan ....................
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

"Na,awk dh sedar?Alhamdulillah." Suara itu.
"Siapa awk?" Aku macam orang bodoh bertanya.
"Na,ni saye.Mie..yang selalu ganggu awk tu." Aku ingat sekarang.Aku ingat.
"Awk buat ap kat sini?"Aku terus bertanya.
"Shhhh..jgn byak bercakap.Awk baru sedar tu.Biar sy gtau awk ye.Nama sy Arrif Firrdaus Najmi." Dia bagaikan tahu apa yang aku nak tau sangat2.
Aku terkebil-kebil.Otakku ligat memikirkan kemungkinan yang bakal berlaku dan telah berlaku.Namun hanya seketika sebelum kepalaku kembali berdenyut.
"Na,jgn fkir ap2.Berehat la ye.Sy nak balik solat sebab ade kelas petang ni.Insya Allah,sy datang semula lepas habis kelas yer.Jangan lari ye.Ad ap2,awk SMS sy tau"  Lagaknya macam aku ni teman wanitanya.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

     Arrif Firrdaus sebaliknya tidak terus keluar.Dia menuju ke ruang menunggu dan duduk di sofa yang disediakan.Sebentar tadi dia sudah menghubungi keluarga Aina memaklumkan keadaan Aina.Katanya doktor,tekanan perasaan menyebabkan dia jadi begini.Hatinya tak percaya.Kenapa dia mesti mengalami tekanan perasaan?Dia selalu melihat Aina ceria.Mesti ada sesuatu kan.Tak mengapalah.Masih bnyak waktu untuk semuanya.
     Arrif bangun dan segera keluar untuk ke masjid.Untung juga pusat kesihatan univerditi x jauh sangat dengan kolej kediamannya.Selesai menunaikan solat zohor,dia langsung ke kuliah namun hatinya bukan di dalam bilik berhawa dingin itu.Fikirannya menerawang jauh mengingati peristiwa yang pernah berlaku dalam hidupnya.Peristiwa itulah yang menguatkan keinginannya untuk menjejak wanita itu.Walau apa pun berlaku.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
    4 bulan dulu,hidup Arrif benar-benar di hujung tanduk.3 hari dia bertarung nyawa meneruskan sisa denyut nadi yang masih berbaki di jasadnya.Kemalangan itu terlalu mengerikan.Arrif terlalu banyak kehilangan darahnya.Dia perlukan darah.Darah dari seseorang yang sama jenis atau dapat masuk dengan jenis darahnya. Bekalan darah dari jenisnya memang terlalu terhad dan kritikal.
    Doktor mengampiri seorang lelaki di pertengahan usia,dan menyarankan seluruh ahli keluarga melakukan ujian darah bagi mengenalpasti siapa yang memiliki jenis darah yang sama.Namun keputusannya hampa.Hanya ibunya yang memiliki darah sama dengannya.Namun,ibu tercintanya kini telah pergi mengadap Ilahi semasa dia mula menjejakkan kaki di menara gading trsebut.
   Dan,dalam keadaan genting itulah,muncul seorang wanita.Dia mendengar perbualan penuh hening di antara si doktor dan lelaki tersebut yang merupakan ayahnya.Mungkin dia boleh membantu sesuatu sekalipun ianya tidaklah sebegitu besar jasanya. Lantas ditemuinya doktor tersebut.Dan positif. Jenis darah Aina memang boleh diterima oleh jasad Arrif.Aina x pernah tahu siapa yang dibantunya.Sememangnya itulah permintaannya.Semuanya adalah rahsia.RAHSIA.
   Di saat Arrif sembuh,puas dipujuknya doktor yang merawatnya itu supaya memberitahu siapa yang sudi menderma darah bagi menyelamatkan nyawanya.Dia benar2 lega setelah mengetahui siapa yang berhati mulia menyelamatkan nyawanya. "Aku akan cari sampai jumpa siapa dia.Aku akan balas..Mungkin bukan di dunia.Insya Allah aku akn balas walaupun akhirat"
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan