Sabtu, 22 Ogos 2009

AKU DAN DIA


“Aku dan dia takkan dapat dipisahkan lagi. Aku sanggup tak makan semata-mata untuk memilikinya. Cahayanya yang berkilauan seolah-olah memujuk aku untuk terus menyentuhnya. Dan saat aku menyentuhnya, hati aku bagai diragut,direntap sekelip mata. Lantas, aku tak membuang masa lagi. Dia pasti akan menjadi milikku beberapa saat sahaja lagi. Sebelum aku nekad, aku tatap dari atas hingga bawah, dari depan hingga belakang. Apabila aku puas hati, aku yakin dengan pilihanku ini, aku terus membayar harga keronsang yang cantik itu. Maka, bertambahlah lagi koleksi kerongsangku ini.”
Aku memang suka sangat dengan keronsang. Aku ada lebih daripada 25 pasang keronsang. Banyak tak? Macam dalam gambar tu.Last aku beli masa pesta konvo bebaru ni.Tapi aku bukan pakai sangat pun.Aku cuma suka. Seperti jugak lelaki.Ada samting yang dia suka sangat kumpul. Macam kawan-kawan yang aku kenal.Dia suka kumpul anime, tak kisahla yang download atau beli.Ada jugak yang suka kumpul stiker.Ada jugak yang suka emm..macam2 la.
Jadi, orang pompuan pun ader jugak yang suker kumpul samting.Macam aku, aku suke keronsang. Sebab sekarang ni, keronsang dah murah tapi cantik sangat2. Selain dari tu aku suka kumpul tudung. Aku tak sedar yang sekarang ni aku ada lebih daripada 30 helai tudung dan 80% daripadanya ada batu. Tak kisahlah batu betul ke tipu2.Gelang pun aku suke jugak.Banyak dah aku simpan.So..korang suke simpan ape?Leh la kita share2 kan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan