Selasa, 5 Jun 2012

Kehidupan baru kini bermula.

Aku yang bernama Nurul Aina Harnani Abdullah kini diletakkan di bawah tanggungjawab suami tersayang, Firdaus bin Yusof. Ya Allah,kekalkan cinta antara kami,mudahkan dugaan dan cabaran yang kami bakal tempuhi,beri kami kekuatan...Sesungguhnya Kau yang Maha Mengetahui dan Maha Memberi...

Jangan pisahkan aku dan dia. Biarlah segala penderitaan berlalu. Aku hanya inginkan dia.
 

Rabu, 11 April 2012

Sigh~ :"(

Aku dah penat....
Aku dah tak mampu lagi...
Aku dah x dapat tahan lagi...

Tuhan, tolonglah aku...
Jangan biarkan aku terus begini...
Aku tak mampu tanggung semua sendirian....

Sabtu, 7 April 2012

Makin Menjadi-Jadi...



Makin lama, makin menjadi2 gila aku ni. Baru turun JB, x sempat nak berehat,terus gi layan otak gila aku ni... 

Kek Hari Lahir Untuk Abah < air tangan aku sendiri >
Nasik Ayam Nani... hehehe...
Nasik Ayam Nani tadi makan dengan Sup Bebola Nani....
Menyelerakan....fresssshhh  fruit on fresh cream..

Tak sempat nak posing la....

Tiramisu...taught by expert,learned by amature


Thiz is mine!!! First timer decorator...


Nak buat suami lekat di rumah adalah dengan memastikan makan minumnya terjaga. Betul ke???

Seminggu yang panjang....

Dalam tahun ni,belum pernah sekali pun aku berpeluang outstation..Akhirnya,dapat jugak aku  keluar dari bahang tekanan kerja yang menghimpit.

Buat mereka yg pk cikgu ni kalau kn bwk budak gi luar,die seronok sangat sebab x payah mengajar,jawapan aku senang je..KEPALA HOTAK KAU!!!!!!!!!.....
Aku dah tinggal keje secukupnye untuk pelajar aku. Tu pun ade yang x buat. Tapi xpe..tunggu la minggu depan.. Kan dah salu gtau,bila sakit je hati saye,maka sakitla jugak korang.

Ke mana aku pergi? Aku memencilkan diri di JB..bukan johor baru tapi janda baik..jauh dari bisingnyer ank2 murid,jauh dari ragam cikgu cikgi..tapi aku x pergi tangan kosong..aku bawak 17 orang pelajar dan sejumlah buku untuk ditanda.

Kempori Pengakap Daerah Bentong tahun 2012 bermula 3 - 6 april jadi selama tu jugak aku bertapa di sini. Segala penat lelah,sakit dan derita berbaloi sangat2...kenapa...saksikanlah...

 

Ahad, 1 April 2012

2 purnama menjelang...lambat lagi...

Sekarang ni, x pasti la Allah sudah tarik sikit nikmat masa atau macam mana. Masa macam dah xnak tunggu manusia lagi. Agaknya kalau masa boleh bercakap,ape die nak kate tentang manusia yer...Emm..kadang2 suka masa yang bergerak cepat sebab x sabar nak abis meeting berjenis-jenis meeting dengan cepat.....Kadang-kadang aku x suka masa yang bergerak teramat perlahan.Tak sanggup nak berjauhan dengan dia. Bukan saja die.Malah yang lain juga..Hmm..


Bercerita tentang masa,pejam celik tunggang tonggeng tinggal lagi 2 bulan untuk segala persiapan. 90% alhamdulillah. Terlaksana. Lagi 10%??? Itu kena tunggu dia siapkan dokumen semua tu..


Mentang2 lah die baru abis final exam,pilih kad kawen pun dah macam tengah study ye!


gembira melihat hasilnye.,.dari setangkai jadi sejambak dengan kos x sampai RM10.

Bekas hantaran ni akan jadi mangsa kreativiti aku.Nantikan kedatangannya di majlis kami...

Baju untuk resepsi pun ikhlas jahitan tangan sendiri..
gift box untuk tetamu yang sudi datang.. sangat excited mase tengok kotak ni n terus gi tempah

Sekuntum bunga kamelia ini mengambil masa 25 minit untuk disiapkan..Semua sekali ade 10 kuntum.



Jumaat, 30 Mac 2012

Kena Marah Atau Puji?

" Aina, surat awak ni banyak sangat salah ni. Ayahanda betulkan nanti kamu taip balik.Ish..ish..surat lintang pukang. X pas nak kawen awak ni,Aina." 
"Aik ayahanda,ade kaitan surat mohon sumbangan dengan nak kawen?"

"Itu la...laras bahasa surat rasmi xleh nak ade emosi. Nasib baik awk ade lesung pipit. Saya suka orang ade lesung pipit" Aku senyum sorang-sorang.Baru tau ke Ayahanda..huhu..dalam hati je la jawab



"Ni lagi satu,berapa kali awak nak tulis "dengan rasa rendah diri",awak mmg dah tinggi.X payah nak rendah2 dah ye sayang."

"Aina,nape x balik lagi ni? Gi balik. Nanti tunang cemburu pulak"
Dalam hati jelah saye jawab ye < X ade masa nak layan rasa cemburu tu.Banyak lagi keje lain saye nak buat.>

Khamis, 1 Mac 2012

01/10/11 -----> 01/03/12 ( TRIBUTE TO AWAK)

 5 bulan usia perkenalan kita. Hanya sebulan masa kita perlukan untuk melanjutkan perkenalan kita.4 bulan seterusnya, kita bahagia meniti sebuah jambatan tertulis di atasnya kasih dan sayang. 



Sabar dalam penantian menanti 3 bulan lagi untuk meniti di atas jambatan tertulis cinta kerana ikatan pernikahan atas dasar cinta...bukan sahaja kasih, bukan jua sayang tapi kesemuanya. 

Gila Diet!!


Yeah.. I'm strictly on a diet! I have to make sure I reach my target weight..
Total weight loss till present : Only 8 kg in 2 months!


Jangan makan malam...
Jangan makan nasik...
Jangan makan roti....
Jangan minum air manis....
Jangan makan bihun/mee/kuew teow goreng...

TAPI....
1. AIR SUAM MINUM 3 LITER SEHARI (500 ML PAGI , 1500 ML TENGAHARI, 1000 ML MALAM)
2. SARAPAN TETIAP PAGI MAKAN OAT JE.
3. TENGAHARI MAKAN SEMANGKUK BUAH-BUAHAN / OAT DAN WHOLE GRAIN BREAD.
4. BERJALAN 10000 LANGKAH SEHARI.. (AKU JALAN DALAM SEKOLAH JE.PARKING KETE JEJAUH PASTU WAT2 LUPE KETE KAT MANA)
5.KENA ADE KESEDARAN.SEBELUM NI,DATANGLA BALAK RAMAI MANA PUN,KALAU X IKHLAS,X JADI.SEKARANG JE BARU IKHLAS NAK KURUS...
6. TELUR AYAM MAKAN SEMINGGU SEKALI DAN ELAKKAN MAKAN IKAN BILIS KERANA KOLESTEROL LEBIH TINGGI DARI SEEKOR IKAN KEMBUNG.

 
 

Belanja Kahwin 2012

Setakat 29 Februari 2012, perbelanjaan untuk majlis akad nikah, malam berinai dan majlis resepsi sahaja sudah mencecah RM 9875.30 . Alhamdulillah. Berbanding bajet kahwin sebelumnya, aku hanya sanggup membelanjakan sekitar RM 4000 sahaja. Namun, kali ini aku ingin semuanya lain dari yang lain. Nak kongsi bersama x bajet kahwin aku punye??Boleh..x ade hal.

Barang2 mentah untuk memasak : TAK TERMASUK KRN SPONSORED.
Khemah / kanopi :  RM500
Pelamin 3 panel + baju sanding 2 pasang + hiasan meja makan beradap+ meja kek +  mekap 3 kali dan 3 kali touch up = RM 3000
Barang2 hantaran :  RM 1000 ( yang sederhana je)
Hiasan untuk bekas hantaran : 1 bekas anggaran dalam RM 50.(kalau kat kedai sebekas RM180)
Door gift / bunga telur / guest gift : RM 1800.
Kek Kahwin : RM350
Kad Kahwin : RM800
Lain-lain : RM 2000...


Macam mana? Berani x nak kawen? 


Dari mana dapat duit sebanyak itu??? Huhuhu...menyimpanla..hasil kerja selama 2 tahun. Yang penting, jangan perabihkan untuk belanja sesiapa yang x patut sangat. Lagi satu, gunakan sistem kutu yang membolehkan kita dapat duit dengan banyak sekaligus

Motif???

Pengetua : Aina, awak bertugas bahagian ape masa delegasi Thailand datang nanti?
AINA : OOO...SAYE X ADE LA SECANTIK CIKGU2 LAIN UNTUK BERADA DI BARISAN 
              PENYAMBUT TETAMU.SAYA MENGECAT DINDING SEKOLAH JE.
Lalu tercenganglah semua cikgu2 yang berada di dewan mendengarkan jawapan aku. Tapi itulah realitinya.

Sehari sebelum..............

"Aina,nanti pilih pengawas yang cantik2,putih2,kurus dan menarik dipandang masa orang Thai datang."

Dalam hati aku..... "kepala hotak kau.ingat yang cantik tu pandai buat keje ke?budak2 aku mmg ade yang x cantik,tapi buat keje tip top.aku x kira.pokoknye mesti ade sorang india aku nak masukkan.ko setuju ke x,ko amik budak lain wat keje.jangan kacau budak pengawas aku!PAHAM!!!!" ....sayangnya cuma keluar dalam hati je...

Seminggu selepas hari kejadian si Thai datang sekolah..Bila jumpa pengetua je.....
ISNIN :  Memula memandang atas bawah.. kemudian " Aina, cantik awak saye tengok hari ni
SELASA : Aduh aina...cantik awak pakai macam ni...
RABU : Sejak kebelakangan ni semakin cantik saye tengok awak ni. Butang baju awak pun cantik.Awak beli kat mana???
KHAMIS : Huhuh...x jumpa pengetua la hari ni...

Soalan aku : Apekah motifnye dia bertanya "Cantik butang baju awak.Awak beli kat mana butang baju sekolah tu?"

Adoi...macam2 tapi aku tahu.Pengetua nak hargai staf die.Ade yang suka,ade yang x suka..Pada aku,cara die mmg terlalu ekstrem tapi dalam masa yang sama die mmg berdedikasi.Apa yang diarahkan dan keluar dari mulutnye,mmg semua patuh dan memberikan kesan...

3 purnama menjelang detik indah

3 purnama bakal hampir,
3 purnama menghitung detik,
3 purnama merencanakan aspirasi,
3 purnama menjengah realiti,
3 purnama menanti pasti....................

 

Isnin, 27 Februari 2012

Memang Kau Cari Nahas Dengan Aku!!

Hari pertama Ujian Bulanan bagi pelajar Tingkatan 4 & 5 bermula hari ni. Emm..Ade kelas ngan budak Ting. 4 hr ni. 2 mase sebelum balik. Makan dulu la...

"Kak,bihun sup 1 ye."

..................slurpp....alhamdulillah. Dah kenyang. Jap lagi masuk kelas, baru semangat..........

KRING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aku melangkah dengan pantas ke kelas tu. Tangga yang banyak (kelas kat tingkat 3) jadi aku jalan pun slow2 je. Gatal gelenyar pakai high heel hari ni. Padan!!

"Cikgu, apesal lambat masuk kelas. Nak jawab exam ni"..
 Aku tengok jam ....

"Eh..5 minit je lambat. Lagipun kelas awk tinggi sangat. Lagi satu, selama ni awk masuk kelas saye lambat 10 minit, AKU TAK KISAH PUN!!"....semua terdiam..

Lepas edar kertas soalan, 30 minit aku round. Hmmm..mata aku jadi semak la tengok sorang budak hitam ni!

Aku gi dekat die. Die kembali normal. Aku balik semula ke meja guru. Mata aku jadi semak lagi.Apehal budak hitam ni. Ade yang x kena ni. X leh jadi ni. Aku mesti nak tau!!

Aku gi dekat budak hitam ni. Tengok die ok je.Selak kertas die,nothing suspicious. Aku bukak pencil case die.AAAAAAAhahahahahahHHHHHHHHHHHHHHHH............



"Apesal awk ade jawapan ni?"
"Tu jawapan paper BI tadi cikgu."
"Kenape awk tengok kertas tu?Bukan tengok kertas soalan?Takpelah..teruskan menjawab"

Aku dah sah2 la x puas hati. Siap kau. Aku mesti siasat. Aku gi kat mangkuk sebelah die. Ciittttt..jawapan sebijik macam dalam kertas die tulis. 

"Baik awk ckap betul2 ni jawapan mana ni?"
"
Tu jawapan paper ni tapi saya dapat dari kawan saye kat sekolah lain"


Adussssssssssssss.....berdesing telinga aku. Ni la namanya DAH LA HITAM, HUDUH dan HODOH, tambah lagi BODOH!!!!!!!!!!!!!!!!

Aku x nak tunjuk aku tengah marah. Aku masih lagi berhemah dalam membuat keputusan. Jadi aku cakap kat budak hitam tu..

"Maafla ye. Kertas awak saye nak amek yer."

Aku pun amik la kertas budak tu dengan soalan sekali. Kemudian berjalan ke meja guru penuh sopan. Sampai kat depan kelas......


Haaaa..tu la yang aku buat. Aku koyak x banyak sangat.koyak 6 je. Koyak tu sekali pakej dengan lagu cinta lagi tau.

" Inilah makannya bila jadi setan bertanduk dalam exam. Kalau dah tau diri tu bahlul, bengap, balik umah baca buku banyak2. Harap maklum la ye...saye mmg sampai MATI XKAN MENGAKU AWK ANAK MURID SAYA LAGI.ILMU SAYA BAGI PADA AWK PUN,SAYE RASE SAYE X HALALKAN!!!"

 

Dengki ke Aku Jadi CIKGU??

GAJI GURU NAIK 2012

Respon Orang yang TAK PUAS HATI :

1. Kerja cikgu ni senang... jer.
2. Kerja sikit. Cuti banyak.

HANYA ORANG YG TAK TAHU MENILAI PROFESSION PERGURUAN SHJ YG BERKATA DEMIKIAN. KEJA CIKGU NI BUKANNYA MUDAH SEPERTI YANG DI GEMBAR GEMBURKAN!!

Time pertandingan bola.. cikgu jd REFEREE..
Time budak nak bertanding apa2 acara... cikgu jd JURULATIH
Time aktiviti KH.. cikgu jd PETANI..
Time kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN..
Time RMT.. cikgu jd PELAYAN..
Time budak sakit.. cikgu jd DOKTOR..
Time ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR..
Time hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI..
Time persembahan hari guru.. cikgu jd KOMPOSER..
Time baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG KAYU..
Time budak muntah/berak dlm kelas.. cikgu jd TUKANG CUCI..
Time budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF..
Time budak wat persembahan... cikgu jd PHOTOGRAPHER
Time perkhemahan.. cikgu jd TENTERA..
Time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM..
Time hari Guru... cikgu jd PENYANYI..
Time gotong royong sekolah... cikgu jd TUKANG KEBUN
Time masuk waktu solat.. cikgu jd TOK IMAM..
Time parent amek lambat... cikgu jd BABY SITTER..
Time budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM MAHKAMAH..
Time budak sakit kecemasan.. cikgu jd PEMANDU AMBULANS..
Time merentas desa.. cikgu jd POLIS TRAFIK..
Time budak sedih.. cikgu jd PELAWAK..
                                      

* fahamkan pekerjaan sebagai guru ni? dialah segala-galanya !!

Yang awk DENGKI sangat dengan cikgu apesal???

Tu la..dulu cikgu suruh belajar betul2,xnak.

Katak Oh Mengkarung

11.58 pm 
"Jangan lupa ye awk.Minggu ni banyak menda kita nak selesaikan.Banyak nak gi tempah..banyak jugak nak beli."

................talian terputus lagi.Owh..kredit dah abis.

12.30 am..
Mata semakin romantik dan akhir zzzzzzzzzzzzzzzzzz...............

1.25 am..
"NANI.....NANI.......BANGUNLAH...."serentak dengan bunyik tok..tok..tok..

1.35 am
"Apehal????"
"Nani,ade katak dalam bilik aku..katak ong gedek gedek..."
"Kepala hotak kau ong gedek gedek...Aku mengantuk la..." 
"Nani...buang la sat...Tadi aku teman hang gi bilik air"
" Eiiiiiiiiiiiiiiii...ok..ok.."

Dia amik penyapu n penyodok..
Aku pun dengan penuh manja menguis katak itu masuk dalam penyodok dan letak kat bilik air..

"Malam ni,ko tido dalam hotel ni ye cik katak"



Aku pun kembali ke bilik.

"Masya Allah,aku tadi gi dodoikan katak kat dalam bilik air.Apehal ade mengkarung plak dalam bilik aku ni...Ade orang nak meminang ke???? Ahhh..lantak kau la..aku nak keje esok.Esok petang je la aku setel ngan ko ye mengkarung." 




 

Ahad, 26 Februari 2012

Diari Hatiku 1

          " Terima kasih cikgu!" ucapan pengakhiran setelah tamat kelas pada hari ini. Begitu bertenaga. Maklum sahajalh. Semua mahu rehat. Jadi,semangat je bagi salamnya.
          " Amboi..amboi..korang ni kalau waktu rehat,yang tido leh terbungkang bijik mata.Yang ngantuk leh tenganga mulut ye.. Ok..sama-sama.Jumpa lagi minggu depan.Jgn lupa siapkan latihan saye bagi tu." Matanya mengekori gerak langkah pelajar-pelajarnya.
          Seiring dengan itu, nafasnya dilepas kuat. " Leganya kelas dah habis. Buku rekod pun dah siap. Emm.. Buat soalan exam la.Minggu depan nak exam,lupe plak aku kena buat soalan exam."
          Dengan pantas, laptop hak milik kerajaan itu dihidupkan.

  

             " Allahuakbar... Astaghfirullah... Ya Allah.." tiba-tiba sahaja dia melafazkan kalimah suci itu. Seraya dengan itu,tangannya segera memicit-micit kepalanya. Dirasakan ada belati tajam menusuk di kepalanya. Matanya dipejamkan seketika. Ingin melawan rasa penuh kesakitan itu. Dan dia x boleh lemah membiarkan kesakitan itu merasuk dirinya.

          Malu dan segan apabila pelajar yang lalu lalang memandang-mandang kepadanya. Jadi dia membiarkan sahaja rasa sakit itu.
        Tangannya kembali lincah mengetuk papan kekunci laptopnya. Namun hanya bertahan 10 minit apabila rasa itu kembali menjengah di kepala sebelah kirinya. Kali ini lebih kuat. Lebih tajam sakit itu.
        " Ya Allah,sakitnya.. Sakitnya Ya Tuhan..Ringankan penderitaan hambaMu ya Allah"
        Perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Dia menguji hambaNya..namun Dia juga penyelamat hambaNya. 
       " Eh...Eyna..kenapa ni?kenapa ni..mcm x OK ni..nape?jom..jom..g tempat akak.Jom cepat"
       Syukur x terhingga. Datang seorang penyelamat diutus Allah walaupun sakit ini bukanlah sakit yang membawa maut. Namun,siapa dapat menanggung keperitan seperti pisau menghiris segenap inci otak. 

        " Kak,kepala otak ni kena migrain lagi.Ubat dah lama x ambik yang baru. Dah lama x kena. Tiba-tiba hari ni sakit lagi" Dia mengadu.
        " Awk banyak sangat pk ni. Pasal ape?PK menda ape? Pk pasal pelajar ke atau pasal nak kawen?"
         Masih sempat berceloteh ye akak ni..
         " Pk pasal ape lg kak. Pasal budak2 yang x reti-reti nak pakai tudung tutup dada,budak2 jantan yg suke ponteng,bebudak yang kecik2 dah kenal maksiat zina.Itu baru pelajar. Belum lagi citer bab keje.Laporan tu,laporan ni,pegi sana,pegi sini,buat tu,buat ni..." Dia bagai menceritakan segalanya yang tersimpan di hatinya.
         " Keje tu mmg la keje jugak.Tapi kita ni nak hidup lama lagi tau.Bukan sehari 2 je lagi.Jadi kena pandai la imbangkan semua tu." Pandai akak berbicara ye.
         " Hehehe.ye la kak..cuma tekanan saye hilang bila balik rumah dan siapkan barang2 hantaran saya.Hehehe"
        "Kalau macam tu hari2 la kena wat menda tu.baru x stress...Haha..nah,minum teh halia ni." 
        " Terima kasih ye. Rasa dah OK sikit.nak balik awl la hari ni.Terima kasih tau."

                         BERSAMBUNG

Rabu, 8 Februari 2012

Aku belajar dan terus belajar......

Melihat peningkatan positif dalam pandangan perspektif skop tugasan aku sejak 2012 bermula,betul-betul buat aku bermotivasi dan bersemangat melaksanakan tanggungjawab aku. Manakan tidak. Terlalu banyak perkara baru aku belajar. Aku belajar bagaimana untuk menjadi guru yang tegas dan baik dalam masa yang sama. Kemahiran generik yang aku nak sangat jadi mantap adalah komunikasi 2 arah yang berkesan. Kalau komunikasi tu jadi 1 arah,tu maknanya aku syok sorang2. Alhamdulillah,kebanyakan pelajar aku mmg betul2 dengar kate. Mungkin sebab pelajarnya berada di bandar dan dapat faham bahasa aku. Kalau kawasan luar bandar pedalaman yang mmg x paham ape aku cakap,sahih la semua maklumat x kesampaian. Serupa dengan cikgu cakap sorang.

Kemudian,kemahiran yang aku nak sangat sebati dengan diri aku adalah menjadi serius dan tidak lagi mudah ketawa. Susahnya bila jadi guru disiplin dalam masa yang sama suka melawak.Tahun ni nak jadi serius. X nak dah gelak2,ketawa2 hingga pelajar pun x tau aku serius ke main2...

Ape lagi yang aku nak belajar ye? Aku nak belajar jadi cikgu yang super multi tasking.Dalam sehari,aku nak aku boleh mengajar 6 masa sehari,kemudian aku round semua bangunan bagi menjejak penjenayah yang sewenang-wenangnya melakukan dosa,kemudian aku menyiapkan lesson plan hari ini ni jugak,dan selepas tu aku nak fokus kerja2 unit HEM dan Kokurikulum pulak.. Azam aku tahun ni,walau macam mana nak mampus sekalipun kerja aku,kerja jangan bawak balik umah.sebab tu buku aku banyk dalam kereta.dah x ade dalam bilik aku.usung je ke mana hala..

Aku ade harapan.Aku ade impian dalam bidang perguruan ni.Cuma 1..aku nak gaji.Sebab bila dapat gaji, aku leh beli macam2 barang yang aku leh guna untuk pelajar2. Duit gaji aku dapat adalah untuk pelajar.Untuk mereka menimba ilmu pengetahuan.. Cukuplah 3.5K sebulan asalkan aku x merempat periuk nasik orang.

Isnin, 6 Februari 2012

Isteri tak pandai berjimat?

Sketsa suami isteri yang sudah 15 tahun menikah dan kahwin.
I = isteri         S = suami

I : Abang,boleh x kalau anje nak duit sikit. Anje dengar kat SOGO ade sale. Handbag n barang mekap murah
S: Kan dah beli bulan lepas.Dah habis?
I : Haah,,,dah abis..
S: Aik..kamu makan ke mekap tu?Cepat beno abis nye
I : Mane ade la abang.Saye pakai la..
S : Kamu bukan keje pun.Duduk umah je la..x payah nak melawo sangat.
I : Tapi..
S :ala..sudahla..saye nak bace paper ni.. Ni tengok gambo rozita cik wan ni.Comelnye die.Dah clash dh dengan shahir.

Ni ade 1 penjelasan..Lahir dari hati seorang wanita..

Bila wanita ingin cantik dan mekap,itu tandanya die sayang sangat pada suami die.Suami pernah ucapkan terima kasih kerana isteri sentiasa ingin cantik depan isteri?penah?penah?kalau belum,cakap sekarang. Isteri akan berusaha untuk cantik depan suami die sebab die nak suami die gembira.Mmg ade suami akan cakap cantik ke buruk ke die terima seadanya.Tapi tu awal2 kawen atau masa bercinta je.Cuba dah lama kenal n dah lama kawen...aduh..menyesalnye saye kenal awk.Dah la juling,kulit plak kering n mengelupas je.ish..ish..ish...ha...kan dah berdosa tu..

Dulu kate leh terima seadanya.x ade la timbul masalah macam ni sepatutnya..dah lama2 baru nak cakap sebenarnya awk bukan taste saye...wahai cik suami.awk tu pun belum tentu taste isteri awk.cuma isteri tahu adalah die akan terima suami dia apa pun adanya.

Jadi jangan bising bila bini nak melawa.Biarkan die melawa sebab die sayangkan suami die sangat...

Aina Harnani : Saye dah pandai mekap sekarang.Hahahaha

Lelaki..kamu memang x bermaruah..

Lelaki bagi saye tidak bermaruah apabila......

1. die melatah dan menyebut menda lucah.Kalau yang sendri punye xpe.Ni mencarut yang orang lain punye.....x senonoh kau tau x!!!!

2. merokok saye leh terima tapi yang x bermaruah tu akan menghembus asapnya ke muka orang lain...lemas ko tau x!!!!!!!!!!!!!!!!

3. melihat isteri pakai legging sekerat lutut,baju ketat x tutup bahu,rambut macam burung mera...k kemudian die kate "cantiknye bini abang"...semoga dibukakan pintu hati utk berubah..dah la cakap kuat2 bila aku lalu tepi die..ingatkan burung merak zoo mana yang terlepas.upenyer bini die..nauzubillah...

4. dah ludah kemudian jilat balik..emmm..ade je kot kes isteri diceraikan hanya kerana sup terlalu masin.bila dah bercerai,kemudian baru la nak insaf,itulah bini terbaik.tapi sayangnya,bini dah kawen dengan lelaki lain yang lebih baik dari die.malah pandai masak sup untuk pompuan tu...ko balik masak sup rumput lalang je la...

5. ajak isteri keluar shopping,kemudian gi giant amek barang2 utk kete die punye la banyak.kemudian menyendeng kat bini cakap "ayang,tolong bayaq sat.abang lupa bawak wallet.lagipun,balance duit hantaran abang bagi ade kat ayang lagi kan.."ahh..banyak CANTIK MUKA KAU....

Sabtu, 28 Januari 2012

2012 ..:: Kaki Kipas ::...

Hentikan kaki bodek dan mengampu di tempat kerja.
Hentikan kaki mengarah itu ini di tempat  kerja
Hentikan merasa bahawa hanya diri kamu yang layak diberi jawatan tersebut sedangkan x reti wat ape2 kerja pun
Hentikan budaya "Aku xnak keje tu,tapi dah die bagi,aku kena wat la.Tapi xpe.Aku wat ala kadar je"
Hentikan mengata yang bukan2 di belakang kawan kamu macam yang aku salu kena. "Aina tu baru je mengajar kat sini,tapi macam die je yanng pandai"..ni jawapan aku...dah ko tu buat keje hati x ikhlas.nak org pandang bila ko wat keje,dah la datang lambat,mase perhimpunan x ade,pastu balik awl..."
Hentikan perasaan x puas hati kat orang lain (apesal ko dapat cuti,aku x dapat pun)
Hentikan rasa nak balas dendam pada orang lain sedangkan apa yang berlaku sebenarnya ko penyebabnya."

Semua tu adelah nasihat aku kepada diri sendiri.Kalau rase diri tu bagus sangat,bagusla..Kalau rasa ade yang perlu diperbaiki,perbaiki la...

PMR dimansuhkan,PBS diperkenalkan

Akhirnya melangkah jugak ke tahun 2012. Banyak perubahan telah berlaku pada sistem pendidikan negara kita yang kebanyakannya mmg sudah dijangkakan.

PMR dimansuhkan bermula dengan pelajar tingkatan 1 2012. Pagi tadi dengar iklan dalam radio.Pasal mak yang risau sebab anak x dapat A dalam exam. Jadi tekanan pada mak die.Jadi,diganti dengan PBS iaitu pentaksiran berasaskan sekolah.Anak2 xkan dinilai pada A,B atau C tapi dinilai mengikut band iaitu Band 1,Band 2 hingga Band 6.Band 1 adalah untuk yang paling lemah dan band 6 adalah untuk yang paling bagus.

Yang menjadi persoalan sekarang,ibu bapa perlu menunggu sehingga 5 tahun untuk meraikan kejayaan anaknya.Kesian...Itu pun kalau SPM x dimansuhkan..kalau SPM dimansuhkan,maknanya sekolah pun akan ditutup..huhuhuuhuhu...kalau x perlu mengajar tapi duit gaji masuk,xpelah jugak.

Keduanya adalah mengenai MBMMBI...ko tau x menatang ape tu?Memperkasakan bahasa melayu,memperkukuhkan bahasa inggeris..Tahun ni aku mengajar budak tingkatan 1 matematik n sains. @ kelas . Kelas B aku ajar guna bahasa melayu manakala kelas G aku ajar guna bahasa inggeris..emmm..ape rasionalnye ye nak asing2 ajar budak guna bahasa berbeza? Dr. Mahathir ,mantan perdana menteri kita belajar sampai keluar negara.malah seluruh dunia dia dah merantau..tapi die masih pekat n kuat lagi loghat kedah die.Kenapa nak asing2 ye?ape salahnya kedua2 bahasa tersebut dicampur.Guru sebut istilah dalam BI kemudia terjemah dalam BM.

Pelajar x perlu hipokrit sangat.Bila saya tanya nak ajar BM atau BI,beria2 jawab BI.bila ajar dalam BI,die suruh kite plak translate untuk die..sebab tu la saye kate,gunakan ke2 bahasa tersebut.bukan merojakkan bahasa.tapi pelajar perlu tahu sesetengah perkara dalam bahasa inggeris.

Senario yang selalu dilihat di universiti apabila pelajar melanjutkan pelajaran ke sana adalah,langsung x mahir berbahasa inggeris..malah siap cakap lagi die rase berdosa bila cakap BI.eeeeiii..come on la..kepala otak ade x?boleh namakan universiti yang masih menggunakan sepenuhnya bahasa melayu sebagai medium pengajaran? UIA???seingat aku mase aku melawat ke sana,semua taklimat diberikan dalam BI,malah perbualan biasa pun aku terpaksa guna bahasa arab jugak..BM ade cuma dengan member2 dari semenanjung.UTM??5 tahun aku hidup kat situ,nota aku ade dalam bahasa melayu tapi mase megajar,pensyarah speaking BI r...

Bukan aku bantah guna bahasa melayu semula..cuma apa salahnya kita perkasakan bahasa kebangsaan kita dalam masa yang sama kita ambil peluang belajar bahasa lain..Take it for granted.U made that decision (aku pun x tau bahasa aku betul ke salah tapi at least aku mencuba..)~ Better late than never~

SBPA ditangguhkan lagi?

kelakar sangat.Kenaikan untuk gred aku cuma RM90 je.ape yg hebat sangatnye..yang dah nak pencen,orang kate tunggu mase je,dapat beratus2 malah beribu2 kenaikannya.Cadangan aku,yang miskin papa kedana macam aku ni,mintak2 la dapat kenaikan lebih sikit..hehehe..dah kuli batak je..asyik kena suruh itu ini,yang menyuruh tu pulak,jenis suke x amik pot..kuli batak la yang pening,sakit hati nanti..

Jangan tangguh lama sangat ye SBPA tu,.,,emmm..agak2 ade kemungkinan tak SBPA tu dimansuhkan??

Aku dilahirkan sebagai seorang yang hebat!!

Bukan hebat sebab bijaksana sebab aku x pandai pun. orang lain ramai lagi yang pandai
Bukan jugak sebab aku kaya sebab ramai lagi yang kaya dari aku dan ramai jugak yang lebih sederhana dr aku.
Bukan aku hebat sebab aku cantik.Sebabnya berjuta lagi manusia lagi cantik dr aku.

Aku kata aku hebat sebab aku mmg dilahirkan untuk jadi hebat dan juara dari orang lain. Aku berharap anak2 aku nanti akan jadi hebat jugak. Kalau tidak mengikut jejak mamanya,ikutlah jejak abahnya. Lembut tapi penuh ketegasan.

Apa awk cakap???ooo...tu ke..x ade lah..manusia yang tak berguna jarang beri tekanan dalam hidup aku.Sape???Maksud awk sape yang x berguna tu ke>ooo..senang je.manusia yang suka menyusahkan aku dengan segala kerja2 nya.tu keje ko tapi aku kena buat..hahaha...tu x berguna la namanya...

minggu depan dah kembali mengajar..adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Itu juga keluargaku,,,

Akhirnya, selepas 2 bulan jadi tunangan orang,dapat jugak aku bertandang ke rumah keluarga tunangku.. Owh...macam ni rupanya bila ade 2 keluarga nanti ye...seronok..meriah sangat. Bakal kakak ipar pun pandai masak.. Siap masakkan aku siakap 3 rasa.. Mujur aku sempat  copy n paste resipi die dalam otak aku. Memandangkan tunang mmg suka makan,jadi kena la menuntut..Hehe..seronok rupanya berkeluarga besar ni.

Panggilan aku??ooo...huhu...mok de..dalam famly aku mmg x penah ade panggilan tu..nanti kalau adik kawen,anak die panggil mak long la kat aku..huhu.. ngape gatal sangat ni..gatal sangat ke nak kawen.huhuhuh..saje je nak berangan.. :)


Bila lagi nak ketemu...tunggu la sudah sah menjadi isteri nanti..mesti akan selalu ke sana,...

Perkembangan terbaru..

Selepas 3 kali wat rawatan kat LWM, mmg byk perubahan berlaku. Berat pun semakin berkurang. Sehingga ke saat ini, pengurangan sudah melebihi 20 cm seluruh badan. Alhamdulillah. Tak kisah la abis berpuluh ribu pun,asalkan xkan ade lagi yang memandang aku seperti manusia yang tak ade sebab nak hidup.

Walaupun aku macam ni,aku xpenah nak mainkan perasaan sape2.Aku pun x ade sebab nak amek berat perasaan orang yang x bersangkutan dengan hidup aku.Macam seseorang yang aku penah kenal 8 tahun dulu. Pendek kata.. KACANG LUPAKAN KULIT.makin lama kulit makin buruk..last2 kering dan dibuang macam tu je.. uwekkkk!!!!!

Sudahla..penat sangat dengan percaturan hidup. Hanya dengan doa dan harapan agar aku kembali menjadi seperti 9 tahun dahulu,insya Allah aku akan pastikan hasrat semua mereka yang menyayangi aku tercapai.Amin

Aku maafkan kamu...

Aku maafkan kamu..
Tak perlu kita bertemu..
Cukup kau tau..

Yang aku maafkan kamu..
Tolong teruskan hidup..
Jangan sebut namaku..

~Tak ade ape2 kaitan pun lirik tu dengan sesiapa.Cuma sedap lagu ni especially part katak melalak..~