Sabtu, 22 Ogos 2009

JOM JADI BIJAK!

1. Hanya terdapat 8 haiwan yang menyumbangkan susu kepada manusia, iaitu lembu, kambing, kuda belang, biri-biri,unta,rusa kutub, yak dan llama.

2. Secara purata, sebiji pisang mengandungi 90 kalori (kira-kira 9% daripada karbohidrat yang diperlukan dalam sehari). Pisang juga mengandungi vitamin B, C dan kalium. Kalium yang didapati dalam sebiji pisang memenuhi 20% daripada keperluan kalium setiap hari. Bahan ini penting untuk manusia kerana ia membantu mengawal perasaan gementar.

3. Secara purata, seorang manusia memerlukan 30000 kg makanan sepanjang hidup mereka.

4. Tiada sabun di kawasan Mediterranean pada zaman silam. Untuk mandi mereka membersihkan badan dengan minyak olive.

5. Pada abad ke-17, secara purata setiap wanita yang berkahwin mempunyai 13 orang anak.

6. Buluh boleh memanjang sehingga satu meter dalam tempoh 24 jam.

7. Lebah terpaksa berulang alik sebanyak 35000 kali untuk menghasilkan sepaun madu. Dalam setiap sarang terdapat lebih 30000 ekor lebah dan setiap ekor menjalankan tugas masing-masing tanpa ada seekor pun yang ponteng.

8. Tubuh manusia merupakan suatu ciptaan yang sangat menakjubkan. Peredaran darah dalam badan begitu tersusun bergerak antara arteri, vena dan kapilari darah. Seorang manusia dewasa mempunyai 206 tulang rangka, 650 otot dan lebih daripada 1000 tulang sendi. Di bahagian paru-paru pula terdapat lebih 750 juta kantung udara.

9. Otot manusia mengeluarkan haba yang cukup untuk mendidihkan seliter air dalam tempoh sejam.

10. Ingatan manusia boleh menyimpan sebanyak 100000 lebih banyak memori berbanding computer yang diciptakan oleh manusia itu sendiri.

11. Fungsi utama telinga gajah yang besar itu adalah untuk menjadi kipas buat menyejukkan badannya kerana haiwan tersebut hidup di kawasan panas.

12. Burung merak jantan mengembangkan ekornya yang cantik itu untuk menarik perhatian burung merak betina supaya mengawan dengannya.

13. Walaupun manusia adalah makhluk terhebat di alam maya ini, namun dalam beberapa aspek, kita tidak berupaya menandingi haiwan. Misalnya, kumbang badak boleh mengangkat beban yang 850 kali lebih berat daripada badannya, sedangkan manusia hendak mengangkat beban yang 2 kali ganda beratnya pun tidak berdaya. Kalau boleh pun, kita tepaksa mengerah tenaga sampai hendak terkeluar biji mata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan