Selasa, 4 Oktober 2011

Bila Perempuan Serius Dalam Percintaan

1. Perwatakan kamu yang selamber dikhalayak ramai tidak menjejaskan sedikit pun mood gadis kamu untuk berjalan bersama kamu

2. walaupun adakalanya kamu memakai pakaian yang tak bergosok pun si dia senang apabila bersama kamu
3. menghabiskan masa setiap pagi untuk mengejut kamu dengan mendail no telefon kamu atau menghantar mesej kepada kamu untuk mengejutkan kamu solat subuh memandangkan malam td ada perlawanan kelab bola kegemaran kamu

4. menghadiahkan hadiah pada HARI JADI KAMU dengan hati yang ikhlas di mana hadiah tersebut di beli secara online memandangkan payah sangat nak carik kalau berjalan satu Malaysia ni

5. tetap tenang bersama kamu walaupun KAMU MENINGGIKAN SUARA

6. tidak MENITISKAN AIR MATA dihadapan kamu walaupun KAMU MELUKAI hati si dia dengan SENGAJA atau TIDAK SENGAJA

7. memahami karier kamu sebagai SEORANG INSAN YANG PERLU MEMEGANG TANGGUNGJAWAB KEPADA KELUARGA KAMU TERLEBIH DAHULU

8. meletakkan diri selepas ALLAH, IBU BAPA, KELUARGA, KERJAYA

9. tidak mengungkit KISAH PERIBADI kamu

10. tidak meletakkan tahap pelajaran atau MEMBEZAKAN tahap pelajaran dengan KAMU

11. cukup sekadar kamu sedar TANGGUNGJAWAB kamu kepada KELUARGA kamu terlebih dahulu dan seterusnya BARULAH KEPADA SI DIA
12. Tidak mengada-ngada untuk meminta itu ini kepada kamu
13. tidak merengek walau ada ular di dalam rumah
14. mampu menjaga diri sendiri apabila kamu berjauhan dengan si dia
15. akan merasa RINDU tatkala kamu JAUH denganya
16. akan memberikan kata2 semangat bila kamu KECEWA atau BILA KELAB BOLA SEPAK KAMU TERKANDAS
17 . boleh SUPPORT KELAB BOLA KEGEMARAN kamu walaupun si dia memiliki KELAB BOLA KEGEMARAN SENDIRI
18. mempelajari aktiviti seharian kamu
19. GOOGLE segala bagai info untuk membantu kamu MENDUDUKI PEPERIKSAAN dimana bila bersembang korang tak sembang kosong walaupaun ada 24 JAM masa sebelum MENDUDUKI PEPERIKSAAN
20. membantu kamu dengan MENGEMASKINIKAN segala bagai FAIL untuk memastikan KAMU TIDAK DIPANGGIL oleh PENSYARAH sekiranya MQA SERANG
21. memasak masakan KEGEMARAN kamu walaupun PADA KETIKA ITU SI DIA SEDANG BERGELUMANG DENGAN ASSIGNMENT SEGALA BAGAI
22. menjaga air muka kamu walaupun ketika itu KAMU TIBA2 TERGELINCIR KETIKA BERJALAN DI ATAS LANTAI YANG BASAH
23. dengan rela hati menaip segala bagai KISAH COUPLE kamu ngan si dia di dalam BLOG
24. sabar menunggu KAMU MASUK MEMINANG
25. memujuk kamu dengan PELBAGAI SKILL memandangkan kamu ni KEPALA BATU
26. sedaya upaya membantu JIKA TERDAPAT SEGALA KESULITAN YANG DIHADAPI
27. tidak KISAH kamu nak BERKAWAN dengan SIAPA, JANJI KAMU TETAP MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB KAMU IAITU MENJAGA SI DIA
28. sabar dengan DUGAAN dalam MENANGANI PERANGAI KEBUDAK-BUDAKAN KAMU
29. sentiasa MESEJ atau CALL walau KAMU TAK REPLY ATAU ANGKAT
30. sentiasa mendokan KESEJAHTERAAN KAMU
31. BERSIKAP DEWASA DALAM MELAYARI KEHIDUPAN BERSAMA KAMU
32. menunjukkan PERASAAN ingin MENGENALI AHLI KELUARGA KAMU
33. sentiasa BERTANYAKAN KHABAR IBU dan BAPA kamu
34. sanggup turun SELATAN - UTARA untuk bersama kamu untuk menemani kamu menghadiri MAJLIS PERKAHWINAN sahabat kamu
35. menyediakan BAJU MELAYU kamu atas PERMINTAAN kamu untuk di pakai DI HARI RAYA YANG MULIA
36. membuat KUIH RAYA untuk kamu memandangkan KUIH RAYA yang kamu minati susah nak dapatkan dipasaran
37. KAMU adalah orang yang pertama di cari SEMASA DI PAGI RAYA

Bila Lelaki Serius Dalam Percintaan

1. Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan…

2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

3. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu…

4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah…Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu..

6. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.

7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja

8. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu..

9. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

10. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

11. sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya..

12. Tidak suka kamu memakai seksi…kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek…

13. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

14. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

15. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

18. Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu…

19. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

20. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.

JANGANLAH BUAT ORANG YANG MENCINTAI KAMU KECEWA

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,’Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Isnin, 3 Oktober 2011

Ciri wanita idamannya ada 2 sahaja..

1) agama..
sy lelaki akan pegang tanggungjawab sebagai ketua keluarga. dan ketua keluarga ini,mesti seorang yang boleh diharapkan,boleh memimpin keluarganya,matang,dan berilmu. pd isteri pula,perlu beragama dengan manjaga solat 5 waktu,puasa,menjaga kehormatannya,dan dsb.

----> Pernah aku tersesat namun kini aku sudah kembali ke pangkal jalan.Apa yang melanda aku,menginsafkan aku.Kerana itulah aku perlukan pemimpin padaku agar bertambah keimanan ini. Cinta kerana Allah.


2) setia.
sy paling tak suka ppn yang tak setia.kesetiaan ini penting,apabila,apa juga masalah @cabaran dalam alam rumah tangga,dia tetap setia dengan suaminya.. janganlah dengan cabaran hanya remeh temeh,dia mula berpaling tadah..sy tak suka..setia bagi saya amat penting,dn sangat penting..

----> Ceritanya,aku sedang belajar untuk setia... Apabila dia mencintai dengan seadanya, hanya kesetiaan sebagai galang gantinya.

Dan katanya jugak "kadang2 yang hadapan mata kita,itulah yang paling terbaik"

Ku cari damai di hati

3 hari bercuti di Pulau Santap bermula 3 Oktober - 5 Oktober, Janda Baik. Amat tenang. Sendirian. Tiada buku rekod mengajar. Tiada huru hara. Tiada jeritan2 pelajar. Tiada wajah2 tekanan guru. Ada sesuatu yang aku ingin pastikan di sini. Biar ketika pulang nanti, aku melangkah teguh dengan apa pun keputusan yang akan ku putuskan selepas ini.

Ahad, 2 Oktober 2011

Aku suka ilusi optik ep. 3

Cube bilang ade berapa black dot dalam gambar ni?
Pandang ke atas atau pandang ke bawah????
Mane satu antara askar2 keparat ni yang paling tinggi?? Nampak mcm yg paling kanan tu paling tinggi tapi sebenarnya sama panjang je mangkuk2 ayun ni

Nampak kotak2 hitam je ke??x nampak menda lain dah??? Ade perkataan LIFT dalam tu

Arnab ke Itik?

Aku suka ilusi optik ep. 2

Ad jugak ilusi optik yang melibatkan motion.Menda x bergerak tapi kita nampak bergerak.Macam contoh2 ni.. (tq jugak kepada NIEHS kids)





Ape kesimpulannya? Xpayah nk belagak pandai kata ni trick ke ape ke. Paham x ni ilusi optik..Bukak balik buku sains tingkatan 2.darjah 6 pun ade blaja jugak..