Sabtu, 22 Ogos 2009

HaRi YaNg MaLaNg (29 JuLaI 09)

29 Julai lepas,adalah hari yang paling malang buat aku.Dari pagi hingga ke petang, banyak sangat cabaran dan dugaan yang datang menimpa. Pagi Rabu tu, aku ada kelas Statistik.Kelas Dr Fadhillah. Aku nak naik bas gi fakulti.Tapi aku bangun lewat.Dah pukul 7.30 pagi baru aku siap.Jadi aku pun gi kelas bawak kete.Malam sebelum tu, aku tido lambat sebab aku cari pasal ngan Mr. Jubihi. Last sekali, dah tak larat sangat nak gaduh, aku tido dengan linangan air mata.Nasib baik lena.


Pukul 8 pg, aku parking dekat tapak bazaar ramadhan tu.Ntah macam mana aku tak sempat nak tekan brek,kete aku laju je naik divider tu n terus langgar pokok.Tapi mujur aku dah free gear. Untuk sesaat, aku blur. Sebelum drive, aku baru je pas call Mr. Jubihi n dia soh aku bawak kete hati2. Tapi sekarang,apa dah jadi.Aku terlalu kecut perut masa tu.Aku tak pikir ape2 dah.Aku nanges dulu.Heroin kan kena menanges baru nampak macho. Then, aku teringat Dayana.Aku kol Dayana.Baru la nampak sikit ape aku kena buat.Then, aku kol Mr. Jubihi. Aku terus salahkan dia sebab buat aku stress sampai eksiden.Saje nak gertak die. Tapi die plak yang nak menanges.Aku terus letak fon.Kol abah aku.


Yang ni memang aku tak tahan.Aku kol je abah aku,cakap kat dier yang kete eksiden,die dengan relax nye telah cakap bahawa takpelah.Dah nak jadi.Die siap leh tanya aku yang aku nanges tu kenapa.Nak gelak pon ader tapi disebabkan tengah nanges, aku terus menanges.hehehehe.n yang paling aku terharu, die soh aku gi kelas.Tak payah pkir pasal kete tu dulu. Baru la aku kua dari kete n tengok ape kerosakan pada kete tu.Aku g plak kat pokok tu. Aku belek,keliling pokok tu.Nak cari kesan kena langgar.Tapi tak ader.Sikit pon pokok tu tak de efek.Kuatnye pokok ni.Pokok ni berpenunggu ke ape.Aku pon gi la kelas.Pukul 8.30 masuk.Nasib baik Dr. sporting.







Aku tak berani lagi nak bawak kete jadi aku tinggalkan kete kat situ dulu.Aku balik bilik naik bas.Pukul 2 ade kelas ganti.So aku pun tunggu bas 1.15pm.Dah 1.45pm,tak ader bas lagi.Ni tak leh jadi ni.Aku pun jalan kaki.Dari blok aku nak ke Fakulti Pendidikan, memang jauh.Tapi,dek kerana aku takut lambat masuk kelas,aku jalan jugak.Em..aku lalu kat Fakulti Kej. Elektrik,lalu SUB,baru la sampai.Kelas aku kat Fakulti Sains,sebelah Fakulti Pendidikan.Masa tu dah pukul 2.10pm.Abih la aku.Lambat lagi.Bile aku masuk kelas, rupanya, baru ada 4 orang je.Aku tanya la mana yang lain. Rupanya baru pukul 1.45pm.JAM AKU CEPAT 30 MINIT.Macam mana aku leh lupa ni!!!!!!!!!!!!!! Cis…memang hari tu hari malang buat aku.Tapi hari seterusnya semakin baik.Hinggalah hari ni.Dah semakin baik.


Sampai hari ni, bile aku ingat balik peristiwa tu,aku mesti gelak.Apakan tak.Aku tak penah menanges teresak-esak depan abah aku.Malunyer aku.Sampai adik aku pun gelak kat aku.Depan mak tu penahla..Banyak kali.Kali pertama masa aku pertama kali gaduh besar dengan ex aku sampai aku baling handset kat dinding.Kahkahkahkah.Lawak.Aku siap cakap kat mak aku kalau aku mati,maafkan dosa aku.Bunyi macam nak bunuh diri.Nauzubillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan