Khamis, 15 Disember 2011

Diam-diam Jatuh Cinta Part 2

     Sebaik aku melangkah masuk ke dewan itu,bau ubat menusuk kuat ke hidung aku.Tapi aku dah biasa.Malah bersemangat seperti biasa.Laju menyusun langkah ke dalam meninggalkan Fatimah yang seperti kegerunan.Aku menenangkannya.Tiada apa yang perlu ditakutkan.

     Ramai daripada mereka yang berada di dewan itu aku kenal.Manakan tidak.Kolej kediaman sendiri.Aku merebahkan diri di sebelah katil Fatimah.Aku ketawa sendirian melihat Fatimah macam ketakutan.Aku senyum.
    "Fatimah,kalau lepas derma darah ni aku mati,aku wasiatkan ko PSM aku ye"
    "OK tapi kalau aku mati dulu,aku wasiatkan ko assignment yang baru kite dapat tadi"....Ketawa berderai..Tiba-tiba Fatimah diam..Owh..jarum menusuk ke kulit mulusnya mencari salur darahnya.Sebentar kemudian,aku pula terdiam.

    "Ciss...misi ni.Kot ye pun bagi la salam dulu." Dalam hati je.
    Doktor menekan lenganku.Mencari salur darah namun semua kabur.Katanya "Isi awak banyak sangat la.Tak nampak urat darah.Kita sembur la yer."
"Ikut doktor la.Janji x sakit."


      Akhirnya,2 kali cubaan,mengalir juga darahku memenuhi kantung tersebut.Aku ikhlas ingin membantu mereka yang memerlukan.Semoga dengan sedikit jasaku itu,mampu membantu mereka yang benar2 memerlukan bantuan.Amin.30 minit berlalu,aku melihat Fatimah gembira kerana semua telah selesai.Lantas dia menghampiriku.Katanya dia gembira walaupun awalnya dia takut-takut.


"Tapikan,kenapa muka ko pucat ye.Bibir ko tu." Fatimah menegur.
"Hehe..aku takut jugak la.tadi doktor tu cucuk aku 2 kali.baru temu urat."

"Owh..patutla...hehe..xpe..sikit lagi penuh la ni.."
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
     "Fatimah,jom kita sambung gi gerai jual tudung tu."Aku mengajak selepas semua telah selesai.
     "Orait.jom.Tak abih2 dengan tudung ko ni ye." Aku cuma tersenyum.


     Nada mesej kegemaranku berbunyi.Aku membiarkan dahulu.Aku terpandang ke arah pokok yang tegak berdiri di tengah2 bangunan ini.Aku nampak sekujur tubuh tersenyum ke arah aku.Tapi kenapa aku nampak dia semakin kabur.Siapa gerangannya.Jangan hilang dulu wahai pandangan.Aku ingin melihat dengan jelas siapakah dia.Tersenyum padaku.Wajah itu makin kabur...gelap..dan....

      "Eh...Nani,ko kenape.Bangun wei."Aku dengar suara Fatimah.Tapi aku x mampu untuk mencelikkan mata aku.Aku dapat rasa kehadiran manusia di sekelilingku.Tapi aku x mampu buka mata ini.
      "Fatimah,panggil doktor kat dalam.Sementara tu,bukakla tudung dia.Yang lelaki mintak ketepi la ye.Takkan x penah tengok pompuan kot" Suara siapa ye yang mengarahkan itu dan ini.
     Lima minit berakhir.Aku mulai sedar sepenuhnya.Alhamdulillah.Fatimah akhirnya terpaksa membuka mulut mengatakan aku belum menjamah sebarang makanan dan menderma darah.Mujur nurse itu x marah-marah,cuma menggelengkan kepala sahaja.Kasihan Fatimah,dia jadi mangsa.Aku yang berpesan supaya jangan buka mulut tentang itu.Sudahnya..Ah..nasi sudah menjadi bubur.Lebih kurang 10 minit kemudian aku sudah boleh bangun dan pulang.Fatimah sempat berpesan kepadaku. "Lepas ni,ko kena makan banyak2.Tak payah diet.Aku takut giler tengok ko tadi.Tapi ade orang lain lagi pucat tengok ko tadi"

"Sape comot?" Aku berminat ingin tahu.
"Aku rasa budak kolej ni jugak.Dia macam kenal aku sebab die suruh aku panggil doktor tadi.Aku pun x pasan sgt r sebab ko btl2 wat ak lg tkut dr derma drah.Die mcm takut je mase tengok ko tadi.Sape ye die"

"Ko rasa sape?Ade org minat aku ke?Hehehe..best ni..Dah la.Aku bukan mati pon.Kalau tak,ko mesti dah selamat terima PSM aku sebagai wasiat aku."
"Haahla nani..naseb baik kan..Dah ..Jom balik.Doktor suruh ko tido je hari ni.Tekanan darah rendah sikit."
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



     "Na,awk dh OK?" SMS yang aku biarkan tadi,aku baca.
     Ish....sape die ni.Die panggil aku "Na"? Die tahulah nama aku?Siapa kau..Siapa..

     " Knp?Sy OK je.Ad ap2 ke?" Aku membalas.
     " Tipu."
     "Ya Allah,betul.Sy OK je.Ad kt blik.Br nk bukak PSM"
     "Na,jgn mcm ni.Awk rhatla dlu.Skrg2ny,utk hr ni.Esk awk smbungla semula keje awk.Sy x sk lihat awk mcm td.Awk kn rhat.Please awk..."
     Ya Allah....kenapa aku rasa seluruh nadiku tersentak?Kenapa aku dapat rasa jantungku berdetak pantas?Siapa lelaki ini.Siapa yang Kau ingin aku kenal ya Tuhan?Siapa...Beri aku petunjuk...
    Tidak..ini mainan perasaan.Ini godaan syaitan..Jangan terpedaya.Jangan tertipu.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

2 ulasan: