Sabtu, 22 Ogos 2009

Program Pemantapan Akademik UPSR 2009

Antara pengalaman menarik yang aku tak lupakan sepanjang aku cuti sem lepas adalah jadi fasi untuk Program Pemantapan Akademik UPSR. Sebelum ni, aku tak pernah pun jadi fasi dalam mana-mana program kat tempat aku ni. Ini kali pertama aku cuba menabur budi pada tempat tinggal aku. Felda Mempaga 3. Fasi yang terlibat rata-rata adalah anak2 felda yang masih belajar atau baru tamat belajar di universiti tempatan, swasta mahupun politeknik.

Program memang sangat best. Maklumlah, fasi seme sporting belaka. Dan melalui program ni jugak, aku dapat jejak kasih semula dengan kawan-kawan sekelas masa sekolah rendah dulu. Dah lebih 10 tahun tak jumpa pun ada. Hafifi, Harisun, dan Noor Maihasrin tu seme sekelas ngan aku dari darjah 4 sampai 6. Yang lain-lain tu, dikategorikan adik2. Hmm..adik aku pun join jugak program ni.

Program yang bermula seawal pukul 7.30 pagi menyaksikan memang mendapat sambutan menggalakkan. Kalau ibu bapa itu mementingkan pendidikan informal untuk anak2nya, dia akan bagi anak dia join program ni. Kalau yang nak tengok anak jadi sampah masyarakat, melepak tak tentu hala masa cuti, jangan anta anak gi program ni. Aku Cuma ingn berkongsi sedikit pengalaman yang dah aku kutip. Dapat menjejakkan kaki ke menara gading dan apatah lagi datang dari keluarga yang sangat sederhana, cita-cita aku nak bantu generasi yang bakal memimpin negara. Sebab tu aku pilih Fakulti Pendidikan di UTM. Untuk jadi Cikgu. Bukan Cikgu yang biasa. Tapi yang luar biasa hendaknya.

Pengalaman yang aku paling tak leh lupa sekali adalah masa aku kena jaga check point. Masa tu kat Pejabat Felda. Bebudak ni kalau nak klu seterusnya, dorang kena wat ape yang aku suruh. Depend pada fasi. Lain tempat, lain la arahannya. Arahan aku tak susah. Dorang kena nyanyi lagu “Inilah barisan kita” dengan tukarkan perkataan terakhir dengan perkataan sama ada telur atau songsang. Ada sampai 3-4 kali kena nyanyi balik. Sape soh gelak. Aku dapat idea ni dari coursemate aku, Aini. Die citer tentang tu, n aku pun macam rasa teruja je nak praktikkan lagu tu. Hahaha..

Banyak slot dalam program ni. Explorace then Anak Wawasan. Masa slot Anak Wawasan, aku telah dikenakan oleh kawan aku ni. Aku kena nyanyi lagu kartun guna suara kartun jugak. Sengal. Tapi, Cikgu kena sporting.Hahaha..Em..then rehat.makan nasik ayam. Bapak bestnyer. Aku soh adik amik ayam 4 ketul untuk aku. Tapi letak dalam pinggan dia. Taka de la orang nak gelak.kahkahkah.memang best. Ketua segala ketua dalam program ni junior aku masa sekolah. Muda setahun je dari aku. Rakhim. Die pon bakal Cikgu jugak. Aku rasa tak melampau kalau aku kata dia adalah penyebab utama kenapa program ni jadi tak bosan.

Petang ada slot English Zone.Aku suka tengok budak2 yang nak mencuba walaupun dia tak tau.Bagus.Macam tula kalau nak berjaya.Jangan pesulikan apa orang kata.Belum cuba belum tau.Tapi cuba menda yang baik je.bukan tak senonoh.Pas English Zone, ada slot Pensilku Sayang. Slot ni Rakhim yang conduct. Bebudak ni akan diberikan dengan sejumlah pensil. Dan mereka kena selesaikan beberapa teka teki menggunakan pensil yang diberikan.Contohnya macam, dengan menggunakan 6 batang pensil, macam mana nak buat 4 segitiga.hahahaha..memang aku dapat lihat seme berkerut masa tu.Budak2…semangat dorang kuat.

Bile program dah abih, kitorang nak raikan bebudak yang lahir dalam bulan Jun.Apatah lagi masa tu baru lepas Hari Bapa.Jadi sambut sekali.Kek disponsor oleh Pengurus Felda Mempaga 3.Kawan baik abah aku jugak tu. Panggil bos.Hmmmm… Aku harap semoga budak2 ni dapat cemerlang dalam UPSR. Aku pun ader sorang lagi adik yang nak amik PMR tahun ni. Aku tak nak berharap yang terlalu tinggi melangit.Tapi aku takkan lupa doakan yang terbaik buat Adik Mat.Semoga dapat keputusan cemerlang dalam PMR. Untuk adik pulak, semoga semester ni dapat dekan lagi.Dan tahun depan dapatlah kita grad n konvo same2.Aku dah tak sabar lagi nak pakai jubah konvo n genggam segulung ijazah. Semoga hari-hari mendatang, hidup aku akan sentiasa cerah.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan