Selasa, 18 Oktober 2011

Peluang Hadir Kali Kedua.

Cinta pertama adalah tempoh percubaan.Kalau kekal alhamdulillah.Tapi kes aku,gagal kerana kebodohan aku.
Cinta kedua adalah suatu bentuk pembetulan.Kalau lulus dalam cinta ini,maka pembetulan tersebut adalah satu kejayaan belum telus.Tapi malangnya aku gagal lagi.Aku dah rasa cinta bawa malang dalam hidup aku.

Muncul cinta ketiga.Juga putus di pertengahan jalan.
Aku atur langkah dengan cinta keempat.Alhamdulillah..juga putus kerana curang.

Dan kini,cinta kelima....mungkin cinta terakhir dalam diari aku.Insya Allah. 20.11.2011 yang sepatutnya menjadi majlis perkahwinan terindah dalam hidup aku akan bertukar menjadi majlis tahlil dan majlis pertunangan buat kali kedua dalam hidup aku.Dan aku akan pastikan,inilah yang terakhir dan terindah.....kerana Allah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan