THIS YEAR HAVE YOU :
FIRSTS :
RIGHT NOW:
WHICH IS BETTER WITH THE OPPOSITE SEX?
HAVE YOU EVER :
AYAM MASAK MERAH (AMM) (kah kah kah)
Setengah ekor ayam ( bukan ekor ayam,tapi ayam tu separuh daaa..)
20 tangkai cili kering (rendam dlm air paneh,buang biji,then blender)
Sejibik bawang merah (hiris cantik-cantik ye)
5 ulas bawang merah (hiris jugak)
4 ulas bawang putih (tumbuk jangan sampai hancur.sedang-sedang je)
Halia (sebesar ibu jari dan ditumbuk jugak.Kalau ibu jari kecik.kecik la.Kalau besar,kecikkan)
Sebijik bunga lawang (leraikan dari kuntuman die tu ek)
Kulit kayu manis (jangan letak sampai seketul.Sikit-sikit udah lerr)
Sos tiram 1 sudu
Serbuk kari dan serbuk kunyit
Sos cili (4 sudu atau ikut kata hati aku)
Garam (x pkai ajinomoto.kalau nak jugak,gantikan dgn serbuk maggi cukup rasa)
Cara nak masak.
1- Sebelum masak,basuh ayam dulu.
2- Pastu,gaul ngan serbuk kunyit n serbuk kari.Bagi ayam tu wangi sikit.
3- Panaskan kuali, boh minyak n goreng ayam tu. Kalau suke garing,goreng lama sikit.
4- Then, dh siap masak ayam, kurangkan sikit minyak dlm kuali tu n dgn m'gunakan myk goreng ayam td jgk,
tumis bawang putih dulu,pastu baru halia, then baru bawang merah. Masukkan sos tiram jugak
5- Dah kua bau wangi, bubuh bunga lawang ngan kulit kayu manis
6- Then, bile dah kuning n memang semerbak baunya, ape lagi,masukkan cili blender tadi. Goreng sampai
sampai pecah minyak..selagi tak pecah minyak, jangan masukkan sos cili.
7- Dah pecah minyak baru masukkan sos cili. Ada yg sk manis skit kan, masukkan gula la yer..
8- Then, biar sampai pekat baru masukkan ayam..adun sebati yer..
9- Dah penat masak, baru angkat n hidangkan ayam tu.
Tambahan :- Nak bagi nampak lagi lawa, boleh tambah kacang pis @ tomato @ sayur campur
Hari ni dah 19 April ye..Tak terasa pantas masa berlalu. Minggu depan, 21 April dah nak start final exam pown. Aku selak2 organizer aku, terjumpa pulak satu ayat aku tulis pada petak 9 Januari 2009- hari bahagia aku!yesss… emm…puas aku ingat. nape aku tulis ayat tu..lastly baru aku ingat..tu la tarikh berakhirnya sebuah kisah kasih aku..
Emmm..malam ni tujuan datang PSZ nak cek jawapan past year organometallic chem ngan biha.tapi, jap. poyer2 dulu..bukak email, cek friendster, elearning, n cari info jap. emm..tangan gatal pulak nak bukak blog ex aku.aku pown bukak..Alhamdulillah, dier dah temu cinta sejati dier. syukur la.aku doakan dier bahagia hingga ke anak2 cucu dan cepat2 ader ikatan ngan gf dier.aku doakan jugak semoga dier dapat grad dengan cemerlang. gf dier memang lawa,comel dari aku.kurus jangan cakap la..memang comel..ape2 pown, aku gembira dengan perkembangan positif dier… semoga kekal abadi hubungan dier ngan gf dier.itu je doa aku..
Aku?aku macam ni la..dah tak sampai sebulan,tinggalla aku sendirian kat UTM ni..seme budak SPK dah nak grad..tahniah tau untuk korang.sedih tau korang dah nak tinggalkan aku.dan nanti, bermulalah perjuangan aku untuk 6 bulan terakhir sebelum aku bergelar graduan. aku berharap sangat, aku dapat back up pointer aku dalam tempoh aku extend tu..aku tak nak grad dengan pointer bawah 2.00..sedih..aku penah merasa dapat PNG 1.78..cukupla sekali dapat pointer teruk macam tu hingga buat aku extend. aku tau aku akan susahkan mak ayah aku.mula-mula pown abah macam tak bagi aku extend.tapi aku kan anak abah+anak emak+anak emas.hehehe (adik..jangan marah yer). last sekali paham jugak dier akhirnya tujuan aku extend.aku dah janji pada diri aku,sem depan aku nak struggle untuk PSM aku.aku nak make sure aku dapat A+ jugak..aku akan wat.aku akan pastikan.
Thanks pada “dia”. Tak penah jemu ke awak layan karenah saya?Tak penah ke sekali pon awak rasa rendah diri dan malu sebab kenal saya? Semalam aku buat “dia” sedih, “dia” menangis, “dia” pilu.. bukan..bukan macam tu..aku tau “dia” memang ikhlas.aku tau “dia” jujur dalam melafazkan perasaannya pada aku. malah, dengan penuh keyakinan “dia” mengatakan bahawa “dia” tak pernah merasa segembira dan sebahagia ini apabila “dia” ingat pada aku.. Maafkan aku. Aku tak berniat begitu.Sekali sekala, aku perlu menguji “dia”. Apakah benar perasaan cinta yang dilafazkan pada aku..Apakah benar tak pernah wujud lagi cinta pada perempuan lain dihatinya selain aku… Dan hanya satu jawapan aku terima.. hanya aku sanjungan hatinya dunia akhirat.
Panjang akal aku mengingati semula semua kenangan silam aku.5 tahun yang aku lalui bersama dia yang telah hilang bagaikan tidak mampu menandingi 1 purnama cinta “dia” yang hadir kini. Aku senang sangat dengan sikapnya. Apa yang pernah aku lalui sepanjang tempoh 5 tahun aku bercinta dulu, tak pernah sekali pun terlintas dalam ingatan aku sejak aku mula mengenalinya.Dengan “dia”, aku tetap aku.Tak perlu nak menipu untuk tarik perhatiannya. Tak perlu aku tinggi2 suara untuk aku buat “dia” terkedu. Dan tak perlu aku tanya samada “dia” cintakan aku atau tidak..kerana “dia” sendiri melafazkannya dulu…
Kini, matlamat aku yang pasti…aku nak tamatkan pengajian aku dengan penuh cemerlang. Tak mengapa sekalipun aku tak tersenarai dalam senarai dean list tetapi aku perlu meningkatkan prestasi aku.ITU PASTI. Dan tamat belajar, aku nak posting..sama ada kat KL,pahang atau perak. atau mungkin sabah dan sarawak.aku nak keje and anta mak abah gi haji.aku nak sambung bayar kete abah.hmmm..nampaknya tak ader can la aku nak pakai kete baru..setahun kemudian, aku nak tamatkan hubungan cinta ini.tak nak tergantung tanpa sebarang ikatan.aku tak sanggup lagi tunggu lebih lama..lagi lama bererti lagi banyak dugaan.matlamat jangka panjang yang pasti 2011.aku tetap sabar menanti tahun itu….apa yang pasti, biarlah ini cinta terakhir aku.. Aku mengakui kini…bahawa..lebih baik kita dicintai daripada mencintai..
Jangan meninggalkan orang yang mencintai kita kerana orang yang kita suka.Kerana kelak orang yang kita suka suatu hari akan meninggalkan kita untuk mencari orang yang dicintainya…
Naper orang suker tag2 yer..tak tau la..takpela..aku jawab jer yer
1.Bekas kekasih aku adalah :
:: kenangan silam mengusik jiwa tak perlu dikenangkan....
2.Aku sedang mendengar :
:: bunyik CPU pc lam library ni..macam bunyik tikus..emm..hamster???errkkk...
3.Mungkin aku patut :
:: balik bilik sekarang dan study organometallic chem...ooo..exam telecom kat aner yer...aduh..malasnyer aku nak cekk..
4.Aku suka :
:: gigit kuku...fevered betulll!!!!
5.Sahabat-sahabat baik aku :
:: eemmm...ooo..ader...emm..aaaa....eee...ooo...eemmmm....
6.Aku tak paham :
:: nape kalau dah suker kat seseorang tapi lidah kelu nak luahkan???nape..nape dan nape???
7.Aku kehilangan :
:: duit 5 sen..aku tersapu duit tu sekali daaa...sori yer 5 sen
8.Ramai yang berkata :
:: nani,tolong la kemas bilik ko ni..Aini la especially...huhu..tanpa mahu mengakui bahawa bilik beliau...Tuhan saja yang tahu
9.Makna nama aku :
:: CAHAYA MATA KESAYANGANKU..yang ni aku suker..thanks mak..abah
10.Cinta itu adalah:
:: buah oren...masam kalau tersalah pilih n beli yang murah...manis kalau beli yang mahal sikit n pandai pilih....
11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
:: kol aku dan bertanyakan nape aku kol dier tadi..padahal krdit aku expired..KAH KAH KAH..abang ngigau yek malam tadi..takpe...aku paham...
12.Aku akan cuba :
:: langkah mayat ko..ape ingat aku takut..gulp..memang takut pown
13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
:: sebuah tempat bernama SELAMA di dalam Malaysia
14.Telefon bimbit aku :
:: keypad dah pecah2...
15.Bila aku terjaga dari tidur :
:: terus tengok nset, bilang berapa miskol aku dapat..
16.Aku paling meluat apabila :
:: ingat semua kenangan masa awal kenal cinta dulu..macam b#8% siottt....
17.Pesta/Parti adalah :
:: mak wat doa selamat sebab anak dier dapat result cemerlang...cayang mak abah...
18.Haiwan yang paling comel yang aku pernah temui ialah :
:: Stokin....adk aku bagi nama kucing tu stoking..muka macam stoking..kiut giler..
19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi aku ialah :
:: 1 hari - 12 tahun,,,,
20.Hari ini :
:: hari sabtu...
21.Malam ini aku akan :
:: abihkan study organometallic n gayut ngan abang 5-6 jam lagik...
22.Esok pula aku akan :
:: basuh seme cawan aku guna pagi semalam
23.Aku betul2 inginkan :
:: dapat A untuk kimia organic...pliz help me....ni je yang memang aku target
24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
:: ooo..ader lesung pipit..cacat upenyer aku ni..
25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
:: beli n belah kat mydin coz murah.. arked permainan??/kat taman U ader 1 kedai CD jual game murah..beshhhh
26.Makanan Barat atau Jepun :
:: kureng...masak tempoyak ikan patin mak aku lagi sedap
27.Bilik yang terang atau gelap :
:: kalau terang lampu terpasang..kalau gelap lampu tertutup...
28.Makanan segera adalah :
:: ermmm...megi yang Aini salu bagi kat aku tu...