Akhirnya melangkah jugak ke tahun 2012. Banyak perubahan telah berlaku pada sistem pendidikan negara kita yang kebanyakannya mmg sudah dijangkakan.
PMR dimansuhkan bermula dengan pelajar tingkatan 1 2012. Pagi tadi dengar iklan dalam radio.Pasal mak yang risau sebab anak x dapat A dalam exam. Jadi tekanan pada mak die.Jadi,diganti dengan PBS iaitu pentaksiran berasaskan sekolah.Anak2 xkan dinilai pada A,B atau C tapi dinilai mengikut band iaitu Band 1,Band 2 hingga Band 6.Band 1 adalah untuk yang paling lemah dan band 6 adalah untuk yang paling bagus.
Yang menjadi persoalan sekarang,ibu bapa perlu menunggu sehingga 5 tahun untuk meraikan kejayaan anaknya.Kesian...Itu pun kalau SPM x dimansuhkan..kalau SPM dimansuhkan,maknanya sekolah pun akan ditutup..huhuhuuhuhu...kalau x perlu mengajar tapi duit gaji masuk,xpelah jugak.
Keduanya adalah mengenai MBMMBI...ko tau x menatang ape tu?Memperkasakan bahasa melayu,memperkukuhkan bahasa inggeris..Tahun ni aku mengajar budak tingkatan 1 matematik n sains. @ kelas . Kelas B aku ajar guna bahasa melayu manakala kelas G aku ajar guna bahasa inggeris..emmm..ape rasionalnye ye nak asing2 ajar budak guna bahasa berbeza? Dr. Mahathir ,mantan perdana menteri kita belajar sampai keluar negara.malah seluruh dunia dia dah merantau..tapi die masih pekat n kuat lagi loghat kedah die.Kenapa nak asing2 ye?ape salahnya kedua2 bahasa tersebut dicampur.Guru sebut istilah dalam BI kemudia terjemah dalam BM.
Pelajar x perlu hipokrit sangat.Bila saya tanya nak ajar BM atau BI,beria2 jawab BI.bila ajar dalam BI,die suruh kite plak translate untuk die..sebab tu la saye kate,gunakan ke2 bahasa tersebut.bukan merojakkan bahasa.tapi pelajar perlu tahu sesetengah perkara dalam bahasa inggeris.
Senario yang selalu dilihat di universiti apabila pelajar melanjutkan pelajaran ke sana adalah,langsung x mahir berbahasa inggeris..malah siap cakap lagi die rase berdosa bila cakap BI.eeeeiii..come on la..kepala otak ade x?boleh namakan universiti yang masih menggunakan sepenuhnya bahasa melayu sebagai medium pengajaran? UIA???seingat aku mase aku melawat ke sana,semua taklimat diberikan dalam BI,malah perbualan biasa pun aku terpaksa guna bahasa arab jugak..BM ade cuma dengan member2 dari semenanjung.UTM??5 tahun aku hidup kat situ,nota aku ade dalam bahasa melayu tapi mase megajar,pensyarah speaking BI r...
Bukan aku bantah guna bahasa melayu semula..cuma apa salahnya kita perkasakan bahasa kebangsaan kita dalam masa yang sama kita ambil peluang belajar bahasa lain..Take it for granted.U made that decision (aku pun x tau bahasa aku betul ke salah tapi at least aku mencuba..)~ Better late than never~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan