Ahad, 25 Disember 2011

Suatu Kebangkitan

 Dipetik dari "Bercouple Itu Haram"...... istimewa untuk semua wanita muslimah juga untuk para Adam yang pernah mengecewakan hati perempuan secara sengaja ataupun tidak sengaja. Juga-juga kepada perempuan yang telah berjaya bangkit kembali. Chill~ =)

Jasad yang kamu pandang itu kini adalah perempuan itu.
Seorang perempuan yang dahulunya engkau injak-injak, seorang perempuan yang dulu, hatinya engkau permainkan, seorang perempuan yang engkau pernah taburi banyak janji yang tidak engkau tepati, seorang perempuan yang engkau pandang sebelah mata,
seorang perempuan yang engkau kira hanya bisa dibuat mainan, seorang perempuan
yang pernah engkau kenyit mata, seorang perempuan yang bisa engkau buat
seenaknya, seorang perempuan yang telah banyak engkau melakukan dosa, seorang perempuan yang engkau kira tidak bijak, seorang perempuan yang engkau pernah
hancurkan masa depannya,

Seorang perempuan yang pernah engkau memberikan senyuman palsu buatnya, dan
seorang perempuan yang hakikatnya engkau belum kenal siapa dirinya yang sebenar!

Engkau mengajak dia melakukan dosa, sedangkan engkau tahu dia perempuan
mulia. Engkau pernah menghancurkan dia sedangkan engkau tahu dia perempuan
terhormat. Engkau pernah menyakiti dia sedangkan engkau tahu bahawa dia
perempuan berhati lembut. Engkau mengotori cintanya sedangkan engkau tahu
cintanya suci. Engkau mempermainkan hatinya sedangkan engkau tahu dia
perempuan hebat.

Sedarlah Adam, perempuan itu pernah membahagiakan kamu. Perempuan itu
pernah membuatmu tersenyum. Perempuan itu pernah berjasa dalam hidupmu.
Perempuan itu yang pernah bimbang kepadamu. Tapi, percuma saja perlakuan
semua itu. Kerana engkau telah menukarkan perempuan hebat itu menjadi
perempuan rosak akhlaknya.

Jika dia suatu masa dulu, naqibah terkenal mengajak manusia melakukan kebaikan dan
meninggalkan kemungkaran, tapi setelah datangnya engkau, kata-kata dia hanya
menjadi omongan kosong. Bicaranya tidak seiring tindakan. Jika suatu masa dulu, dia
seorang perempuan yang mementingkan ukhuwah dengan sahabat-sahabatnya, tapi
setelah adanya engkau, dia menjadi kera sumbang, menjadi perahsia terhadap
mereka. Jangan pernah lupa, perempuan ceria itulah yang engkau telah ragut
keceriaannya.

Dan, setelah engkau rasa dia tidak berguna lagi dalam hidupmu, setelah engkau rasa
dia tidak layak lagi menjadi pendampingmu. Setelah engkau merasa bosan dengan
perempuan itu, lalu, engkau membuangnya bagai membuang sampah di dalam tong
sampah. Engkau tidak tahu cara terhormat untuk membuang dia dari hidupmu.
Sedangkan engkau tahu, setelah tindakan ‘pembuangan’ mu itu akan mengundang aib
terbesarmu.. iaitu, menghancurkan seorang perempuan terhormat!

Dan sejak detik itu, engkau sering merasa berdosa, maka berdosalah dengan Allah. Pintalah
keampunan dari-Nya. Tapi jangan pernah engkau lupa, kemaafan perempuan itu
ternyata lebih penting. Kerana Allah sendiri tidak akan mengampuni dosa-dosa kamu
sebelum kamu meminta maaf kepadanya.

Suatu masa dulu, berani saja engkau memperkotak-katikkan dirinya, tetapi
sekarang jangan pernah engkau berani lagi, kerana perempuan itu suatu masa dulu
yang engkau pernah kenal, tidak sama lagi. Dia memasang misi tertinggi; Memburu
cinta Illahi. Tidak perlu engkau sapa dia, hanya kerana ingin membuatkan dia
mengingatkan insan berdosa seperti kamu. Tidak perlu engkau memberi senyuman
manis kepada dia, sedangkan senyuman itu akan membawa satu bencana dalam
hatinya. Tidak perlu lagi engkau hubungi dia kerana di hatinya tidak ada lagi dirimu, yang
ada hanya DIA.

Perempuan itu kembali menjadi terhormat, malah lebih baik dari dulu. Sungguh, dia sangkakan ribut kan berpanjangan, rupa-rupanya Allah datangkan pelangi. =)

Jangan pernah engkau samakan perempuan itu suatu masa dulu dengan kini. Masa
merubah segala kerana dia perempuan terhormat yang kembali menjaga dirinya
dan hatinya...~

Rezeki Allah di mana-mana

Aku sebak memikirkan kedhaifan hidup sesetengah insan apatah lagi di kalangan mereka adalah darah dagingku sendiri.Namun,melihat rezeki Allah ditaburkan ke merata tempat,aku akhirnya mengakui,mereka lebih mewah dari kita dalam menilai rezeki Allah kerana segalanya mereka perolehi dengan titik peluh mereka sendiri.Sedangkan kita?Aku percaya,cikgu seperti aku belum tentu mempunyai masa yang banyak untuk menangkap ketam.

Ketam kulit lembut.

Kerang beso.

Untuk mendapat sebesen kerang ni,3 jam masa diperlukan.
Ikan kembong ni sekilo baru rm7-9

Udang Lipan yang boleh dimakan.Inilah makanan kegemaranku masa tinggal dengan nenek dulu.Sekarang ni nak makan pun takut sebab dh lama sgt x makan

Ikan pe yang besar tu?ntahlah..udang sekilo rm5

Saujana Mata Memandang ~Sweet December~

Kali terakhir menjejakkan kaki di kampung tercinta pada AidilFitri yang lalu,hanya mengundang penyesalan dan penderitaan x berpenghujung.Namun,kunjungan kali ini,1001 kebahagiaan menjengah ruang hati.Setiap waktu,hanya diisi dengan apa pun keinginanku.Ingin ke sana,ingin ke sini.Biarpun dilanda pelbagai musibah.Itu adalah salah satu makanan harian keimananku.Insya Allah,pulang ku ke kampung nan permai,kembali menenangkan jiwa yang sediakala tenang.


Dikelilingi Laut China Selatan,nyata tidak menjadikan Pulau Pinang ketinggalan dalam memiliki panorama yang begitu menyejukkan mata.

Mencari jejak matahari terbenam.Jambatan penghubung 2 pulau tersergam indah.Indah saujana mata memandang
Bendang terbentang luas.Bayu menyamankan.Mendamaikan.

Khamis, 22 Disember 2011

20.12.2011

" Jgan berada dlm suasana yg sejuk dengan tempoh terlalu lama... sebab itu melumpuhkan antibodi badan awk..Hampir sama mcm thr%&*#$a. Bila jadi macam ni,antibodi yang membekukan darah lemah..ditambah dengan keadaan sejuk,tekanan dalam badan yang bersuhu panas lebih tinggi dari persekitaran.Memaksa darah keluar melalui liang rongga muka mcm hidung atau mulut."

"Kalau mcm tu,bagi la ap2 yang leh bekukan darah.Jangan mintak saye masuk peti ais ye.."

"Jangan pandang remeh tentang ni.Cara cepat untuk hilangkan pendarahan ni,suntikan la.Nak injek atas atau bawah?"

"...dalam hati... "Errr..ni lemah ni.Err..Mana lagi cepat."

"Pinggang atau punggung.Either 1."

"Ok..atas sikit dari pinggang..Dosa tengok aurat orang.."
 kemudian aku pun blah,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Jumaat, 16 Disember 2011

Sebelum baca Diam-diam jatuh cinta

Kisah ini adalah kisah yang aku karang sendiri dengan bahasa dan gaya penulisan aku sendiri.Ia memang ade kaitan dengan yang hidup dan dan telah meninggal dunia.Al-Fatihah kepada arwah adik kesayang yang kembali mengadap Ilahi pada 15 Oktober 2009 dan al-Fatihah kepada arwah ibu tercinta tunang tersayang yang kembali mengadap Ilahi pada 19 November 2008.Semoga roh mereka dicucuri rahmatMu ya Allah.

Kebanyakan kisah ini adalah hampir sama dengan kisah hidupku sepanjng berada di kolej dan universiti.kecuali tentang Arrif Firrdaus yang aku ubah wataknya agar die menjadi hero dalam kisahku.Bukan orang lain.hanya kisah antara aku dan dia.

Baca laha dari part 1 hingga yang terakhir.Jam menunjukkan pukul 4.04 pagi.Aku perlu menunaikan janjiku dengan penciptaKu..Salam

Diam-diam Jatuh Cinta Part 8

"Awak,kenapa ni sayang?" Firr mengangkat wajahku agar mata kami bertentangan.Air mataku berderai.
"Abang,terima kasih kerana setia dengan saya hingga ke saat ini."Aku hilang dalam esakan.
"Awak,x perlu ucapan itu semua.Bukan sayang yang mintak abang buat semua ni.Ianya lahir dari hati.Dari saat pertama kali abang lihat sayang,abang tahu,ada sesuatu pada sayang yang buat abang jatuh cinta."
"Abang,Aina berjanji abanglah suami paling bahagia di dunia ini.Izinkan saya selamanya menjaga hati abang.Biarkan selamanya saya mendiami hati abang.Jangan pernah abang terfikir saya akan tinggalkan abang kerana mati hidup semula,saya xkan lakukan itu"
"Sayang,darah yang mengalir dalam diri abang,adalah darah sayang.Sayang jangan berjauhan dari abang.Terima kasih kerana sudi menjadi ibu buat anak abang yang bakal lahir."
"Saya sayangkan abang..dunia akhirat.Lillahita'ala."
"Abang juga sayangkan sayang..Lillahita'ala..."

Dan zuriat itu menjadi penyambung ikatan cinta suci Aina dan Arrif Firrdaus... Firhanis Afifah binti Arriff Firrdaus Najmi.Bukti kewujudan cinta suci 2 insan.Semoga dipermudahkan segalanya.Amin ya rabbal 'alamin

Diam-diam Jatuh Cinta Part 7

      Selepas 2 bulan,aku kini berjaya menamatkan pengajianku.Lebih membanggakan,aku berjaya mendapat Anugerah Pembentang PSM Cemerlang.Malah pensyarahku sendiri tidak menyangka di sebalik tragedi yang menimpa arwah adik ku yang hampir melupuskan semangat di jiwaku,aku bangkit membina keyakinan sehingga mendapat anugerah itu.Aku berterima kasih pada semuanya.Pada kedua ibu bapaku yang tidak pernah berhenti menyokong dan membantu aku sehingga aku mencapai ke tahap ini.
     Aku tak lupa pada teman istimewa ku.Dalam waktu senang,dalam waktu susah,dia ada demi aku.Aku percaya hanya dengan berbuat baik sesama manusia,kita akan rasakan betapa puasnya hidup kita.Penuh keindahan..penuh keberkatan dan penuh keredhaan.Alhamdulillah.
     Dan aku bertambah bersyukur kerana Allah bukan sahaja menitipkan insan istimewa untukku malah Dia juga membawa cahaya ke dalam keluarga kami.Firrdaus akhirnya melafazkan cintanya padaku dengan bersaksikan sekuntum mawar merah jambu.Aku bersyukur.Perkenalan dan persahabatan kami tidak disia-siakan begitu sahaja.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
 

Diam-diam Jatuh Cinta Part 6

"Salam.Watpe?Dh mkn?X nmpk pn kt kafe hr ni?" Firrdaus memulakan SMS.
"Wslm.Ad kt blk je.Tgh siapkn PSM.Tgl 2 weeks more utk setel evrthing." 
"Tp nnt awk mkn jgk ye."
"Dgn bdan mcm ni,xkan mati kebulurannye awk."aku membalas. :P
"Ee..awk.jgn ckp bsr.dh lpa ap jd kt dpan dwan dulu?" Arriff mengingatkan aku kepada peristiwa itu.Mungkinkah dia..

"Eh.Ap yg jd ms tu?Sy x tau pn.Dwan mn?" Hait..ini musykil.Die ni tau segala bagai tentang aku.Macam mana die tau.
"Ooo.dh lp ye.Ad org t'golek dpn dewan sbb x mkn n g derma drah." Perghhh..aku sentap.
"Na,awk hr2 lalu dpn blok sy.Sy hr2 nmpk awk lalu kt blok sy.Sy tau ttg awk.Awk je xtau ttg sy." Oooo..barulah aku paham skrg.Semua aku dh paham.


   Tiap kali aku melintas depan blok die,langsir yang bergerak2 tu,bilik dia la yer.Die mengintai aku la.Maknanya die ni sebenarnya dekat je dengan aku.Dan aku ingat masa peristiwa tu,lelaki yang aku nmpak senyum pada aku tu,rupanya dia la yer.Dan paling aku ingat,suara lelaki yang mengarahkan itu dan ini tu sebenarnya suara dia la ye.Aduh..panasnya muka aku.Malunyer...Malu sangat.Die dekat je rupanya dengan aku..Aku segera teringat sewaktu aku sendirian bersama aiskrim kegemaranku.Jadi dia sebenarnya mengikut aku ke atau memang x sengaja?Aku rs,die jugaklah yang langgar aku masa kat library tu.Ya Allah...apa sebenarnya yang Kau ingin tunjukkan ya Tuhan?
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
    Banyak peristiwa yang sudah berlaku dalam beberapa waktu kebelakngan ni.Aku kembali menumpukan sepenuh perhatianku terhadap PSM ku.minggu depan adalah tempoh tamat PSM tersebut dan seminggu kemudian aku harus membentangkan segala hasil yang telah aku bangunkan ini.Di situlah sebenarnya penilaian kepada semua perjuangan aku selama berada di sini menuntut ilmu.
   Jam menginjak ke pukul 12.35 tengah hari.Otak aku terlalu penat untuk meneruskan semua ini.Aku berhenti dan seperti biasa.Ke kafe.Firrdaus mungkin ada kelas kerana dia tidak membalas SMS aku.Oh ya..lupa.Firrdaus skrg adalah teman rapatku di sini.Teman ye..bukan kekasih.Tapi belum pernah sekalipun kami keluar berduaan apatah lagi melakukan maksiat.Banyaknya dia bertembung denganku di kafe dan fakulti.Hanya sekadar bertegur sapa dan kemudian masing2 hilang dibawa haluan sendiri.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
   Sengaja aku meninggalkan telefon di bilik sebelum keluar.Sudahnya,ade 20 panggilan tidak dijawab.15 panggilan daripada ayah dan selebihnya dari Firr.Banyaknya abah telefon.Ada hal penting ke.Aku memanggil semula ayahku namun tiada balasan.Segera aku mendail nombor Firr.
"Na,boleh turun sekejap.Saya depan blok kediaman awak." Firrdaus terus bertanya.
"OK.Sekejap.Pakai tudung."Perbualan dimatikan.

 Aku dengan pantas menyarung tudung dan terus keluar.

"Na,emak awk ada hubungi saya tadi." Dia memulakan.
"Haah awk.Ayah sy kol td tp sy x sempat jawab.Bile kol semula x dijawabnya.Knape mak say kol awk ye.Dia tau nombor awak ye?"
"Dia tau sebab saye penah telefon dia masa awk pitam dulu.Awk dh mkn?"
"Belum.Baru nak makan."Aku menjawab lurus bendul..

"Na,mak awk gtau sy..." Firr teragak-agak meneruskan kata-katanya.
"Gtau ape Firr?" Aku memintas...
"Adik awk...adik bongsu awk..."
"Owh..adik bongsu.Husairi yer..kenapa?"


Firrdaus memejamkan matanya,menarik nafas kuat dan kedengaran kasar ketika dia menghembuskan nafasnya.Pasti dia dalam keadaan serba salah.


"Kenapa ni Firr?"
"Dia kemalangan..Tak dapat diselamatkan.Baru 10 minit lepas dia meninggal" Serentak dengan itu,aku terkaku.Terdiam.Seperti patung.
"Ya Allah....Allahuakbar...Allahuakbar..." Ada panggilan dari ayah.
"Nani...."
"Abah...."

Aku sudah tidak dapat menerima apa yang berlaku.Aku tahu,mata dan wajahku semakin basah dengan air jernih ini.Aku sudah x peduli depan siapa aku menumpahkan air mata ini.Aku benar-benar menjadi lemah.Aku benar2 kerdil. 
    Syukur Firrdaus ada di situ.Dia pantas menyelamatkan keadaan.Dia minta aku bersabar.Dia sendri akn temani aku pulang. Aku segera mengemas segalanya.Aku memaklumkan pada penyeliaku bahawa aku tidak dapat membentangkan PSM pada masa yang ditetapkan dan minta dilewatkan 2 minggu.Segera aku beri kunci kereta pada Firrdaus.Aku lemah.Aku tidak mampu membuka mata walau sesaat pun.Aku x henti2 menyedekahkan surah suci pada arwah adik.Aku belum puas bersama dengannya.Aku belum dapat membuktikan apa2 sebagai kakak kepadanya.Aku belum sempat mengucapkan bahawa AKU AMAT-AMAT MENYAYANGINYA..Aku redha...aku redha :"(

"Na,awk tidurla.Biar sy drive.Insya Allah.Berdoalah semoga semuanya dipermudahkan ye."

Seperti dipukau,aku cuma mengangguk. "Terima kasih Firr" itu sahaja yang aku mampu aku luahkan


"Inilah masanya aku balas semua kemuliaan yang pernah kau berikan pada aku Aina" hati kecil Firrdaus berdetik sambil memandang ke wajah Aina yang matanya sudah bengkak kerana terlalu banyak air mata ditumpahkan hari ini.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Diam-diam Jatuh Cinta Part 5

     Selepas tamat kuliah,Arrif ingin segera ke pusat kesihatan bertemu dengan Aina.Dia sebenarnya x pernah mengerti kenapa dia nekad sebegini.Dia tahu ada ramai lagi gadis2 di luar sana yang lebih cantik,lebih menggoda daripada Aina.Namun hatinya tetap pada dia.Memang ramai yang cantik,tapi tiada secantik Aina.Apakah akan ada seseorang yang sanggup melakukan pengorbanan seperti mana Aina sudah lakukan pada dia.
     Darah yang mengalir dalam tubuhnya,adalah darah Aina.Apa haknya untuk menilai yang negatif tentang wanita itu.
     Sebelum ke sana,Arrif sempat singgah di kafe.Dia tahu Aina suka milo ais.Tiap-tiap petang dia akan nampak Aina melewati blok bangunannya untuk ke kafe.Dan dia juga akan bergegas ke kafe.Namun cuma diperhatikan dari jauh.Milo ais,nasi bungkus berlaukkan ikan masak merah mmg akan menjadi santapannya.Dia sudah masak dengan situasi itu.Arrif tersenyum sendirian.Lamunannya berderai tatkala makcik kafe tersebut menghulurkan sebungkus air diminta.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
    Arrif melangkah laju menuju ke katil Aina.Namun,apa yang dilihatnya hanyalah sebuah katil kosong dengan selimutnya tidak teratur.
"Ish...mana dia ni.Kan dah pesan jangan g mane2.Kalau pengsan lagi,aku jugak yang susah." Panjang bebelannya namun sekadar terluah di dalam hati.
"Awak cari saya ke Firrdaus?"Segera Arrif berpaling melihat wajah itu.Belum pernah ada sesiapa memanggilnya dengan nama Firrdaus kecuali arwah ibu kesayangannya.Terdiam seribu bahasa.
"Awak...saya solat sekejap tadi.Lagipun,sy penat la berbaring je.Saya rasa dah OK kot.Ingat nak mintak check out dari hotel ni" Panjang lebar pulak aku bercakap.
"Betul ke Na dah OK?"Arrif bertanya kembali.Bimbang terjadi sesuatu lagi.
"Iya..betul.Takpe.Saya jumpa doktor sendiri.Jangan bimbang OK?" Aku menyedapkan hatinya.
"Takpelah kalau macam tu.Saya temankan awak ye." Aku memandang Arrif sekilas.
"Takpe.Saya...."
"Dah.lagi lame kite bercakap,lagi lambat awak keluar." Aku tersengih.Macam ulat busuk..eh..kerang busuk.

"Nah.air kesukaan awk.Minum smp abis.Baru awk balik." Dia mengunjukkan air tersebut.
Aku ingin bertanya lagi tapi biarlah dulu.Nanti tiada topik perbualan pula kalau semua aku tanya hari ni kan.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Hati,apa sebenarnya yang sedang berlaku ni?Apa sebenarnya perasaan ini.Aku rasa betul2 pelik.Aku x mengerti.Hati,jangan terus begini.Aku belum mampu menyesuaikan keadaan ini.Namun,aku juga manusia biasa.Yang Allah janjikan sekeping hati yang rapuh.Mudah terperangkap dalam perasaannya sendiri..
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Diam-diam Jatuh Cinta Part 4

Jelas...Sangat jelas walaupun perlahan.Lagu Ratuku nyanyian Awie.
"Engkaulah segalanya
Engkaulah hanya untuk diriku
Aku hanya untukmu
Itulah janjiku padamu
Kita bagaikan ombak dan pantai......"

     Terlalu jelas lagu itu.Aku lihat lelaki di meja itu langsung tidak bergerak. Seolah-olah tidak diganggu.Jadi bukan dia. Dan mengapa nada dering yang aku dengar serasa dekat sangat dengan telinga aku? Aku perlahan-lahan berpusing dan ....................
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

"Na,awk dh sedar?Alhamdulillah." Suara itu.
"Siapa awk?" Aku macam orang bodoh bertanya.
"Na,ni saye.Mie..yang selalu ganggu awk tu." Aku ingat sekarang.Aku ingat.
"Awk buat ap kat sini?"Aku terus bertanya.
"Shhhh..jgn byak bercakap.Awk baru sedar tu.Biar sy gtau awk ye.Nama sy Arrif Firrdaus Najmi." Dia bagaikan tahu apa yang aku nak tau sangat2.
Aku terkebil-kebil.Otakku ligat memikirkan kemungkinan yang bakal berlaku dan telah berlaku.Namun hanya seketika sebelum kepalaku kembali berdenyut.
"Na,jgn fkir ap2.Berehat la ye.Sy nak balik solat sebab ade kelas petang ni.Insya Allah,sy datang semula lepas habis kelas yer.Jangan lari ye.Ad ap2,awk SMS sy tau"  Lagaknya macam aku ni teman wanitanya.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

     Arrif Firrdaus sebaliknya tidak terus keluar.Dia menuju ke ruang menunggu dan duduk di sofa yang disediakan.Sebentar tadi dia sudah menghubungi keluarga Aina memaklumkan keadaan Aina.Katanya doktor,tekanan perasaan menyebabkan dia jadi begini.Hatinya tak percaya.Kenapa dia mesti mengalami tekanan perasaan?Dia selalu melihat Aina ceria.Mesti ada sesuatu kan.Tak mengapalah.Masih bnyak waktu untuk semuanya.
     Arrif bangun dan segera keluar untuk ke masjid.Untung juga pusat kesihatan univerditi x jauh sangat dengan kolej kediamannya.Selesai menunaikan solat zohor,dia langsung ke kuliah namun hatinya bukan di dalam bilik berhawa dingin itu.Fikirannya menerawang jauh mengingati peristiwa yang pernah berlaku dalam hidupnya.Peristiwa itulah yang menguatkan keinginannya untuk menjejak wanita itu.Walau apa pun berlaku.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
    4 bulan dulu,hidup Arrif benar-benar di hujung tanduk.3 hari dia bertarung nyawa meneruskan sisa denyut nadi yang masih berbaki di jasadnya.Kemalangan itu terlalu mengerikan.Arrif terlalu banyak kehilangan darahnya.Dia perlukan darah.Darah dari seseorang yang sama jenis atau dapat masuk dengan jenis darahnya. Bekalan darah dari jenisnya memang terlalu terhad dan kritikal.
    Doktor mengampiri seorang lelaki di pertengahan usia,dan menyarankan seluruh ahli keluarga melakukan ujian darah bagi mengenalpasti siapa yang memiliki jenis darah yang sama.Namun keputusannya hampa.Hanya ibunya yang memiliki darah sama dengannya.Namun,ibu tercintanya kini telah pergi mengadap Ilahi semasa dia mula menjejakkan kaki di menara gading trsebut.
   Dan,dalam keadaan genting itulah,muncul seorang wanita.Dia mendengar perbualan penuh hening di antara si doktor dan lelaki tersebut yang merupakan ayahnya.Mungkin dia boleh membantu sesuatu sekalipun ianya tidaklah sebegitu besar jasanya. Lantas ditemuinya doktor tersebut.Dan positif. Jenis darah Aina memang boleh diterima oleh jasad Arrif.Aina x pernah tahu siapa yang dibantunya.Sememangnya itulah permintaannya.Semuanya adalah rahsia.RAHSIA.
   Di saat Arrif sembuh,puas dipujuknya doktor yang merawatnya itu supaya memberitahu siapa yang sudi menderma darah bagi menyelamatkan nyawanya.Dia benar2 lega setelah mengetahui siapa yang berhati mulia menyelamatkan nyawanya. "Aku akan cari sampai jumpa siapa dia.Aku akan balas..Mungkin bukan di dunia.Insya Allah aku akn balas walaupun akhirat"
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
 

Diam-diam Jatuh Cinta Part 3

    Serasa begitu laju masa berdetik.Hanya tinggal sebulan sahaja lagi pengajianku di sini.Itu juga bererti,semakin hampir aku kepada pembentangan PSM yang telah aku usahakan sejak dari semester lepas lagi.Oh ya..bercakap tentang PSM...aku memilih untuk membangunkan sebuah laman web bagi pembelajaran berasaskan gaya pembelajaran autentik.Sebulan yang lepas jugalah aku masih belum menemukan jawapan kepada sebuah persoalan tentang insan misteri itu.Sudahnya,aku rasa ingin menghabiskan masa dengan melihat ragam manusia.
      Aku gemar meluangkan masa yang ada bersendirian.Sebenarnya,aku terpaksa bersendirian.Fatimah sekarang sudah mempunyai kekasih hati.Jadi kebanyakkan masa diluangkan bersama kekasihnya itu.Tak mengapalah..Aku terus berjalan..Ke kiri..kanan...Dan...
     "Aiskrim...aku nak makan aiskrim la.Aiskrim McD mmg best.hehe"
     Aku mengatur langkahku ke kaunter tersebut dan memesan aiskrim kesukaanku.Setelah membayar harganya,aku meneruskan langkahku yang entah ke mana.Terleka mengelap titisan aiskrim yang menitik di tudungku,aku terlanggar seseorang.Aku angkat kepalaku supaya dapat mengenalpasti siapa sebenarnya mangsaku itu.
     "Hah..mampus...ko langgar lelaki la nani. " Hati menjerit.
     "Err...saye mintak maaf. Biar saye tolong ambil buku awk yg jatuh ni." Aku segera mengambil buku tersebut dan selepas meminta maaf,aku segera menghilang di balik kedai2 yang berderet di situ.Aku nampak dengan jelas senyuman itu.Sama seperti yang aku pernah lihat semasa insiden memalukan itu berlaku,Mungkin suratan atau kebetulan..ceeewahhh..sudahla..wat x tau je.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

     Rindunya pada mak,ayah dan adik-adik tercinta.Apa khabar agaknya mereka di sana?Jauh aku di sini menuntut ilmu agar aku dapat mengubah nasib keluarga kita.Doakanlah kejayaan aku di sini walaupun aku telah menyusahkan kalian.Mereka terpaksa menanggung beban membayar yuran pengajian dan penginapan yang mencecah ribuah ringgit.Aku nekad.Aku akan segera menamatkan pengajian ini dan berbakti demi orang tuaku.Aku cuma perlu bertahan dan terus bertahan.
    Tiba-tiba,hatiku jadi sayu.Ke mana dia yang selalu mengganggu hidupku.Sudah 3 hari aku tidak menerima sebarang SMS darinya.Sudah temui perempuan lainkah untuk diganggu?Atau terlalu sibuk dengan tugasan dan kuliah hinggakan tiada masa lagi mengganggu aku di sini.Aku mulai rindu..Rindu padanya..Rindu ...rindu dan terus rindu...Namun tangan enggan memulakan perutusan SMS dengannya. Ego..Kau bodoh Nani.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
" Salam.Awk,rnd kt sy x?"Seperti mengetahui ap yang sdg aku fikir je dia ni.
"Wsalam.X rnd pn.Sy sbuk,jd x ad ms nk rnd sgt kt sape2" Cis..menipu!
"Owh.ye ke.Xpela klu g2." 
"Awk di mana?"
"Library..datang la sini.kita study sama2.."
Itulah yang selalu diutarakannya.Jiwa berdetik,aku harus tahu siapa lelaki ini.Mudah.Aku xperlu berterus terang.Aku cuma perlu tanya yang mana satu adalah dia dan selepas aku mengetahuinya,aku terus pulang.Senangkan.Ye..itu yang akan aku buat.Lima minit sahaja waktu yang aku perlukan untuk bersiap dan kini aku sudah sedia untuk ke perpustakaan.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
"Awk kt mn?" Aku yang bru smpai memanjangkan leherku bagi mencari kelibatnya.
1 minit, 2 minit, 3 minit....5 minit barulah ada balasan darinya.
"Knpe?Awk kt mn?"
"Sy kt tingkat 1.Awk?"Aku segera membalas.

"Ye ke?Msti tipu kan?"
"Btul.Awk mn?"Ada ke patut dia kata aku tipu.
"Kt tgkat 3.Dtgla.."
"OK.Jap."

    Ramainya manusia berada di lif.Aku guna tangga la.Dapat juga exercise.Mana tau smpai kat atas nanti,dah kurus dah.Lambat-lambat aku mendaki anak tangga.Satu demi satu aku meniti.Dan tiba-tiba,ada seseorang melanggar bahuku menyebabkan buku aku jatuh bertaburan.Dan lelaki itu terus pergi meninggalkan aku terkulat-kulat sendirian.
"Astaghfirullah.Dah la langgar aku,terus pergi macam tu je.Mmg beradap betul la lelaki tu.Takpelah.Mungkin dia ade hal penting agaknya." Dalam marah masih ada lagi bertimbang rasa.
    Smpai di tingkat 3,aku terus meninjau.Mencari-cari di manakah gerangannya lelaki misteri itu.
"Awk kt mn?Pakai bju wne ap?"Aku segera membalas.Putus asa kerana tiada klu.
"Di mj hjg dkt rak buku." Aku segera ke sana namun aku harus hati-hati.Jangan sampai terlihat dek lelaki itu.Aku cuma nak tahu siapa bukan nak berdating atau apa2.

Ada 3 meja yang aku lihat diisi manusia.Tapi mustahil meja itu.Ada sepasang manusia,lelaki dan perempuan sedang leka mentelaah.Mungkinkah meja yang satu lagi.Tapi kelihatan macam pelajar tersebut adalah pelajar Cina.Jadi,mungkinkah meja yang di hujung sekali? Emm...lelaki tersebut duduk membelakangkan aku.Tak nampak mukanya.Macam mana aku nak tahu itu siapa.
       Susahnya mengintip.Namun aku harus teruskan supaya semua persoalan aku terjawab.Aku segera mengeluarkan telefonku.Kali ini aku x mahu SMS.Aku nak dail nombor dia.Kalau dia silent pun,dia mesti akan alert dan harap-harap dia akan berpusing ke belakang.Dapatla aku lihat wajahnya dengan jelas.Aku segera mendail.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

   

Khamis, 15 Disember 2011

Diam-diam Jatuh Cinta Part 2

     Sebaik aku melangkah masuk ke dewan itu,bau ubat menusuk kuat ke hidung aku.Tapi aku dah biasa.Malah bersemangat seperti biasa.Laju menyusun langkah ke dalam meninggalkan Fatimah yang seperti kegerunan.Aku menenangkannya.Tiada apa yang perlu ditakutkan.

     Ramai daripada mereka yang berada di dewan itu aku kenal.Manakan tidak.Kolej kediaman sendiri.Aku merebahkan diri di sebelah katil Fatimah.Aku ketawa sendirian melihat Fatimah macam ketakutan.Aku senyum.
    "Fatimah,kalau lepas derma darah ni aku mati,aku wasiatkan ko PSM aku ye"
    "OK tapi kalau aku mati dulu,aku wasiatkan ko assignment yang baru kite dapat tadi"....Ketawa berderai..Tiba-tiba Fatimah diam..Owh..jarum menusuk ke kulit mulusnya mencari salur darahnya.Sebentar kemudian,aku pula terdiam.

    "Ciss...misi ni.Kot ye pun bagi la salam dulu." Dalam hati je.
    Doktor menekan lenganku.Mencari salur darah namun semua kabur.Katanya "Isi awak banyak sangat la.Tak nampak urat darah.Kita sembur la yer."
"Ikut doktor la.Janji x sakit."


      Akhirnya,2 kali cubaan,mengalir juga darahku memenuhi kantung tersebut.Aku ikhlas ingin membantu mereka yang memerlukan.Semoga dengan sedikit jasaku itu,mampu membantu mereka yang benar2 memerlukan bantuan.Amin.30 minit berlalu,aku melihat Fatimah gembira kerana semua telah selesai.Lantas dia menghampiriku.Katanya dia gembira walaupun awalnya dia takut-takut.


"Tapikan,kenapa muka ko pucat ye.Bibir ko tu." Fatimah menegur.
"Hehe..aku takut jugak la.tadi doktor tu cucuk aku 2 kali.baru temu urat."

"Owh..patutla...hehe..xpe..sikit lagi penuh la ni.."
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
     "Fatimah,jom kita sambung gi gerai jual tudung tu."Aku mengajak selepas semua telah selesai.
     "Orait.jom.Tak abih2 dengan tudung ko ni ye." Aku cuma tersenyum.


     Nada mesej kegemaranku berbunyi.Aku membiarkan dahulu.Aku terpandang ke arah pokok yang tegak berdiri di tengah2 bangunan ini.Aku nampak sekujur tubuh tersenyum ke arah aku.Tapi kenapa aku nampak dia semakin kabur.Siapa gerangannya.Jangan hilang dulu wahai pandangan.Aku ingin melihat dengan jelas siapakah dia.Tersenyum padaku.Wajah itu makin kabur...gelap..dan....

      "Eh...Nani,ko kenape.Bangun wei."Aku dengar suara Fatimah.Tapi aku x mampu untuk mencelikkan mata aku.Aku dapat rasa kehadiran manusia di sekelilingku.Tapi aku x mampu buka mata ini.
      "Fatimah,panggil doktor kat dalam.Sementara tu,bukakla tudung dia.Yang lelaki mintak ketepi la ye.Takkan x penah tengok pompuan kot" Suara siapa ye yang mengarahkan itu dan ini.
     Lima minit berakhir.Aku mulai sedar sepenuhnya.Alhamdulillah.Fatimah akhirnya terpaksa membuka mulut mengatakan aku belum menjamah sebarang makanan dan menderma darah.Mujur nurse itu x marah-marah,cuma menggelengkan kepala sahaja.Kasihan Fatimah,dia jadi mangsa.Aku yang berpesan supaya jangan buka mulut tentang itu.Sudahnya..Ah..nasi sudah menjadi bubur.Lebih kurang 10 minit kemudian aku sudah boleh bangun dan pulang.Fatimah sempat berpesan kepadaku. "Lepas ni,ko kena makan banyak2.Tak payah diet.Aku takut giler tengok ko tadi.Tapi ade orang lain lagi pucat tengok ko tadi"

"Sape comot?" Aku berminat ingin tahu.
"Aku rasa budak kolej ni jugak.Dia macam kenal aku sebab die suruh aku panggil doktor tadi.Aku pun x pasan sgt r sebab ko btl2 wat ak lg tkut dr derma drah.Die mcm takut je mase tengok ko tadi.Sape ye die"

"Ko rasa sape?Ade org minat aku ke?Hehehe..best ni..Dah la.Aku bukan mati pon.Kalau tak,ko mesti dah selamat terima PSM aku sebagai wasiat aku."
"Haahla nani..naseb baik kan..Dah ..Jom balik.Doktor suruh ko tido je hari ni.Tekanan darah rendah sikit."
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



     "Na,awk dh OK?" SMS yang aku biarkan tadi,aku baca.
     Ish....sape die ni.Die panggil aku "Na"? Die tahulah nama aku?Siapa kau..Siapa..

     " Knp?Sy OK je.Ad ap2 ke?" Aku membalas.
     " Tipu."
     "Ya Allah,betul.Sy OK je.Ad kt blik.Br nk bukak PSM"
     "Na,jgn mcm ni.Awk rhatla dlu.Skrg2ny,utk hr ni.Esk awk smbungla semula keje awk.Sy x sk lihat awk mcm td.Awk kn rhat.Please awk..."
     Ya Allah....kenapa aku rasa seluruh nadiku tersentak?Kenapa aku dapat rasa jantungku berdetak pantas?Siapa lelaki ini.Siapa yang Kau ingin aku kenal ya Tuhan?Siapa...Beri aku petunjuk...
    Tidak..ini mainan perasaan.Ini godaan syaitan..Jangan terpedaya.Jangan tertipu.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Diam-diam Jatuh Cinta Part 1

            "Kak,jom teman saya makan.Saya segan la nak gi kafe sorang2 sebab tadi saye dah g dah.Nanti abg hensem tu kate saye kuat makan.Jomla kak." Entah dari mana datang suara nyaring milik Hani datang mengetuk gegendang telingaku.
         "Makan?Emmm.." Aku segera memandang jam di komputer. 2.45 petang.Masya Allah.
         "Boleh.Tapi Hani tunggu 10 minit.Akak belum solat la.Leka siapkan projek akak ni.Jap tau.Hani balik bilik Hani dulu.Jap lagi akak susul Hani." 



             Aku segera membalas pelawaan Hani tadi.Hani menurut arahanku tanpa sebarang bantahan.Aku segera membasahkan diri dengan wuduk dan menunaikan kewajipanku sebagai hambaNya.Dan pengakhirannya aku menadah tangan memohon segala hajat yang diluahkan setiap hari kepadaNya.Setelah aku mempersiapkan diri untuk ke kafe,aku mengetuk pintu bilik Hani dan mengajaknya turun.

          Kafe tidaklah jauh dari bilikku tapi yang menyebabkan aku malas untuk berulang-alik adalah kerana bilikku berada di tingkat 4.Paling atas.Nak bunuh diri pun boleh. Aku tak tunggu lama untuk memilih lauk memandangkan mmg lauk itu sahaja yang sentiasa dihidangkan.Setelah membayar harga makanan,aku segera pulang ke bilik.Aku lambat-lambat berjalan membiarkan Hani seorang di depan. Nada mesej pendek berbunyi menandakan ada SMS yang masuk dalam peti mesejku. Aku membiarkan. Aku melintasi kolej kediaman putera. Aku dapat merasakan ada seseorang di balik langsir mengintai.Hati nakalku hanya menggumam ada seseorang sedang mengintaiku dari tirai kamar.Aku tersenyum tanpa menoleh.Aku yang mengelamun sendirian.
        Selesai makan,cadangnya aku ingin menyiapkan sedikit lagi tesisku yang hanya tinggal 2 bulan lagi untuk disiapkan.2 bulan?Memang nampak lambat lagi.Tapi dengan kuliah yang memang tersusun rapat,dan jumlah kredit yang banyak aku bawa semester ini,2 bulan itu sebenarnya ibarat 2 hari sahaja.Aku mencapai telefon bimbitku.Teringat SMS yang aku abaikan tadi.


         " Assalamualaikum. Awk,watpe tu?" Aku terus tersenyum.
         " Sdg tgu buah durian gugur.Awk?"  Aku cepat2 membalas.
         " Main2 ye.Dh mkn?"
         "Alhamdulillah br lps mkn.Kt mn tu?"
         " Library.Marilah.Kt study sm2."

          Aku membiarkan mesej itu tergantung.Sejujurnya aku belum pernah kenal siapa pengirim SMS tersebut.Sudah lebih 2 minggu,dia mula menghubungi aku.Bila ditanya siapa,dia cuma memperkenalkan dirinya sebagai Mie.Puas aku bertanya mee goreng ke,mihun goreng..Jawapannya Mi Jawa...Padan muka kau.Biarlah.Aku pun x nak tau siapa dia.Dia pun cuma nak berkawan sahaja dengan aku.Apa salahnya.Berkawan biar sejuta,bermusuh biar seribu je. :) Aku kembali meneruskan tugasanku yang perlu disemak oleh penyeliaku keesokan harinya.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

        Aku terbangun tatkala aku merasakan angin bertiup begitu kasar menampar wajahku.Aku terlena selesai solat Isyak tadi.Segera aku menutup tingkap.Malam..menyimpan seribu satu rahsia.Misteri.
 
       "Salam.Awk,bleh ggu?" Aku melihat lampu telefonku berkelip menandakan ada SMS dan ternyata sangkaanku tepat. Ah..dia lagi. Aku senyum.
       " Blh.Silakan.Awk,mlm ni sjuk kn.Angin kuat kt luar.Nk hjn agkny." Aku membalas.
       " Iye.Awk jgn kua ye.Nnt kn angn sejuk,awk sakit.Sape yg susah.Awk jgak.Sy lg susah."Dia dah mula..
       " Xlah.sy x kua pn mlm ni.Mlas.Assgmnt awk dh siap?" Aku meneruskan lagi perbualan itu.Sekadar omong kosong melalui SMS..
       " Patutla x nmpk awk ms teropong td.Kt blik rpnya.Dh siap dh.Lgpn,mber rjin rmai.Hihi."
       " Owh..mcm tu ye.Awk,siapa awk sbnarnya?"Aku ingin mencungkil rahsianya.
       " Sy? Kan dh gtau.Mi Jawa.hehe" Lagi2 itu yang diulangnya.
      " Xpelah klu mcm tu.Sy nk tdur dlu ye.Slmt mlm ye" X ikhlas jawapan aku itu.
      "Cik adik manis..Jgnla mrajuk.Nnt lsung pipit tu btmbh dlm klu mrjuk."Dia belum ingin memutuskan perbualan.


        Biarkanlah dia.Aku x ada komitmen apa2 pun dengan dia.Aku cma ingin segera menamatkan pengajianku yang tergendala selama 1 semester gara-gara kelalaian aku.Sepatutnya aku sudah bergelar cikgu sekrang ni tapi disebabkan ada 3 subjek membuatkan aku kena ulang semula,aku akur apabila terpaksa menambahkan pengajianku menjadi 4 tahun setengah.Sudah menjadi kemestian,tahun2 akhir mesti bergelumang dengan projek sarjana muda atau aku panggil PSM.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

         Selesai kelas "Multimedia Dalam Pendidikan" oleh Dr. Zaidatun Tasir.Aku mengagumi beliau.Dilihat pada penampilannya yang sederhana namun tetap anggun,aku ralit memerhatikan dia.Ditambah dengan omelan,dan leteran nasihat beliau,x kering gusi dibuatnya sepanjang kuliah berlangsung.Kalau semua pensyarah macam ni,tiap2 semester mesti aku leh dapat DEAN LIST.hehehe..
 
        Aku ke kafe fakulti.Terpandang teman sekuliahku menggamitkan tangannya ke arahku.Aku menghampirinya.Fatimah,semanis namanya,begitulah empunya diri.Walaupun bukan kawan baik,tapi semua kawanku adalah kawan baikku kecuali yang mmg betul2 suka jadi batu api.Alhamdulillah.Fatimah mmg teman yang boleh dipercayai.Statusnya sebagai anak pensyarah mmg x halang dia dari menjadikan sesiapa pun sebagai temannya. Aku hanya meneguk air sebelum Fatimah mengajak aku utk ke Expo Tun Razak di kolej kediaman kami.Dengan senang hati aku menerimanya.

 
 xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
     
     "Banyaknye tudung2 kat gerai tu.Eh..jom gi tengok tudung tu.Cantik2.Mintak2 la murah" Aku terus meluru ke gerai tersebut.
       "Beb,jom kita masuk dalam dewan.Aku dengar ade kempen derma darah.Jom la.Kita derma darah nak?Aku x penah lagi derma darah.Hehehe" Fatimah memberi cadangan.
      " Owh..ek..ade ek..tapi aku x makan lagi la Comot.Xpe ke.Aku mmg la nak.Xpe.jom kite cube dulu." Aku pulak yang laju berjalan menuju ke dewan sebelum menoleh pada Fatimah dan bersuara "Comot,ko jangan gtau nurse tu aku belum makan ye.Aku rase x jadi ape2 kot.Tgok badan aku ni,mustahilla jadi ap2." Fatimah yang dah biasa dipanggil Comot,mengangguk.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Rabu, 14 Disember 2011

Wan Zawawi @ Awi

Nama die Wan Zawawi bin Wan Mohd Fitri. Gigi die rongak. Suka sangat tengok kartun. Die suka kartun Tom n Jerry, Upin Ipin, Kit n Kat dan macam2 lagi. Die mmg x suka mandi. Sekarang ni,die tengah busuk..Semalam die tido peluk patung Pooh besar nak mampus..Nak tengok x muka Awi..ni la dia...


Sekarang ni die ade kat umah aku...tengah peluk patung pooh besar..kalau die tido dengan patung tu,x nampak pun die..sebab die tenggelam..sekrang die tengah sengih n menampakkan giginye yang rongak tu..suruh mandi x nak mandi..busuk macam kammmmmmm...die jawab bing....

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

Generally,bila dikeluarkan sistem baru ni,ramai yang menyambut baik tentang kewujudannya.Malah,yang membangkang je kejenye mula la kate ni semua nak tarik minat pembangkang mengundi kerajaan la ape la..tapi aku x kisah.Bekerja dengan kerajaan jadi pe sebab aku nak sokong pembangkang.Kecuali kalau betul pembangkang nak naikkan gaji cikgu cikgi,aku akan pikir semula nak pangkah sape.Persoalannya sekarang,aku ni bile nak daftar mengundi?hahahaha..tu la..dulu aku dah daftar tapi orang tua tu bagi hilang borang aku.Yang p bagi hilang borang aku pasai pa.Ingat aku ad banyak masa ka nak isi semula borang tu.Banyak lagi borang lain aku nk isi.

Aku juz ingin berkongsi maklumat tentang SBPA ni. Untuk cikgu2,mungkin ade yang akan mengeluh sebab kenaikan gaji tahunan adalah berdasarkan markah yang diberikan dalam Sasaran Kerja Tahunan atau femesnye SKT.Jadi,harapnya..cikgu2 lama dan baru yang suka sangat jadi "penumpang" dalam kapal,akan mula wat keje n sama2 jadi nakhoda dalam memastikan setiap tugas kita terlaksana.Ini tidak..datang kat meja aku,pastu pas keje.padahal keje die.Kalau macam tu baik ko bagi aku jadi Ketua Panitia..Baik bagi aku jadi drebar.,...asyik nak bawak budak kuar je... Bila aku mintak nak ajar subjek opsyen aku,kemain mulut macam orang diabetis(manis je) kate tahun depan aku ajar itu la inila..tapi bile ade yang perapi bagi aku ajar subjek bukan opsyen..lemah lutut la ko ikut cakap anak buah ko padahal ko ketua..tension la bekerja dengan ketua yang suka ikut cakap anak buah..baik aku masuk panitia lain..panitia BI ke,agama ke..seni ke..huh...

Kat sini aku nka kongsi maklumat terkini tentang SBPA.

Saraan Baru Perkhidmatan Awam

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2011 Umum

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 2011 Polis Diraja Malaysia

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 13 Tahun 2011 Guru



Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2012

Belum abis lagi Tahun 2011,dah keluar Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam bagi tahun 2012.

Hanya sekadar panduan ye agar senang untuk kita menguruskan kewangan kita.. Kalau dapat gaji lambat,leh uruskan gaji bulan sebelumnye dengan berhemah ye..lantakla senget benget jadualnye..ade aku kisah..aku kisah bile gaji aku nak masuk

Bulan                    Tarikh                                   Catatan
Januari                 16 Jan ( Isnin)                        Tahun Baru Cina ( 23 & 24 Januari)
Februari               23 Feb (Khamis)                    -
Mac                     22 Mac (Khamis)                   -
April                    25 April (Rabu)                      -
Mei                     23 Mei (Rabu)                        Pesta Menuai (30&31 Mei)
Jun                      25 Jun (Isnin)                          Hari Gawai ( 1&2 Jun)
Julai                    25 Julai ( Rabu)                       -
Ogos                  13 Ogos (Isnin)                       Hari Raya Puasa (19&20 Ogos)
September          25 Sep (Selasa)                       -
Oktober              22 Okt ( Isnin)                         Hari Raya Haji (26 Okt)
November           6 Nov (Selasa)                         Deepavali (13 Nov)
Disember            18 Dis(Selasa)                          Krismas (25 Dis)


Yeahooo..aku suka jadual gaji ni..paling best bukan januari,ogos n november gaji masuk awal..tapi ingatla..lagi awal gaji masuk maksudnya lagi lama la kena tunggu gaji seterusnya keluar..hahahaha

Isnin, 12 Disember 2011

Ombak Rindu ... di hati Aina dan kesayangannya..

Tuhan,
tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

Tuhan,
aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya tuk cintaku
MONOLOG AINA..

Aku hargai pengorbananmu sayang.Terima kasih kerana sanggup bersusah-payah membeli tiket wayang "Ombak Rindu" demi saye.Awak takut saya x sempat tengok filem tu sebab tiket habis.Sudahnya, awak orang pertama beli tiket tu.. Terima kasih ye sayang.

Saya penah menonton wayang dengan kawan-kawan.Tapi kenapa rasa dan perasaannya tak sama ye bila awak berada sebelah saya?Mujur jugak masa tu lampunya suram je. Awak ade cakap.. Awak nak tengok saya nanges bila tengok filem tu. Saya cakap dalam hati, mintak maafla.Aina bukan senang nak menangis ye.Kali terakhir die menangis emmm... emmm..Alamak,maaf...xleh gtau la.

Tapi saya silap la awak. Saya mmg x sedih pun tengok cerita tu.Tapi tu permulaan je. Awak ingat x masa Haris baring kat kerusi,Izzah tanggalkan stokin suami die dan letakkan kepalanya di dada suami dia.Bila dengar je lagu Ombak Rindu,masya Allah,saya x sedar mata saya basah. Awak tau ape saya fikir. Izzah xtau ape yang akan dilalui selepas dia menikah dengan Haris.Manis?Pahit?Derita? Seperti jugak kita.Mana mungkin 2 bulan kenal terus bertunang tanpa bersua secara rasmi.Kita x tahu apa yang menunggu di kemudian hari.Bahagiakah awak dengan pertunangan ini atau sebaliknya?

Tapi kan awak,saye geram la jugak.Bila sedap2 tengah feeling,mamat kat sebelah tu gelak.Saya rasa dia ade masalah mental.Saya dengar dia cakap "ape la hero menanges"..DIA SILAP.. Lelaki menanges bukan kerana lemah.Sekali lagi pipi saya basah bila Haris kejar Izzah kat batu2 tu dan dia mintak maaf sebab dia marah Izzah bila die ingat Izzah mengandung.Dia kate "Boleh x awk jgn panggil saya Encik." "Kalau x panggil Encik,nk panggil ape" "Izzah panggil abang"....Pastu die peluk isteri die..hehehe..sampai sekarang,sy x mmpu nk panggil awk mcm tu.Biarlah.lepas kita nikah,mcm2 sy akn panggil awk..pgil yg baik2 dan manja2.

Sy x rasa penat pun drive dr Bentong ke Ipoh selama 3 jam setengah tu.Pukul 1 jumpa,pukul 7 malam dah nak kena balik.Tapi saye x kesah pn awak.Sy betul2 x kesah.cuma saya kesah sebab sekejapnya dapat jumpa awk...Ade rezeki,awk datang la sini pulak ye.Banyak tempat menarik saye nak bawak awk berjalan tau.

Selamat Hari Lahir Yang ke-25 ye awak.Semoga Allah akan terus memanjangkan umur awak dan seluruh keluarga awak..

Banyaknya monolog saya hari ini.Bila bersendirian di rumah,tak tau nk buat ape,jadi macam ni lah.


Hati.. Aku x bisa menipu..

Ahad, 11.12.11

Aku..
Kerana dirimu, aku tersenyum kembali...
Untukku, apa pun akan kau lakukan..

Mimpiku,anganku,impianku,destinasiku kini hanyalah kamu..
Esok kan sentiasa menyinar terang dan damai seperti hati kita..
Nyalakan cintaku di hatimu,sayangku.. Kamulah anugerah..
Yang terindah pernah aku miliki...
Inginku khabarkan pada segenap dunia..Kau milikku...
Namamu yang teratas di jiwa rapuhku sayang..
Tak mungkin kan hadir rasa ini tanpa kejujuran,kepercayaan dan kesetiaan..
Aku akan pertahankan selama mana nyawaku tergadai di jasadku.
Impian cinta kita akan ku ubah menjadi realiti..
Mohon doa dengan Allah..Agar Dia lindungi aku dan kamu...
Untuk selama-lamanya...

Fajar yang menyinar x mungkin seindah rasa di hati kini tanpa izin Allah..
Iringkanlah cinta kita dengan rasa penuh syukur pada Allah..
Renungilah kembali fitrah kejadian kita,sayang..
Dalam kesyukuran,rendahkanlah diri mengadap Illahi..
Agar keredhaan dan keberkatan dilimpahkan buat kita dan cinta kita..
Usah kau ragukan sekeping hati ini,kerana hanya Allah yang tahu apa yang terbaik buat kita..
Sayang..izinkan selamanya namamu disematkan dalam hatiku..

Kawan jenis apa?

KAU kawan jenis ape? Lidah buaya? Lidah ular? Hati kering? Hati tikus?

Arghhhh.. No comment...

Rabu, 7 Disember 2011

Aku ingin ke masa itu.

Aku ingin ke masa itu..
Masa yang bawa jiwa remaja aku mengenali keindahan hidup.
Waktu yang dalam diri aku penuh dengan romantis...
Waktu yang buat aku leka dalam perasaanku...
Masa yang buat aku asyik mencipta sebuah cerita cinta..


Aku ingin mulakan semua itu sekali lagi...
Aku yakin...Aku ingin ulang semua saat manis itu..
Saat yang pada ketika itu aku curah seluruh idea dan buah fikiran ku dalam sebuah layar,
Layar yang dipanggil dunia imaginasi...Aku ingin ulang semula.

Aku sudah bersedia....

Ahad, 4 Disember 2011

Sepi

Aku harus memahami. Aku harus memahami. Aku harus memahami.
Aku mesti memahami. Aku mesti memahami. Aku mesti memahami.
Aku perlu memahami. Aku perlu memahami. Aku perlu memahami.
AKU WAJIB MEMAHAMI... AKU WAJIB MEMAHAMI... AKU WAJIB MEMAHAMI KAMU....

Jumaat, 2 Disember 2011

Jun 2011 - November 2011

Jun 2011
* Selepas naik cuti,aku mulakan lagi projek baik punye kat luar sekolah.Kali ni perkhemahan pengakap di Pulau Santap,Janda Baik. 3 hari di sana.Mmg menyeronotkan.hehehe.cuma x suke bile segan nk melintas khemah tempat cikgu lelaki menginap utk ke temp urusetia bg amik makanan.sudahnya aku turun ke genting sempah untuk beli makanan..haha..slagi best member from SK Mempaga 1 (penah jadi guru ganti di sini) ade jugak.Jadi kami bermanda2 la di sini..air sejuk sangat2.mmg tenang.

Ikhtiar hidup : Masak Roti Lilit

Ni pun ikhtiar hdup jugak..heheh..bersantai di Pulau Sentap..kehkehkeh

Masak sambal ikan tilapia.Masak sekor je terus surrender.X tahan api mercik

Dah siap makan,,basuh sendiri ye korang pny pinggan.Eh..tolong basuh yg cikgu pny pinggan jap.
 
Pioneering : Hourglass.
Julai 2011
* :( Pengetua pertama aku,Puan Hajah Zakiah bt Haji Awang bersara bulan ni. Aku x ad la sibuk sgt sebab cuma ditugaskan menjadi pengacara majlis.Sambutan diadakan 2 kali iaitu di sekolah dan di Hotel Awana Genting.Di sekolah x ad masalah tapi bila dh smp ke Awana,mmg masalah.Majlis dihadiri berpuluh-puluh orang VIP yg kenal rapat dengan pengetua.Hehehehe..banyak cubaan dan rintangannya.Dan pada bulan ni jugak la aku telah wat transformasi pada diri dan wajah aku.hahahaha....alhamdulillah.

Jangan ambil pengetuaku..
Berbincang dgn penuh keimanan
Bincang sesame emcee.hehe
Dgn Kak Hana,rakan sekerja.First time aku pakai baju macam ni utk ke majlis yang grand macam ni

Ogos 2011
* 1 Ogos disambut dgn Ramadhan penuh barakah. Bulan penuh kemuliaan. Tiada ape yg menarik berlaku dalam bulan ni.Cuma boleh balik awal.Pukul 2 dh abih sekolah.Ade undangan majlis berbuka bersama pelajar kelas 3 RK Bestari memandangkan aku penah menjadi guru kelas mereka.Best jugak lauk pauknye.Raya kat umah je.Esoknye baru balik kampung kat Temerloh sekejap kemudian terus ke Kedah.Raya kat kedah mmg la best.Banyak kenangan tercipta.Semua kenangan best.Paling best makan ikan puyu.hahahaha.Gambar raya x ade la.hehehe.dah delete.

September 2011
Apa boleh aku kata cuma emmmm..x ade ape2.x ade ape2 yang menarik berlaku bulan ni..cuma alhamdulillah.Selepas putus tunang,gaji aku naik dan aku dah naik DG.Dari DC41 kepada DG41.alhamdulilla ya Allah.betullah janji Allah.Di sebalik kesedihan,sebenarnya ada kegembiraan dan kenikmatan.My new baby V has been born.Dengan rezeki yang dikurniakan Allah,aku akhirnya mengambil keputusan untuk beli sebuah kereta baru.Aku x lupa yg lama.Masih digunakan.Hati terpaut dengan Vios warne deep amethyst model G limited. Cinta hati baruku..
Gambar kete sendiri kat laptop lain.jadi tengok yang ni je la ye
Oktober 2011
* Memikul tugas dan tanggungjawab baru sebagai Setiausaha Pengawas ada masanya betul2 menitiskan air mataku.Konflik dalam terlalu banyak hingga memaksa aku memilih untuk melakukan semuanya bersendirian. Hati yang hancur kembali pulih.Perkenalan itu membawa aku kepada 1 alam yang aku belum lalui. Bulan ni jugak semua cikgu cikgi sibuk mengabiskan silibus dan PMR tlah berlangsung.Aku x terkecuali.Sikit sebanyak insiden september itu menyebabkan aku lalai seketika dengan tanggungjawab aku.Bodoh betul aku.Berdosa abaikan pelajar aku namun semuanya berjaya ku atasi.

November 2011.
* Mentariku muncul lagi. Ku snagkakan panas hingga ke petang,rupanya muncul pelangi yang indah di tengahari .Alhamdulillah..Syukran ya Allah dengan kurniaanMu ya Allah.Sungguh-sungguh aku bersyukur ya Allah.

Januari 2011 - Mei 2011

Disember ke 25 dalam hidupku muncul.Bulan depan,dah makin bertambah usia aku.Tahun 2011 adalah tahun paling dramatis pernah aku lalui.Aku nak kenang semula apa yang dah aku lalui sepanjang tahun ni.Agar aku mampu tukar dari buruk menjadi lebih baik dan dari baik menjadi lebih baik.

Januari 2011
* Langkahku di tahun baru amat pantas. Menerima 7 tugasan yang bukan sebarangan di sekolah,buat aku hanya mampu mengelip2 mata. Mujur waktu cuti yang lepas aku gunakan sesungguh hati utk bercuti.Bukak sekolah,mmg teruk jugak dibuli. Kelas yang diajar jugak ting 1,3,5 dengan subjek yang mmg mencabar minda dan tenaga positif aku.Tapi aku cabar diri aku sendiri.Bulan pertama yang memenatkan.

Februari 2011
* Org ramai salu ingat bila berada di bulan ni.Valentine day.Cuma org x tau Valentine tu untuk org bukan Islam.meraikan kejayaan paderi die.tapi org Islam plak yg sibuk sambut.Aku?nak sambut?Masa ni aku x ade boipren pun.Kalu ade pun,cinta beruk je masa tu.Ape2 yang org barat cube nk buat,org Melayu la yg paling sibuk nk ikut sekali.pakai ketat,melayu buat.maksiat,pun melayu jugak.tapi buang bayi,omputih x buat,melayu buat.melayu mmg hebat.hmmm..... Bulan kedua yang memeningkan.

Mac 2011
* Hah..bulan yang menghitamkan muka aku sebab ade Kejohanan Sukan Sekolah. Mmg penat.2 keje dalam 1 masa.Kalau aku doraemon,dh lama aku guna pintu serbaguna.Manakan x.Aku AJK Hadiah dan dlm ms yg same pembantu pengurus pasukan.FYI,aku rumah Waja,merah..huhu.Kena pantau budak2 perbarisan,kn kejar atlet rumah yg salu hilang,cabaran terbsar adlh panas terik.sebab tu daging aku ni dh leh makan.sebab daging panggang kan.

Nampak x kat mana saye?Ye.yg sdg tersenyum lebar tu la.Ni maskot umah satria.

Nampak lagi x saye kat mana?hahaha..sudah tentu la yang sedang menyejukkan badan tu
April 2011
* Kalau dah jadi cikgu mmg x sah la kalau x kena wat keje luar.Tahun ni banyak jugak aku keluar.Ad baik n buruknye kene keluar sekolah.Baiknye aku leh lari sekejap dari tekanan semasa bekerja.Asyik berada pada situasi yang sama mmg akn menaikkan lagi darah tinggi aku.Buruknye,aku terpaksa skip kelas sekejap.Aku akn lmbt sikit abiskan silibus.Normally,I will finish the respectative chapter 1st n left da homework to be done by my students.So,ke manakah destinasi aku bulan ni? Ke Pekan,Pahang membawa pemain bola tampar mewakili daerah bentong.Lagi best aku ni jurulatih bagi skuad bawah 12.budak2 kecik sekolah rendah.Mmg best dengan dorang ni.Ade sket gambar aku sempat snap ngan dorang.Mmg kenangan best.skrg pun klu jupe dorang,dorang still remember me.

Jurulatih negeri tgh melatih budak2 kecik ni.dari SK Kg Sertik,Pahang
Siap melutut budak nsem ni
Ni la pemain paling kecik sekali.Faizal name die.Dah la kecik.Berlari macam kilat.Sedar2 je dah hilang.


Mei 2011
*Bulan paling banyak event n seme yang best2.First sekali mestilah hari guru.huhuuhu.Bukanla 1st time smbut hari guru sbg cikgu.tp 3rd time cm this time berbeza sbb ak sebhgn dr warga SMK Sulaiman yg dicintai. :p..Kemudian,pas hari guru cuti sekolah 2 minggu.sakan berjalan2 cari pasal.Mana aku gi?kebetulan sepupu sepat hahaha dtg dr Kedah.aku g Pusat Pemeliharaan Gajah kt Lanchang,KLCC,Genting Highlands,Gambang Waterpark..emm..merata kan ak berjalan.

Aku menang..haha..tiup gula2 dalam tepung

Petangnyer beronggeng di Bukit Tinggi main bowling.
Every ticer hav their own decorated umbrella.Diz is mine.Won da 3rd places in Beautiful Ever Umbrella.Specially decorated by students.
Sepupu bagi makan tebu kat gajah.Suke die kawan dengan gajah

Tunggu masa nak naik cable car kat genting highlands.setakat naik kabel je.
"Hampa jangan nk p main jauh2 sgt na.satni tenggelam satni,wan x tau"