Sabtu, 18 Jun 2011

Putus atau teruskan????putus???teruskan????no way!!!!!!!!

Aku ralit baca artikel mengenai kisah rumah tangga.Akhirnya,aku jumpa artikel yang betul2 buat aku tersedar.

Islam benar ganti rugi putus tunang

SAYA berkenalan dengan seorang lelaki hampir tiga tahun dan kemudian bertunang. Dalam tempoh pertunangan, kami sering bersama dan berjanji akan mendirikan rumahtangga pada awal tahun depan. Kami juga sering bertukar-tukar hadiah, tetapi saya yang lebih banyak memberi kepada tunang. Malangnya, tunang saya memutuskan pertunangan kami pada November lalu. Apa yang lebih menyedihkan saya ialah beliau merancang untuk berkahwin dengan perempuan lain tidak lama lagi. Apakah hak yang boleh saya tuntut daripada beliau?
Lana,
Bangsar, Kuala Lumpur.

Jawapan
Apabila seseorang itu sudah bertunang, ini bermakna dia telah mengikat suatu perjanjian yang dikenali sebagai perjanjian pertunangan dan mengharapkan suatu masa yang ditentukan nanti mereka akan berkahwin. Bagaimanapun, ada kalanya perjanjian pertunangan ini tidak ditunaikan sama ada dengan sengaja atau melalui paksaan.

Akibat daripada putusnya perjanjian pertunangan itu, mesti ada pihak yang menanggung malu dan perasaan tertipu seperti yang saudari alami. Undang-Undang Keluarga Islam memberikan hak kepada mana-mana pihak yang terkilan akibat putus tunang untuk mendapatkan semula segala pemberian sama ada dalam bentuk barangan yang dihadiahkan atau wang ringgit.

Seksyen 15 Akta Undang-Undang Keluarga Islam memberi hak kepada seseorang itu menuntut sedemikian.
Seksyen itu memperuntukkan bahawa jika seseorang itu mengikat suatu kontrak pertunangan mengikut hukum syarak sama ada secara lisan atau bertulis, dan sama ada secara sendirian atau melalui orang perantaraan dan kemudian enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi kepada kontrak itu tanpa apa-apa sebab yang sah, manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungjawab memulangkan pemberian pertunangan, jika ada atau nilainya, dan membayar apa-apa wang yang sudah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan dalam mahkamah.

Oleh itu, saudari bolehlah memfailkan tuntutan saudari di Mahkamah Syariah bagi mendapatkan semula pemberian yang diberikan. Tuntutan juga bagi segala perbelanjaan yang saudari tanggung bagi menyediakan segala keperluan untuk perkahwinan seperti tempahan kad jemputan, pelamin, khemah dan sebagainya.
- Jawapan oleh Setiausaha Agung Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Prof Madya Noor Awang Hamat.

Feedback org ramai :
qwerty berkata:
lebih baik putus tunang jika tiada persefahaman daripada terus berkahwin dan selang tidak lama bercerai.ataupun berkahwin tapi pada masa yang sama menyeksa pasangannya secara zahir atau batin.

leah berkata:
salam..putus tunang lebih baik dari menanggung beban yg teruk dari segi zahir dan batin kemudian hari..insyaallah ada jodoh yang terbaik..amin

komen aku???
Aku x tau nape aku dibiarkan tanpa sebab.Nape dia hilang tanpa berita.Adakah wang ringgit sahaja yang dia pandang dari aku atau selepas dia sedar aku x seperti Siti Nurhaliza,dia bertindak meninggalkan aku.Jawapan aku senang je.Aku tak kisah kalau putus tunang.Aku x kisah malu sebba kena tangguh kawen sebab aku lagi malu mkalau pas kawen bercerai.kesian kat anak.dan aku xkan bayar ape2 gantirugi pun sebab kes pempuan kat atas sama macam aku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan