Jumaat, 16 Disember 2011

Diam-diam Jatuh Cinta Part 7

      Selepas 2 bulan,aku kini berjaya menamatkan pengajianku.Lebih membanggakan,aku berjaya mendapat Anugerah Pembentang PSM Cemerlang.Malah pensyarahku sendiri tidak menyangka di sebalik tragedi yang menimpa arwah adik ku yang hampir melupuskan semangat di jiwaku,aku bangkit membina keyakinan sehingga mendapat anugerah itu.Aku berterima kasih pada semuanya.Pada kedua ibu bapaku yang tidak pernah berhenti menyokong dan membantu aku sehingga aku mencapai ke tahap ini.
     Aku tak lupa pada teman istimewa ku.Dalam waktu senang,dalam waktu susah,dia ada demi aku.Aku percaya hanya dengan berbuat baik sesama manusia,kita akan rasakan betapa puasnya hidup kita.Penuh keindahan..penuh keberkatan dan penuh keredhaan.Alhamdulillah.
     Dan aku bertambah bersyukur kerana Allah bukan sahaja menitipkan insan istimewa untukku malah Dia juga membawa cahaya ke dalam keluarga kami.Firrdaus akhirnya melafazkan cintanya padaku dengan bersaksikan sekuntum mawar merah jambu.Aku bersyukur.Perkenalan dan persahabatan kami tidak disia-siakan begitu sahaja.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan