Sepanjang tempoh aku kat umah,memang sunyi sangat2. Bila adik balik, barulah tak sunyi sangat.tapi tetap ader kesunyian tu.Apakan tidak... Bangun pagi, aku lihat katil itu kosong.Sweater yang tergantung jugak tak berusik walau sedikitpun. Baju melayu hijau pucuk pisang itu juga,aku lihat seakan2 tak sabar menanti seseorang untuk memakainnya.Tapi....semuanya hampa.
Aku sedar dia takkan kembali.lagi 2 bulan,cukup setahun kami kehilangannya. Aku takut untuk fikirkan apa yang akan berlaku pada masa "itu"? Adakah aku akan menitiskan air mata aku kerana kurangnya seseorang yang selama ini menjadi teman aku. Aku harap aku tabah menghadapi segalanya.Aku sentiasa tahan air mata ini dari tumpah.Orang kata anak sulung tak leh nangis.Tapi aku tetap insan biasa.Yang ada hati.Rasa sedih bila lihat sesiapa sahaja sentiasa bergelak ketawa riang bersama adik mereka. Baru sekarang aku faham....Jauh dari mata, terlalu dekat di hati. Sampai mati, demi Allah, aku takkan lupa untuk mendoakan yang terbaik untuk dia.AKU TERLALU MERINDUI DIA DAN TERAMAT MENYAYANGI DIA...
Aku takkan lupa bila dia mintak aku belanja dia KFC.Suka sangat dier dengan KFC. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan