Ustaz Azhar Idrus berkata dalam salah satu pagenye bahawa hukumnya berdosa besar apabila menggabungkan nama 2 orang yang bukan mahram. Astaghfirullah. Kalau gabung nama dah berdosa,macam mana pulak dengan menusia yang gabungkan badannya tanpa ikatan yang sah?Dalam erti kata lain, bersekedudukan malah berbangga apabila dapat memberitahu satu dunia bahawa aku sudah terlanjur dengan wanita itu? Astaghfirullah. Semoga Allah mengampunkan dosa2ku,dosa kedua ibu bapaku dan adik2ku,dosa rakan-rakan baikku dunia akhirat serta seluruh umat manusia yang ingin kembali kepada Allah.
Kepada para isteri,jadilah isteri yang taat.Kesilapan lampau,mintalah pengampunan dari suami.Jangan biar diri dilaknat malaikat sepanjang hari.Sesungguhnya isteri tidak akan mencium bau syurga selagi tidak mendapat redha suami.Hadiahkan kesetiaan dan kejujuran yang tak terhingga buatnya.Juga,jagalah auratmu agar suami tidak terheret sama ke neraka.Sesungguhnya,kaum Hawa yakni kaum kitalah yang paling mudah untuk mendiami syurga tetapi kaum kita jugalah yang paling mudah ke neraka..
Buat sang suami,belajarlah menghargai isteri.Kasihanilah dia yang melahirkan zuriatmu.Bukan harta sejuta yang ingin diminta..cukup dengan ketakwaanmu dalam memimpin hala tuju hidup..Cukup hanya kau memahami bahawa kau adalah khalifah dalam hidupnya.Membimbing ke arah yang lebih baik. Suami jenis apakah membiarkan lelaki lain memandang rambut berkutu sang isteri?Suami jenis apakah lagsung tidak menegur kekhilafan isteri mendedahkan sebahagian tubuhnya.Berubahlah menjadi suami yang bertanggungjawab bukan suami yang hanya tahu melampiaskan nafsu pada isteri sahaja...
Berubahlah dari sekarang,,,,Nasihat dari insan penuh kekhilafan buat mereka yang belum kembali ke pangkal jalan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan