Selasa, 25 Oktober 2011

Hantaran Untuk Perempuan.

Hantaran bagi perempuan ni kebiasaannya banyak bunga2 nye.kalau boleh,dengan pokok2 sekali nk diangkut letak dalam bekas hantaran tu.Let me share wif u --->> skiping siot..haha..Barang yang biasanye diberi untuk perempuan adalah seperti berikut.Colan-colannye adala...Gambar dikongsi oleh rakan2 dan dari amirul syafique..serta search kat google.

1.Of kos la brg2 mcm ni.perempuan dan kecantikan x dpt dipisahkan.Set perfume atau mandian.

2.Kasut.Bagi kaki macam aku,jangan berangan la nk letak kasut sebagai hantaran.mahal mane pun kasut,banyak mane pun duit nk beli kasut..kalau x ade saiz,x payah berangan la

3.Kek. Sekarang ni banyak kek yang jenis letak fondant.sweet n so colourful....sedap mata memandang tapi sedapkah di makan

4.Ini biasa la.Set mekap..Yang dalam gambar ni lancome punye..ingat..mesti ikut kemampuan bukan ikut nafsu serakah
5.Sirih junjung mesti ade beb.credit to amirul syafique.

6.coklat/gula2..credit to amirul syafique

7.sejadah/telekung/al-quran...credit to amirul syafique

8.handbag..yang ni aku suke..hehe..credit to amirul syafique

9.buah-buahan..credit to amirul syafique.

Hantaran Untuk Lelaki.

Cuma sekadar panduan buat diri sendiri dan mereka yang sedang pening x tau nk bagi hantaran ape untuk lelaki.Disini diberikan beberapa contoh barang hantaran untuk lelaki .Terima kasih kepada kawan2 yang sudi berkongsi gambar hantaran mereka juga ade gambar yang disearch di google.

1. Buah-buahan.x kisah nk letak buah ape pun.kalau nk tunjuk yg awk tu kaya raya,letak la buah carom.Credit to Dayana Farzeeha utk hantaran pertunangan beliau yang sangat indah.

2.Sejadah dan Al-Quran. Credit to Abby Azhari.

3.Kek / Cup cake.kalu x nak org makan ramai2,bagi cupcake.kalau nk share ramai2,bagi besen cake.hehe

4.Tuala yang digubah indah.Amaran:tolong cabut tanda harga.jangan x cabut.mcm nk mintak claim balik je kalu x cabut tanda harga.Credit to my fren Nor Azrena Abu Samah.Hantaran pertunangan dia.

5.Sirih junjung.Semestinya jadi kewajipan utk ade sirih junjung.Saye kurang pasti.Credit to Amirul Syafique for is miracle touch.

6.Buku agama.x kisah tajuk ape pun..Doraemon?Pokemon?e-pop..lu fikirlah sendiri,
Banyak lagi sebenarnya yang leh dijadikan hantaran.Hantaran yang dikongsikan di sini adalah untuk hantaran bajet sederhana.sebab bukan semua mampu bagi hantaran bajet mewah. Ape-ape pun terpulang kepada kemampuan.

10 petanda AWAK adalah jodoh SAYA.

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
JAWAPAN AINA HARNANI : Awak x pernah pun berlakon dengan kita.Bila awak ketawa,awak x cover2.Saya suke bile awk ketawa.. Jadi,petanda ni ada pada awak.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
JAWAPAN AINA HARNANI : Saye x penah jemu pun bile dengan awk.Bile fikir nama awk pun,saye xkan jemu.Senyum lagi ade.Jadi petanda ni pun ade berlaku.. :)
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
JAWAPAN AINA HARNANI : Awk menerima saya seadanya.saya bersyukur.saya x simpan ape2 rahsia dengannya..Petanda ni ada dalam hubungan kita
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
JAWAPAN AINA HARNANI : Kita memang jujur kan..Saya jujur sebab takut awk x dapat terima saya bila dah betul2 berdiri depan saya nanti.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
JAWAPAN AINA HARNANI : Saya x pernah fikir bukan2 dan sangsi pada awk.Orang kate bila baru kenal kena hati2.tapi nape ngan awk saye leh citer mcm awk kenal saye dh 25 tahun? Kita ade petanda ni kan.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
JAWAPAN AINA HARNANI :Dah banyak jugak kan dalam perkenalan singkat kita ni yang memerlukan kita bekerjasama kan????Awak mesti lebih tahu dan faham kan.Jadi petanda ni pun ada.
JAWAPAN
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
JAWAPAN AINA HARNANI : Bagi petanda yang ni,kena tunggu dan disatukan baru nampak dengan lebih jelas.tapi sekarang memang ade pun.Memahami tugas dan tanggungjawab saya mendidik yang kadang2 mengurangi masa santai bersama awak..Saye pun dapat faham diri awak..Kita lulus lagi
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
JAWAPAN AINA HARNANI: Awak dah sedia maklum dengan kelemahan saya...saye x ade kelebihan ape2 kecuali lebih berat badan je.hehehe
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
JAWAPAN AINA HARNANI : Kata hati saya selalu sebut nama awak.Dah banyak kali saye cuba mencari jawapan takut tersalah tapi tetap sahaja jawapannya ke arah awak..Jadi awk faham kata hati saya?
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
JAWAPAN AINA HARNANI : Tidak perlu dinyatakan di sini.Cuma awak yang tahu kebenarannya...
KESIMPULANNYA,KESEMUA 10 PETANDA INI ADA DALAM HUBUNGAN KITA.MAKA BENARLAH BAHAWA AWAKLAH YANG ALLAH CIPTAKAN BUAT SAYA..AWAKLAH JODOH SAYA.YE..AWAKLAH JODOH SAYA.

Selasa, 18 Oktober 2011

Menitis jua air mata ini..

Ya Allah..betapa agungnya nikmatMu,rahmatMu,kasih sayang dariMu ya Allah.

Aku x pernah tau bila ibunya pergi menghadap Ilahi...
Dia ingin menyunting aku menjadi tunangnya 20.11.2011.....
Katanya aku umpama pengganti tempat dia bermanja kerana ibunya pergi 19.11.2008...

Akhirnya aku ketemu jawapan dan petunjuk pada segala taubat dan istikharahku..

Ya Allah..alhamdulillah.Aku bersyukur kepadaMu.Aku takkan biarkan dia menempuh walau sedetik pun saat2 yang sedih.

Aku bukan aku yang dulu.Aku kini ingin menyuci dosa. Mungkin tiada lagi peluang selepas ini. Aku xkan menyesal kerana aku redha,bertawakal kepadaMu...wahai Allah Maha Suci..

Peluang Hadir Kali Kedua.

Cinta pertama adalah tempoh percubaan.Kalau kekal alhamdulillah.Tapi kes aku,gagal kerana kebodohan aku.
Cinta kedua adalah suatu bentuk pembetulan.Kalau lulus dalam cinta ini,maka pembetulan tersebut adalah satu kejayaan belum telus.Tapi malangnya aku gagal lagi.Aku dah rasa cinta bawa malang dalam hidup aku.

Muncul cinta ketiga.Juga putus di pertengahan jalan.
Aku atur langkah dengan cinta keempat.Alhamdulillah..juga putus kerana curang.

Dan kini,cinta kelima....mungkin cinta terakhir dalam diari aku.Insya Allah. 20.11.2011 yang sepatutnya menjadi majlis perkahwinan terindah dalam hidup aku akan bertukar menjadi majlis tahlil dan majlis pertunangan buat kali kedua dalam hidup aku.Dan aku akan pastikan,inilah yang terakhir dan terindah.....kerana Allah....

Selasa, 4 Oktober 2011

Sedih lagi...

Nset jatuh dalam air tanpa disangka2..ada jin ke yang tolak nset tu??dah duduk elok2,diam2 atas batu..rata plak tu....nape dugaan melanda aku bertubi2.nape?????????????? nape hanya aku..aku dh x mampu lagi nak tanggung semua ni..putus tunang.thrombofilia,skrg nset plak...aku lebih rela mati je,, :'(

Aduh..nak pilih yang mana ni??

Yang itu atau yang ini????????