Isnin, 28 November 2011

Hantaran Dari Fi untuk tunangnye

Tema : Pink purple
Bilangan : 8 termasuk bekas cincin


BEKAS CINCIN DAN GUBAHAN DUIT.RUPANYA ORG JOHOR MMG AKN BAGI DUIT PD PIHAK PMPUAN

COKLAT

JELI YG SEMPAT DISOROK

KAIN PASANG BIRU PINK PURPLE..SO SWEET

SEJADAH

SIRIH JUNJUNG MAWAR MERAH JAMBU

TELEKUNG
BUAH EPAL N ANGGUR

Hantaran Dari Aina untuk tunang tersayang

Tema : hijau kuning
Bilangan : 9
SIRIH JUNJUNG

LOREAL PRODUCT

MUFFIN POLKADOT

BAHULU..LAST MINIT DEKO

BUAH-BUAHAN

BUKU AGAMA

COKLAT DAN PUDING

POT POURI

SEJADAH DAN TASBIH

Awek VS Isteri

LELAKI NAK CARI AWEK

ø Tak kisah laa dia freehair atau bertudung
ø Pakai seksi dan ketat satu kelebihan
ø Nak yang kulit putih jer , muka cantik tu paling dia nakø Tak kisah dia perangai macamana pon. Notty lagi dia suka
ø Boleh keluar rumah anytime , anywhere.
ø Nak yang gedik sana , gedik sini. Boleh pegang-pegang ~
ø Ada DARA ke takde ke tu belakang cerita. Kalau takde DARA , tu satu peluang baik

LELAKI NAK CARI ISTERI

ø Nak yang ALIM dan menutup aurat tu WAJIB !
ø Reti hormat orang tua
ø Nak yang pandai dekat dapur. Reti masak-masak
ø Tak kisah cantik ke tak janji sejuk je mata memandang
ø Nak cari yang pandai jaga maruah ! Tak boleh ada lelaki lain sentuh
ø Cari yang pandai jaga diri. Tak curang bila dia kerja
ø Nak yang SUCI jer !

Ahad, 27 November 2011

Undangan Majlis Perkahwinan

Sempena cuti sekolah,ramai yang ambil kesempatan mendirikan rumah tangga,membina masjid dan x kurang jugak yang bergelumang dengan najis maksiat.insya Allah,jika diizinkan Allah,dapatlah saya memenuhi undangan ke majlis perkahwinan tersebut.Baru je lepas,majlis kawan baik Suhaida bt Dato' Haji Suid di Putrajaya.Ada dekat 8 undangan.insya Allah..semua akan dipenuhi...

Resipi : Tumis Jawa

Ada kawan mintak resipi tumis jawa. Saya pos dalam blog la yer.Utk pengetahuan,masak tumis jawa ni mmg asal dari jawa tapi sy dh menuntut dengan mak cara masak die.tapi x ade gambar la sebab masa org kampung wat masak tumis jawa ni,saya sedang sibuk dengan majlis sarung cincin saye.

Bahan-bahan ini adalah untuk hidangan bagi 6 orang makan :-
1. Bawang besar - dihiris
2. Bawang merah,bawang putih - untuk ditumis.
3. Kicap manis
4. Tempe (3-4 ketul)
5. Kacang panjang (ikut suka nk banyak mana) lagi best kalau guna kacang buncis.
6. Tauhu 4 ketul.
7. Suhun (atau bihun) - digoreng dahulu sehingga kembang.bukan smp jd bihun goreng ye.masukkan bihun dlm minyak nnt die kembang sendiri.
8.sayur pucuk(fucuk)-sebut betul2 ye.yang wane kuning tu.kawan baik si suhun.yang ni pun gorang jugak dulu sebelum dimasakkan.
9. Hati ayam atau pedal ayam dihiris kecil.bukan nipis.

Cara memasaknya (ikut cara aku bukan cara orang jawa masak) :-
1. Ada beberapa bahan perlu digoreng dulu secara berasingan sebelum dimasak iaitu masak suhun/bihun dahulu.Dah kembang,angkat n toskan.kemudian sayur pucuk.dah sudah goreng tempe plak.kemudian tauhu n lastly baru hati n pedal ayam.semua ni dimasak berasingan tau.bukan campur2.

2. Kemudian,kita guna minyak yang lebih tu untuk tumiskan bawang sampai naik bau.terlupa plak.aku suka blender bawang merah n putih sekali ngan ikan bilis.kemudian tumiskan sekali.baru masuk bawang besar.kacau sampai naik bau.bukan bau ketiak tapi bau tumisan tu la!!!

3. kemudian masukkan bahan yang digoreng tadi.emm....masukkan hati n pedal ayam dulu,kemudian tempe.

4. Kemudian,tuangkan kicap manis banyak2 tapi janganla sampai berkuah yer.agak2 semua bahan diselaputi kicap.kemudian masukkan suhun/bihun n sayur pucuk.kacau sampai semua tu sebati.perasan x ape yang tertinggal???ye..pandai pun

5.Dah lembut si sayur pucuk dengan suhun,baru la masukkan kcg pnjg.kacau lagi..lastly baru masuk tauhu.bukan pe..sebab die lembut.takut hancur karang.perasa kan dengan kicap,garam dan perasa.sampai sebati n naik bau.nak tau dah mask ke belum..rasa la...sedap x?

Pengawas SPM 2011

Asalnya dulu mmg determine xnak jaga SPM sebab nk menikah tapi bila x jadi, bagi nama jaga SPM..lastly mase cuti berulang alik la ke SMK Kuala Repas menjaga SPM. Yang x best, sekolah tu dalam kem askar.Jadi mane2 askar yang aku jumpe,rasa nak rebus dorang tu. Teringat cerita si Badang the animation yang Encik Suhaidi Ismail pernah bagi dulu.. "Doh la kecik,hudoh,ijo plok tu.serupo come la muko tu". hikhikhik. Lagi yang x best,musim ujan jaga peksa.mengantuk.rasa nk tongkat mata dengan mancis je.mujur la x tido.kalau tertido,mau start la enjin aku.tapi x ade la macam enjin kereta api ye aku berdengkur..hakhakahk..penah dengar bunyik dengkur mcm enjin kete api???aku x penah lagi la...

Tapi dalam  x best tu,ade jugak yang best..huhu..dapat claim..alhamdulillah.lepas la nk bayar kete bulan depan..lagi best, dapat tengok budak tido lepas setengah jam jawab.pe die jawab pun x tau la..setengah jam je dah tido...

Ape2 pun,tahun depan nak jaga lagi..nak jaga PMR n SPM sekali..kumpul duit nak kawen.

Salam Maal Hijrah 1433H

Alhamdulillah.Menjelang tahun baru Islam. Salam Ma'al Hijrah buat teman2 istimewa yang mengenali diri ini. Tidak lupa juga kepada tunang tersayang. Semoga di tahun baru ini, silaturrahim antara keluarga kita akan berjalan lancar seperti sekarang.Banyak harapan ni..insya Allah,semoga semua harapan tersebut akan dimakbulkan Allah. Amin.

Rabu, 23 November 2011

Adakah kamu dayus?

Ustaz Azhar Idrus berkata dalam salah satu pagenye bahawa hukumnya berdosa besar apabila menggabungkan nama 2 orang yang bukan mahram. Astaghfirullah. Kalau gabung nama dah berdosa,macam mana pulak dengan menusia yang gabungkan badannya tanpa ikatan yang sah?Dalam erti kata lain, bersekedudukan malah berbangga apabila dapat memberitahu satu dunia bahawa aku sudah terlanjur dengan wanita itu? Astaghfirullah. Semoga Allah mengampunkan dosa2ku,dosa kedua ibu bapaku dan adik2ku,dosa rakan-rakan baikku dunia akhirat serta seluruh umat manusia yang ingin kembali kepada Allah.

Kepada para isteri,jadilah isteri yang taat.Kesilapan lampau,mintalah pengampunan dari suami.Jangan biar diri dilaknat malaikat sepanjang hari.Sesungguhnya isteri tidak akan mencium bau syurga selagi tidak mendapat redha suami.Hadiahkan kesetiaan dan kejujuran yang tak terhingga buatnya.Juga,jagalah auratmu agar suami tidak terheret sama ke neraka.Sesungguhnya,kaum Hawa yakni kaum kitalah yang paling mudah untuk mendiami syurga tetapi kaum kita jugalah yang paling mudah ke neraka..

Buat sang suami,belajarlah menghargai isteri.Kasihanilah dia yang melahirkan zuriatmu.Bukan harta sejuta yang ingin diminta..cukup dengan ketakwaanmu dalam memimpin hala tuju hidup..Cukup hanya kau memahami bahawa kau adalah khalifah dalam hidupnya.Membimbing ke arah yang lebih baik. Suami jenis apakah membiarkan lelaki lain memandang rambut berkutu sang isteri?Suami jenis apakah lagsung tidak menegur kekhilafan isteri mendedahkan sebahagian tubuhnya.Berubahlah menjadi suami yang bertanggungjawab bukan suami yang hanya tahu melampiaskan nafsu pada isteri sahaja...

Berubahlah dari sekarang,,,,Nasihat dari insan penuh kekhilafan buat mereka yang belum kembali ke pangkal jalan.

Bingit Dengar Murai...

Jiran sebelah ni pernah belajar x bahawa menjerit hingga dengar ke rumah jirannya sampaikan setiap patah perkataan kedengaran jelas ke telinga jiran sebelahnya dalah umpama menggangu ketenteraman awam..apesal la bola ni gi tayang malam2.xleh tayang tengah2 hari ke.tak pun petang ke.ni malam..orang nak beribadat la..mengaji la..menelaah la..esok dah la paper Fizik dan Sains.. Gangguan seksual betul la..

First time make up by make up artist..

Masa : 12.00 tengahari ( 2 jam sebelum majlis bermula)

Sebelum.
Mata yang paling lama sekali

Dah siap..natural je..x payah berat2..



Jangan Berlagak Bijak

Mood : Lebih kepada santai.
Perasaan : Teruja
Emosi : Sikit pun x terganggu

Aku sebenarnya dah lupa tentang dia.Abeh segala nombor tepon mak bapak adik dgn wanita kononnya "tunang" dia aku buang.Tapi agaknya dia kot yang susah nk lupa.Pada yang berkenaan tu,x perlulah nak sakit hati,dengki mendengki,hasad menghasad,iri-mengiri pada takdir aku.

Aku x lupa ayat skeptikal itu. "Ada jugak yang nak kat awak." Alhamdulillah.Mmg ada seseorang yang berkali-kali ganda lebih istimewa dan terindah yang Allah kurniakan.Hikmah sebuah taubat,istiharah dan kembali ke pangkuan jalan.Alhamdulillah.

Dalam aku ingat dia xkan ganggu hidup aku yang sedang berbunga keharuman dengan cinta pada Allah dan manusia berjasa dalam hidupku,tiba2 dia nak hinggap sekejap dlm hidup aku.Mungkin tahu diri tidak ada dahan lagi untuk menumpang,jadi bertenggek je la ye.Astaghfirullah..kali ini pandai nak buat hipotesis tentang pakaian pulak. Katanya..

"Tp knpe lelaki x pkai bju mlyu..Nampak dari awl2 mcm x serasi"..sekali baca mmg menyirap tapi alhamdulillah.Istighfar..istighfar...

Ikhlas buat tunang..
Semakin hari semakin banyak yang saya belajar tentang diri awak....
Semakin hari semakin mekar kesetiaan buat awak....
Semakin hari semakin indah kenangan tercipta....
Semakin hari semakin dekat diri dengan Allah.....
Semakin hari semakin banyak nasihat awk pada sy untuk mendekatkan diri pada Pencipta..
Semakin hari semuanya semakin indah... Terima kasih ye awak....

HANYA KESETIAAN DAN KEJUJURAN PENAWAR BUAT SEMUA KERESAHAN.DENGAN IZIN ALLAH..INSYA ALLAH..

Selasa, 22 November 2011

Sekitar majlis menyarungkan cincin Aina&Firdaus part2

Selepas menghantar tunang tercinta pulang..
dengan maksu
Dengan mak,abah dan tunang tersayang
Masa ni paling kelakar.baru duduk,dah dipanggil utk sarung cincin..terus melompat
Inilah tunang saya...
Sibuk menghantar kepulangan tunang tersayang










Isnin, 21 November 2011

Sekitar majlis menyarungkan cincin Aina dan Firdaus

Tarikh : 19.11.2011
Tempat : Felda Mempaga 3
Masa : 2.30 petang - 4.00 petang
Kehadiran : Pihak lelaki : Seramai 13 orang
                  Pihak perempuan : Amat la ramai..seme sedara mara,tok,wan,maksu,paktam maktam,cu,sepupu
                  anak buah segala bagai..dalam 20 orang
Hantaran : 7 berbalas 9



Rabu, 9 November 2011

2 days to go

Minggu depan dah x ke sekolah sebab kena jaga SPM.

Tinggal 2 hari lagi..
Petang Rabu diadakn Jamuan Akhir Tahun dan Sambutan Pengetua Baru ke SMK Sulaiman..I'm the chief for Jamuan but have settle everything.

Petang Khamis ade jamuan Pengawas.Even I'm the teacher,I have to make sure everything all right...

Amin....

3 dalam 1 ... 20.11.2011

Insya Allah,atas izin Allah dan dengan penuh kerendahan hati menjemput mana-mana yang mengenali diri ini ke majlis tahlil perdana pada 20 november 2011. Insya Allah pada tarikh tersebut jugak akan diadakan majlis cukur jambul Wan Mohd Zafran bin Wan Mohd Fitri yang dilahirkan 2 minggu lepas. Turut tidak terkecuali bakal diadakan majlis penyaksian tautan cinta antara 2 insan. Semoga Allah melancarkan perjalanan majlis pada hari tersebut.

BuAnG YaNg KeRuH AmBiL yG JeRnIh.......

Selasa, 8 November 2011

Exists..Percintaan ini.

As a fanatic fan of exists,I will always sing along of their beautiful song. Now,they release another sweet song. Miss the Ezad's voice so much.

Percintaan ini by Ezad Exist

Masih terbayang di ruangan mataku
Saat indah bersamamu dulu
Masihku ingat janji manismu
Bertakhta di hatiku

Ooh… oh….oohh…

Di kala itu engkaulah bintang
Menyuluh malam yang kegelapan
Tetapi kini tiada lagi
Tinggal aku sendiri

[Korus]

Percintaan ini amat memilukan
Perpisahan ini sungguh menyakitkan
Namun apa daya terpaksa ku telan semua kepahitan

Kepiluan ini meracun hidupku
Kesunyian ini membunuh jiwaku
Tergamak kau sayang
Melihat diriku dalam kesedihan
Dipermainkan olehmu

Sia-sia saja percintaan ini
Tak bisa sampai ke puncak nya
Sekelip mata hilang semuanya
Yang tinggal hanya airmata… woo..
Ohh..Ohh…Oh….

Ahad, 6 November 2011

Masak lemak ikan keli salai.

My lovely mak gi kursus kat Sempurna Resort Kuantan untuk 4 hari.Maksudnya aku la kena jadi suri rumah urus makan minum di umah sepanjang mak kat Kuantan.So, dr situ la baru tau,sikit punyer susah nak pastikan semuanya terjaga.Abah bukan macam aku.aku makan main bantai je.Die x.Mesti nak ade sayur dan lauk.mesti ade jugak yang berkuah.kalau x tercekik.Aku berfikir sesuatu.Ade ikan keli.Sambal dah buat semalam.Sambal paru.Jadi,aku wat gulai ikan keli la..eh..tidak..itu sudah biasa.OK..Set..MASAK LEMAK IKAN KELI SALAI.

Bahan-bahannya adalah :-
1. Ikan keli (3-4 ekor)..ikut suke ati nak bape ekor pun.jangan ekor je,kepala mau jugak r.
2. Santan 4 cawan ...kalau nak kuah banyak,banyakla kelape nye.
3. Kunyit hidup..leh ganti ngan serbuk kunyit.tapi kunyit hidup warna n bau lebih pure.
4. Bawang merah 4 ulas ditumbuk bagi hancur.jangan wrestling k..tumbuk je
5. Cili padi 5-6 ulas.depends on kuat atau tidak tahap kepedasan anda.
6. Daun kunyit.Kalau xade,x naik bau yang sedap itu.
7. Garam,asam keping 2 keping n perasa(leh ganti ngan gula).

Perkakas wajib ade :-
Periuk,besen.sudu,senduk,pemanggang...harharharhar :)

Cara-caranya:-
1. Mesti la siang keli n basuh bersih2.gunakan perahan limau / daun serai bagi hilangkan lendir n bau hanyir.
2. Taburkan serbuk kunyit kat ikan tersebut. Jangan lupa garamnya ya dong.

 

3. Salaikan ikan tersebut di atas pemanggang.
 

4.  Bila ikan keli dah siap disalai, blender bawang merah,putih n cili padi.
 5. Tumiskan bahan blender dalam periuk. Kamudian masukkan ikan keli tersebut.. Ini cara saya.Ade sesetengah orang masak santan dulu.Saya suke tumis dulu biar bau wangi bawang melekat pada ikan.

 6. Kemudian, masukkan santan.Masukkan yang x pekat dulu.bila dah kering baru masukkan yang pekat.Perasakan dengan garam,perasa n jangan lupe masukkan asam keping yer. Last sekali,taburkan daun kunyit yang dihiris halus ke dalam masakan itu.Bila tengok kuah dan mendidih,likat n pekat,maknanya dah masak.. Eat time~


Encik F suka makan masakan pedas kan?Nanti saye buatkan yer.Cakap je ape yang kamu mau makan.Saya sudi masakkan...

Sabtu, 5 November 2011

20.11.2011

1. X perlu risik2..kita terus bertunang.
2. X perlu dating2, kita terus kenal hati budi.
3. X perlu bertunang lama2, 3 bulan pastu terus nikah.
4. X panggil abang, lepas nikah semua panggilan romantik akan disebut untuk awak.
5. X perlu ayat romantik, cukup dengan doa agar Allah melindungi hubungan kita.
6. X perlu bimbang,rasa sayang ini kerana Allah dan kekal selama mana awak inginkannya.
7. X perlu janji,kita akan tahu itu tanggungjawab kita untuk saling jujur,percaya,setia.
8. X perlu bimbang,hati yang awak amanahkan itu selamat kerana dilindungi Allah.

Vantage theme part 2.

Bile dicari2 di google,terjumpa la hantaran pink.Terima kasih kepada laman2 web yang menyediakan perkhidmatan menyediakan hantaran tersebut... Ni sambungannye...Awak suke tengok ye.saye upload lagi..