Isnin, 28 September 2009

*7 Raw Facts About Me:

1. Tak abih2 belajar lagi..kawan seme dah konvo...
2. Dah pandai guna Joomla! walaupun dulu aku penah berazam tak nak wat web guna Joomla atau CMS yg lain
3.
Anak kesayangan abah...
4. Baru sampai dari Pahang, terus online untuk bukak blog kegemaran aku...
5. Aku berjaya menunaikan puasa 6 buat pertama kali dalam hidup aku tahun ni...
6. Boleh cakap bahasa kedah,sarawak n terengganu sikit2 disamping bahasa arab yang tunggang langgang
7. Baru kehilangan adik yang manja dan dikasihi 15 Oktober lepas .. :'(

*7 Situations That Scare Me :

1. Jumpa ular..confirm tak tau nak buat ape..
2. dapat online..especially dalam bilik.mesti lupa nak wat keje...
3. ditinggalkan lagi..tak sanggup..cukuplah sekali..
4. takut tak sempat siapkan PSM
5. takut kena extend lagi
6. peristiwa sedih lagi menyayat hati...melihat adik terbaring kaku dengan wajah pucat lesu.
:'( :'( :'(
7. takut kehilangan lagi..


*7 Things I Say Frequently :

1. Pe jadahnya..
2. Nak mampus ke?
3. Sengal betul la kambing ni - ni khusus untuk yang tak reti bagi signal masa nak masuk simpang n suke masuk depan keta aku tiba-tiba..
4. Yang lepa ni tergedik2 macam kera luku pasai pa.. - khas buat pompuan yang aku tengok2 kadang2 tergedik2 bila jalan depan jantan. Awat kalau jalan lek lok buleh mampuih ka. Tak patut..
5.tatau
6. tatau
7. tatau

*7 Most Valuable and Sentimental Things of Me :

1. Nset Nokia 6680 milik arwah adik kesayangan.
2. Gelang arwah yang aku jumpa dalam kereta
3. Spongebob yang aku hadiahkan buat arwah ada dalam bilik aku sekarang ni..
4. Gambar aku dan adik yana yang arwah adik capture dalam nset dier..sedihnyer tengok..
5. Cincin pemberian buah hati pengarang jantung..
6.Lovebird keychain gambar mangga untuk aku dan kunci untuk die.die ada kunci untuk buka mangga dalam hati ini
7. Semua gambar arwah adik sejak dier kecil hingga die meninggal.aku akan simpan elok2.

*7 First Time In My Life :

1. Pertama kali ditinggalkan oleh insan yang teramat aku sayangi 15 oktober 2009
2. Aku berteleku lama di pusara arwah adik. Aku dulu takut sangat nak jejak kaki ke kubur
3. Eksiden tahun 2007, odw balik dari shah alam ke JB anta kawan
4. Naik Mercedes 4 jam je dari JB sampai Mempaga.
5. Aku dengar mak aku merayu " Anak aku dah tak ada..anak aku..."
6. SEMUA sedara mara aku berkumpul dalam satu rumah baik dari pahang atau kedah
7. Menjadi milik insan yang ikhlas menyintai diri serba kekurangan ini


Rabu, 16 September 2009

Alhamdulillah..

Nape la baru hari ni aku terfikir nak try wireless adapter ni dalam bilik... Kalau tak dah sebulan lebih dah aku tak payah nak ulang alik gi PSZ tu online.. Alhamdulillah. Dapat jugak online dalam bilik sambil makan kopok masa berbukak..haha..

Citer pasal bukak puasa..tadi aku jalan2 nak gi kat keta. Tibe2, aku nmpk ad la mamat n minah yang kononnya jiwang la tu naik moto sesamer. Dengan kereknya sambil lalu tepi aku, die ketawa2 pulak.Siap press press minyak lagi. Dalam hati aku .. "Hek eleh..Ko ingat ko je ader bf pandai bawak motor? Bapak aku race dalam ladang lagi tau!" .. Tak sampai 100 meter,aku nampak mamat n minah jiwang karat tu pusing balik.

Kah kah kah..sekali sweater awek die jatuh la..Atas tengah2 jalan plak tu. Dah tak pasal2 malu nak kena kutip balik semula atas jalan tu. Dengan tak pakai tudung, baju pun kalau tonggek,nampak belakang.

Nanti orang kata "apalah..sweater jumpa tengah jalan pun nak kutip ke?" kahkahakah...

Tu mesti tak sokong kempen "Say no to BONCENG"..

Isnin, 14 September 2009

Bila si dia.......

1. Bila si dia sibuk....... .Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego.......Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik.... .....Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran....... ..Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat.......Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri..... .... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong. .....Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya.. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba...... ... Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang......Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul......Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.

Ujar Lelaki...Ujar Wanita....

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam , wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat, celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji

Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi

Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

'KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI....

Masya Allah...Istimewanya Wanita.

" Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah" Allah akan berkatkan rezekinya."

" Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah"

" Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi,"

" Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

" Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang yang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di Hari Akhirat."

" Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan dibuatnya pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

" Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

" Sabda Nabi S.A.W:

"Ya Fatimah, barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya Sakaratul Maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman Syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

"Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal
tersebut,jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia."

"Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama
orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang
takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. "

"Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia
kehendaki dengan tidak dihisab. "