Khamis, 22 Oktober 2009

Akhirnya kau pergi jua..

Tuhan, ujian apa yang Kau berikan buat kami sekeluarga ini?
Dia baru ingin mengenali erti kehidupan...
Dia baru pandai "bertatih"..
Aku belum tunaikan janji aku buatnya,
Dan aku belum sempat mengatakan padanya betapa aku teramat menyayanginya..

Mohd Husairi bin Abdullah,
andai dapat waktu diputar, aku akan himpun sebanyak mungkin kenangan manis kita sepanjang bersama..
Aku akan buat kau tersenyum riang,gembira, bahagia kerana kau satu-satunya adik lelaki yang aku miliki.
Dapatkah kau melihat air mata ini semasa kau pergi?
Dapatkah kau melihat betapa sayu, hiba hati kami yang menyayangimu sepenuh hati ini...

Mohd Husairi bin Abdullah,
Biar kita terpisah dalam dunia yang berbeza,
Takkan sekali-kali aku melupakanmu sayang...
Takkan sekali-kali aku hidup tanpa menyebut namamu setiap hari sayang....
Aku doakan kau tenang di sana..
Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas mu wahai adik kesayangku..
Semoga Allah menempatkanmu wahai sayangku di kalangan mereka yang beriman..

Jangan pergi jauh... kerana kami tetap ingin dekat denganmu sayang.
Bilaku pulang, akan kukunjungi pusaramu selama mana aku mampu..
Kau tetap dihati ku sayang... MOHD HUSAIRI BIN ABDULLAH ( 04.05.1995 - 15.10.2009) Al-Fatihah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan