Ada jugak sekali tu,aku nak sangat duit.At least wat lepas beli topup dah cukup.Aku tak nak mintak kat mak n adik aku ni.Jadi,aku ajak die gi ladang abah.Kutip buah relai.Buah relai tu ape???Anak peneroka kalau tak tau buah relai tu ape,better buat surat mintak dok pedalaman sabah sarawak nun.Buah relai tu buah sawit yang terlerai dari tandan lepas kait.Jadi aku gi ladang ngan dia.Berdua.Naik moto je.Sampai kat ladang,kitorang split.Sorang amik kat atas,sorang amek kat bawah.Lepas sejam,die kata nak balik umah,nak amik air.Die pun tinggal aku sorang2 kat ladang.Huhuhu..seram.Macam2 bunyi ader.Lepas 45 minit, baru die datang balik.Bawak air sirap sebotol kecik.Aku amik minum sampai abih dalam sekali nafas je.Penat beb.Pastu, dapat dalam 50kg,dia bawak gi jual.Aku balik dengan abah.Esoknya, dia bagi kat aku RM10.Duit jual buah relai semalam.Dapat RM20 je.Cukup la sorang RM10.Tu la first time n last time aku gi ladang ngan die.
Pernah jugak aku ajak die kuar gi bentong.Suke bukan main.Ape lagi.Kuar la aku dengan die.Naik bas je.Aku amik gambar die dengan rambut ala-ala spike die.Tajam.Kalau letak kat perut pompuan pregnant, gerenti tak pecah.Pastu, dah sampai kat bentong,die cakap kat aku. "Nani, belanja aku KFC nani..sekali je.Boleh la".Aku tetap kata tak boleh coz aku tak ada duit n terus beli barang2 kat TF tu(Kat bentong, tu la syurga membeli belah orang bentong). Duit tinggal lagi RM25. Aku cari dia.Dia tengah tunggu kat luar.Monyok je muka.Aku pun cakap.Jom.Kita gi KFC.Berseri kemain muka die.Aku cakap, ayam seketul je.Air 0.Die kata settt..ahahahahha..Die order betul2.Aku pun kata,tak payah la nak buat macam aku tak ada duit.Order je snack plate tu 1 set.Share 2 orang.Dia mintak cheezy wedges.Aku pun bangun n belikan.Aku tambah lagi satu set snack plate.Sebab dia memang suka ayam.Macam Upin Ipin.Tapi aku ni macam Kak Ros.hahahaha..best dapat dating dengan die.
Ada sekali tu (banyak betul sekali),kitorang tido lewat.Pukul 1 tengok Breaking the Magician Code.Mmg teruja r tengok citer tu.Tb2 die bleh kata "nani,aku lapar la.Gi kat dapur tengok ape2 makanan aku leh makan." Mak aii...aku bibik hang ke.Aku tanya die.Die kata gi je la..Aku pon gi la jugak.Die lapar mungkin sebab kesan die berhenti smoking.Lapar tengah2 malam.Kadang2 sampai 3 pinggan die makan.Dah banyak kali, kalau tengah2 malam die lapar je, mesti aku jadi orang gaji die sediakan makanan.Masak maggi la,nasik la..huhu
Yang ni sedih sikit.Ada satu malam tu,baru balik dari Kedah raya baru2 ni.Sampai umah pukul 7.30 mlm.Tapi dia kuar dengan Kriss CAW 315 dia pukul 9.Sampai pukul 11 malam tak balik jugak.Pukul 10.45 mak tepon soh die balik.Die kata pukul 11.15 die akan balik.Tapi sampai 11 pm, tak jugak alik.Aku,Hidayana n abah yang tengah tengok TV,tak pasal2 terkena tempias kemarahan mak malam tu.Mak suruh kitorang tutup TV and tido.Kalau dia balik jangan bukak pintu.Aku tak nak mak marah lama2,aku terus masuk tido.Pukul 11.05pm, dia balik.Tapi umah dah gelap.Seperti yang aku jangka,dia tuju ke bilik aku dulu.Ketuk tingkap.Mintak aku bukak pintu.Dia nak masuk umah.Aku diam je.Aku kata lain kali kuar jangan balik dah.Dia kata die lewat 5 minit je.Aku diam je.Wat2 dah tido.Die ketuk tingkap bilik mak.Tapi mak diam je.Pas tak de jawapan,die datang bilik aku semula.Die merayu mintak aku bukak pintu."Nani,tolong la.Aku takut sangat dok sorang2 kat luar.Tolong la bukak pintu nani.Aku takut sangat ni".Aku dah kesian tapi aku teringat mak pesan."Hangpa jangan nak bukak pintu ka apa ka na!" Jadi, aku cakap, "pi la ketuk bilik mak.Cakap elok2.Nanti mak bukak la." Dia jawab die dah ketuk tapi mak diam je.Tanpa pengetahuan dia, aku bangun cari kunci tapi tengok2 upenyer mak dah simpan dulu."Mesti mak tau aku akan bukak pintu ni nanti"Kata hati aku.Jadi,aku pon kata,mak pegang kunci.Nak tak nak die kena mintak mak bukak kunci.Kesian kat dia.Lepas setengah jam, baru la die dapat masuk umah.Dia janji taknak n takkan kuar malam lagi. Tapi abah kata die kuar jugak.Hehehe..Die memang degil..nakal.Budak2.
Dan...pada suatu hari....1.17pm 15102009..
"Hello"
"Hello.Ni nani ke?"
"Ye.Nani la ni.Nape tanya macam polis je.Nak saman nani yer?"
"Nani....Hang buleh balik sekarang tak?"
"Nani memang nak balik.Tapi,minggu lagi satu.Minggu ni sibuk la."
"Nah..hang cakap ngan abah hang sendiri"....
.......
"Nani...."
"Abah??? Nape ni...Abah.."
"Nani..Dik Mat...Dik Mat.Die mungkin dah tak ada.."
"HAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!Allahu Akbar..."
"Nani,dik mat eksiden.Nurse kata mungkin dia dah tak ada.Nani balik sekarang"
....aku diam...............bertukar suara..
"Hello,Nani..hang tunggu kat situ.Nanti Cik Kama gi yer.Hang tunggu tau..."
.............."Ok"..............Terdiam.
Ya Allah..aku mimpi..aku mimpi..tolong lah..aku mimpi.
Aku tepon Hidayana...
"Hello..adik..."
"Hello..nani...<<
"Adik,betul ke ape abah kata???"
"Betul la..hang ingat main2"
Ya Tuhan...
Aku hanya berharap 1 perkara je.Semoga aku sempat menatap wajah dia.Aku berharap dapat cium dia.Perkara yang aku dah lama tak buat sejak die meningkat remaja.Kali terakhir aku cium dia, masa hari raya tahun lepas.
5.30 pm : Jiran aku sampai
6.00 pm : Jenazah adik kesayangan sampai ke rumah
7.30 pm : Aku masih di Machap,Johor.
8.30 pm : Aku dapat panggilan dari mak."Nani,orang masjid nak kebumi dik mat lepas isya'.Kalau dah takdir tak sempat nani sampai,nani kena redha ye.." Aku menanges tapi aku kata Ya.
9.30 pm : Aku dah di KL.Abah kata dia akan tunggu aku sampai.Semua saudara dah datang kecuali tok wan dari Kedah.Hanya tunggu aku.
10.00 pm: Aku terus kuar dari kereta tu,aku lari turun ke bawah.Tapi abah tahan aku.Pliz.Nani nak jumpa dik mat.Nani nak tengok dia.Tolong la.
10.02 pm:Aku masuk.Aku lihat kain putih yang membalutinya diikat kemas.Mak ada kat sebelah dia.Aku tak nampak adik kat mana.Dan,saat ikatan kafan itu dibuka,aku tergamam.Pucat,kurus sangat wajah lesu tak bernyawa itu.Aku pegang pipinya dan aku kucup.Wangi air mawar menusuk ke dalam hati.Aku cium sekali lagi.Aku kata pada dia aku mintak maaf kerana terlambat....
1015 pm: Jenazah diusung ke tanah perkuburan di hujung simpang.
1100 pm: Segala urusan selesai.Aku lihat mak tabah sejak aku sampai.Namun,hati seorang ibu siapa yang dapat tahan anak kesayangan yang berada di depan mata selama 15 tahun, kini kembali ke Rahmatullah dalam masa sekelip mata.Lama mak pandang ke pusara dik mat.Akhirnya,seperti yang aku jangka.Mak tak mampu lagi menahan segala kesedihan yang disembunyikan.Dia menanges.Dan aku dengar ape mak cakap."Anak aku dah tak ada..Anak aku..." Dia terduduk di situ.Tak nak balik.Aku tak boleh menanges.Aku kena kuat.Aku anak sulung.Aku perlu beri semangat pada mak,abah dan pada adik.Adik pun tak berhenti menanges setiap kali aku tepon die.
Aku berjalan meninggalkan pusara adik kesayanganku itu..dan menoleh.. "Dik Mat,Nani akan datang lagi lawat Dik Mat.Jangan pergi jauh2 yer.Nani sayang Dik Mat"...........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan