Sabtu, 22 Ogos 2009

Untuk Berjaya dan Gembira

Hidup hanya sementara. Pergunakan waktu yang singkat ini untuk menjadi seorang yang berjaya dan dalam masa yang sama menikmati kehidupan ini sebagai suatu pengembaraan yang paling menyeronokkan. Bagaimana untuk mencapai kepada keseronokan itu?? Teruskan pembacaan anda.

1. Jadilah orang yang “kuat dan teguh” hingga tiada suatu apa pun yang mampu menggangu kedamaian jiwa serta minda anda.

2. Bercakaplah tentang kesihatan, kegembiraan dan kemakmuran dengan setiap orang yang anda temui.

3. Membuat sesiapa sahaja sama ada kawan, jiran mahupun kenalan baru merasakan ada sesuatu yang istimewa dalam diri mereka.

4. Hanya memikirkan yang terbaik, bekerja untuk mendapatkan hasil yang terbaik dan mengimpikan sesuatu yang terbaik.

5. Menjadi orang yang begitu seronok dan ghairah dengan kejayaan orang lain seolah-olah kejayaan itu adalah kejayaan anda juga.

6. Sentiasa mencari sudut yang positif dan bergemerlapan dalam setiap sesuatu yang dilihat dan kemudian menggunakannya untuk meningkatkan daya keyakinan diri anda.

7. Melupakan kesilapan lalu dan menjadikannya azimat untuk mencapai kejayaan gemilang pada masa hadapan.

8. Sentiasa ceria dan melemparkan senyuman apabila bertemu dengan sesiapa sahaja.

9. Peruntukkan sebanyak masa yang boleh untuk membetulkan dan meningkatkan potensi diri hingga anda tidak punya masa mengkritik orang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan