Jumaat, 30 Mac 2012

Kena Marah Atau Puji?

" Aina, surat awak ni banyak sangat salah ni. Ayahanda betulkan nanti kamu taip balik.Ish..ish..surat lintang pukang. X pas nak kawen awak ni,Aina." 
"Aik ayahanda,ade kaitan surat mohon sumbangan dengan nak kawen?"

"Itu la...laras bahasa surat rasmi xleh nak ade emosi. Nasib baik awk ade lesung pipit. Saya suka orang ade lesung pipit" Aku senyum sorang-sorang.Baru tau ke Ayahanda..huhu..dalam hati je la jawab



"Ni lagi satu,berapa kali awak nak tulis "dengan rasa rendah diri",awak mmg dah tinggi.X payah nak rendah2 dah ye sayang."

"Aina,nape x balik lagi ni? Gi balik. Nanti tunang cemburu pulak"
Dalam hati jelah saye jawab ye < X ade masa nak layan rasa cemburu tu.Banyak lagi keje lain saye nak buat.>

Khamis, 1 Mac 2012

01/10/11 -----> 01/03/12 ( TRIBUTE TO AWAK)

 5 bulan usia perkenalan kita. Hanya sebulan masa kita perlukan untuk melanjutkan perkenalan kita.4 bulan seterusnya, kita bahagia meniti sebuah jambatan tertulis di atasnya kasih dan sayang. 



Sabar dalam penantian menanti 3 bulan lagi untuk meniti di atas jambatan tertulis cinta kerana ikatan pernikahan atas dasar cinta...bukan sahaja kasih, bukan jua sayang tapi kesemuanya. 

Gila Diet!!


Yeah.. I'm strictly on a diet! I have to make sure I reach my target weight..
Total weight loss till present : Only 8 kg in 2 months!


Jangan makan malam...
Jangan makan nasik...
Jangan makan roti....
Jangan minum air manis....
Jangan makan bihun/mee/kuew teow goreng...

TAPI....
1. AIR SUAM MINUM 3 LITER SEHARI (500 ML PAGI , 1500 ML TENGAHARI, 1000 ML MALAM)
2. SARAPAN TETIAP PAGI MAKAN OAT JE.
3. TENGAHARI MAKAN SEMANGKUK BUAH-BUAHAN / OAT DAN WHOLE GRAIN BREAD.
4. BERJALAN 10000 LANGKAH SEHARI.. (AKU JALAN DALAM SEKOLAH JE.PARKING KETE JEJAUH PASTU WAT2 LUPE KETE KAT MANA)
5.KENA ADE KESEDARAN.SEBELUM NI,DATANGLA BALAK RAMAI MANA PUN,KALAU X IKHLAS,X JADI.SEKARANG JE BARU IKHLAS NAK KURUS...
6. TELUR AYAM MAKAN SEMINGGU SEKALI DAN ELAKKAN MAKAN IKAN BILIS KERANA KOLESTEROL LEBIH TINGGI DARI SEEKOR IKAN KEMBUNG.

 
 

Belanja Kahwin 2012

Setakat 29 Februari 2012, perbelanjaan untuk majlis akad nikah, malam berinai dan majlis resepsi sahaja sudah mencecah RM 9875.30 . Alhamdulillah. Berbanding bajet kahwin sebelumnya, aku hanya sanggup membelanjakan sekitar RM 4000 sahaja. Namun, kali ini aku ingin semuanya lain dari yang lain. Nak kongsi bersama x bajet kahwin aku punye??Boleh..x ade hal.

Barang2 mentah untuk memasak : TAK TERMASUK KRN SPONSORED.
Khemah / kanopi :  RM500
Pelamin 3 panel + baju sanding 2 pasang + hiasan meja makan beradap+ meja kek +  mekap 3 kali dan 3 kali touch up = RM 3000
Barang2 hantaran :  RM 1000 ( yang sederhana je)
Hiasan untuk bekas hantaran : 1 bekas anggaran dalam RM 50.(kalau kat kedai sebekas RM180)
Door gift / bunga telur / guest gift : RM 1800.
Kek Kahwin : RM350
Kad Kahwin : RM800
Lain-lain : RM 2000...


Macam mana? Berani x nak kawen? 


Dari mana dapat duit sebanyak itu??? Huhuhu...menyimpanla..hasil kerja selama 2 tahun. Yang penting, jangan perabihkan untuk belanja sesiapa yang x patut sangat. Lagi satu, gunakan sistem kutu yang membolehkan kita dapat duit dengan banyak sekaligus

Motif???

Pengetua : Aina, awak bertugas bahagian ape masa delegasi Thailand datang nanti?
AINA : OOO...SAYE X ADE LA SECANTIK CIKGU2 LAIN UNTUK BERADA DI BARISAN 
              PENYAMBUT TETAMU.SAYA MENGECAT DINDING SEKOLAH JE.
Lalu tercenganglah semua cikgu2 yang berada di dewan mendengarkan jawapan aku. Tapi itulah realitinya.

Sehari sebelum..............

"Aina,nanti pilih pengawas yang cantik2,putih2,kurus dan menarik dipandang masa orang Thai datang."

Dalam hati aku..... "kepala hotak kau.ingat yang cantik tu pandai buat keje ke?budak2 aku mmg ade yang x cantik,tapi buat keje tip top.aku x kira.pokoknye mesti ade sorang india aku nak masukkan.ko setuju ke x,ko amik budak lain wat keje.jangan kacau budak pengawas aku!PAHAM!!!!" ....sayangnya cuma keluar dalam hati je...

Seminggu selepas hari kejadian si Thai datang sekolah..Bila jumpa pengetua je.....
ISNIN :  Memula memandang atas bawah.. kemudian " Aina, cantik awak saye tengok hari ni
SELASA : Aduh aina...cantik awak pakai macam ni...
RABU : Sejak kebelakangan ni semakin cantik saye tengok awak ni. Butang baju awak pun cantik.Awak beli kat mana???
KHAMIS : Huhuh...x jumpa pengetua la hari ni...

Soalan aku : Apekah motifnye dia bertanya "Cantik butang baju awak.Awak beli kat mana butang baju sekolah tu?"

Adoi...macam2 tapi aku tahu.Pengetua nak hargai staf die.Ade yang suka,ade yang x suka..Pada aku,cara die mmg terlalu ekstrem tapi dalam masa yang sama die mmg berdedikasi.Apa yang diarahkan dan keluar dari mulutnye,mmg semua patuh dan memberikan kesan...

3 purnama menjelang detik indah

3 purnama bakal hampir,
3 purnama menghitung detik,
3 purnama merencanakan aspirasi,
3 purnama menjengah realiti,
3 purnama menanti pasti....................