Isnin, 2 Ogos 2010

Macam mana rupa aku kalau aku bertunang nanti?

Haha..menghitung hari... dah gatal sangat2 dah ni.Nak tau macam mana rupa aku masa tengah bertunang nanti..hahaha...
ok tak?

My not-so-creative work..

Dulu aku memang rajin wat menda tak berpekdah. Aku pun nak letak jugak sikit2 gambar tu.Tak cantik? Ni blog aku,jadi suker ati aku la nak wat camne pon.Ada aku kisah.

tah kat mana2 aku amek gambar ni.bedal je
pun main bedal je

Wanted!!

Sesiapa yang berjumpa dengan kanak-kanak kecil ini, diharap dapat memberikan beliau sekeping coklat kerana beliau memang hantu coklat.

Rindu teramat sangat...

Sepanjang tempoh aku kat umah,memang sunyi sangat2. Bila adik balik, barulah tak sunyi sangat.tapi tetap ader kesunyian tu.Apakan tidak... Bangun pagi, aku lihat katil itu kosong.Sweater yang tergantung jugak tak berusik walau sedikitpun. Baju melayu hijau pucuk pisang itu juga,aku lihat seakan2 tak sabar menanti seseorang untuk memakainnya.Tapi....semuanya hampa.

Aku sedar dia takkan kembali.lagi 2 bulan,cukup setahun kami kehilangannya. Aku takut untuk fikirkan apa yang akan berlaku pada masa "itu"? Adakah aku akan menitiskan air mata aku kerana kurangnya seseorang yang selama ini menjadi teman aku. Aku harap aku tabah menghadapi segalanya.Aku sentiasa tahan air mata ini dari tumpah.Orang kata anak sulung tak leh nangis.Tapi aku tetap insan biasa.Yang ada hati.Rasa sedih bila lihat sesiapa sahaja sentiasa bergelak ketawa riang bersama adik mereka. Baru sekarang aku faham....Jauh dari mata, terlalu dekat di hati. Sampai mati, demi Allah, aku takkan lupa untuk mendoakan yang terbaik untuk dia.AKU TERLALU MERINDUI DIA DAN TERAMAT MENYAYANGI DIA...

Aku takkan lupa bila dia mintak aku belanja
dia KFC.Suka sangat dier dengan KFC.

Aku kembali .....

Setelah berabad lamanya, kini aku kembali untuk teruskan kembali apa yang aku telah lama tinggalkan. Post terakhir aku 8 november dan hari ni 2 ogos...lebih setengah tahun aku menyepi diri.

Banyak yang dah berlaku sepanjang tempoh tersebut.yang pastinya, kehidupan aku kini semakin lama semakin kompleks tetapi mematangkan aku dalam segala hal.