Melihat peningkatan positif dalam pandangan perspektif skop tugasan aku sejak 2012 bermula,betul-betul buat aku bermotivasi dan bersemangat melaksanakan tanggungjawab aku. Manakan tidak. Terlalu banyak perkara baru aku belajar. Aku belajar bagaimana untuk menjadi guru yang tegas dan baik dalam masa yang sama. Kemahiran generik yang aku nak sangat jadi mantap adalah komunikasi 2 arah yang berkesan. Kalau komunikasi tu jadi 1 arah,tu maknanya aku syok sorang2. Alhamdulillah,kebanyakan pelajar aku mmg betul2 dengar kate. Mungkin sebab pelajarnya berada di bandar dan dapat faham bahasa aku. Kalau kawasan luar bandar pedalaman yang mmg x paham ape aku cakap,sahih la semua maklumat x kesampaian. Serupa dengan cikgu cakap sorang.
Kemudian,kemahiran yang aku nak sangat sebati dengan diri aku adalah menjadi serius dan tidak lagi mudah ketawa. Susahnya bila jadi guru disiplin dalam masa yang sama suka melawak.Tahun ni nak jadi serius. X nak dah gelak2,ketawa2 hingga pelajar pun x tau aku serius ke main2...
Ape lagi yang aku nak belajar ye? Aku nak belajar jadi cikgu yang super multi tasking.Dalam sehari,aku nak aku boleh mengajar 6 masa sehari,kemudian aku round semua bangunan bagi menjejak penjenayah yang sewenang-wenangnya melakukan dosa,kemudian aku menyiapkan lesson plan hari ini ni jugak,dan selepas tu aku nak fokus kerja2 unit HEM dan Kokurikulum pulak.. Azam aku tahun ni,walau macam mana nak mampus sekalipun kerja aku,kerja jangan bawak balik umah.sebab tu buku aku banyk dalam kereta.dah x ade dalam bilik aku.usung je ke mana hala..
Aku ade harapan.Aku ade impian dalam bidang perguruan ni.Cuma 1..aku nak gaji.Sebab bila dapat gaji, aku leh beli macam2 barang yang aku leh guna untuk pelajar2. Duit gaji aku dapat adalah untuk pelajar.Untuk mereka menimba ilmu pengetahuan.. Cukuplah 3.5K sebulan asalkan aku x merempat periuk nasik orang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan