Ahad, 19 April 2009

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni dah 19 April ye..Tak terasa pantas masa berlalu. Minggu depan, 21 April dah nak start final exam pown. Aku selak2 organizer aku, terjumpa pulak satu ayat aku tulis pada petak 9 Januari 2009- hari bahagia aku!yesss… emm…puas aku ingat. nape aku tulis ayat tu..lastly baru aku ingat..tu la tarikh berakhirnya sebuah kisah kasih aku..

Emmm..malam ni tujuan datang PSZ nak cek jawapan past year organometallic chem ngan biha.tapi, jap. poyer2 dulu..bukak email, cek friendster, elearning, n cari info jap. emm..tangan gatal pulak nak bukak blog ex aku.aku pown bukak..Alhamdulillah, dier dah temu cinta sejati dier. syukur la.aku doakan dier bahagia hingga ke anak2 cucu dan cepat2 ader ikatan ngan gf dier.aku doakan jugak semoga dier dapat grad dengan cemerlang. gf dier memang lawa,comel dari aku.kurus jangan cakap la..memang comel..ape2 pown, aku gembira dengan perkembangan positif dier… semoga kekal abadi hubungan dier ngan gf dier.itu je doa aku..

Aku?aku macam ni la..dah tak sampai sebulan,tinggalla aku sendirian kat UTM ni..seme budak SPK dah nak grad..tahniah tau untuk korang.sedih tau korang dah nak tinggalkan aku.dan nanti, bermulalah perjuangan aku untuk 6 bulan terakhir sebelum aku bergelar graduan. aku berharap sangat, aku dapat back up pointer aku dalam tempoh aku extend tu..aku tak nak grad dengan pointer bawah 2.00..sedih..aku penah merasa dapat PNG 1.78..cukupla sekali dapat pointer teruk macam tu hingga buat aku extend. aku tau aku akan susahkan mak ayah aku.mula-mula pown abah macam tak bagi aku extend.tapi aku kan anak abah+anak emak+anak emas.hehehe (adik..jangan marah yer). last sekali paham jugak dier akhirnya tujuan aku extend.aku dah janji pada diri aku,sem depan aku nak struggle untuk PSM aku.aku nak make sure aku dapat A+ jugak..aku akan wat.aku akan pastikan.

Thanks pada “dia”. Tak penah jemu ke awak layan karenah saya?Tak penah ke sekali pon awak rasa rendah diri dan malu sebab kenal saya? Semalam aku buat “dia” sedih, “dia” menangis, “dia” pilu.. bukan..bukan macam tu..aku tau “dia” memang ikhlas.aku tau “dia” jujur dalam melafazkan perasaannya pada aku. malah, dengan penuh keyakinan “dia” mengatakan bahawa “dia” tak pernah merasa segembira dan sebahagia ini apabila “dia” ingat pada aku.. Maafkan aku. Aku tak berniat begitu.Sekali sekala, aku perlu menguji “dia”. Apakah benar perasaan cinta yang dilafazkan pada aku..Apakah benar tak pernah wujud lagi cinta pada perempuan lain dihatinya selain aku… Dan hanya satu jawapan aku terima.. hanya aku sanjungan hatinya dunia akhirat.

Panjang akal aku mengingati semula semua kenangan silam aku.5 tahun yang aku lalui bersama dia yang telah hilang bagaikan tidak mampu menandingi 1 purnama cinta “dia” yang hadir kini. Aku senang sangat dengan sikapnya. Apa yang pernah aku lalui sepanjang tempoh 5 tahun aku bercinta dulu, tak pernah sekali pun terlintas dalam ingatan aku sejak aku mula mengenalinya.Dengan “dia”, aku tetap aku.Tak perlu nak menipu untuk tarik perhatiannya. Tak perlu aku tinggi2 suara untuk aku buat “dia” terkedu. Dan tak perlu aku tanya samada “dia” cintakan aku atau tidak..kerana “dia” sendiri melafazkannya dulu…

Kini, matlamat aku yang pasti…aku nak tamatkan pengajian aku dengan penuh cemerlang. Tak mengapa sekalipun aku tak tersenarai dalam senarai dean list tetapi aku perlu meningkatkan prestasi aku.ITU PASTI. Dan tamat belajar, aku nak posting..sama ada kat KL,pahang atau perak. atau mungkin sabah dan sarawak.aku nak keje and anta mak abah gi haji.aku nak sambung bayar kete abah.hmmm..nampaknya tak ader can la aku nak pakai kete baru..setahun kemudian, aku nak tamatkan hubungan cinta ini.tak nak tergantung tanpa sebarang ikatan.aku tak sanggup lagi tunggu lebih lama..lagi lama bererti lagi banyak dugaan.matlamat jangka panjang yang pasti 2011.aku tetap sabar menanti tahun itu….apa yang pasti, biarlah ini cinta terakhir aku.. Aku mengakui kini…bahawa..lebih baik kita dicintai daripada mencintai..

Jangan meninggalkan orang yang mencintai kita kerana orang yang kita suka.Kerana kelak orang yang kita suka suatu hari akan meninggalkan kita untuk mencari orang yang dicintainya…


Tiada ulasan:

Catat Ulasan