Rabu, 1 Januari 2014

Pahit Manis 2013

Pahit manis semuanya hanya aku dan Allah sahaja yang tahu. Yang manis, akan tersimpan jadi kenangan yang terindah. Begitu juga yang pahit. Akan menjadikan aku lebih matang dan berhati-hati dalam menempuh kehidupan. Aku soroti kenangan sepanjang 2013.

HARI GURU 2011
Tema : Merah Membara

Merah Membara temanya. Semua cikgu sporting habis.Best.

Pertandingan Payung Tercantik. Dapat 3rd places rasanya.
HARI GURU 2012
Tema : Back To School. ( Semua cikgu-cikgi pakai baju sekolah)

Me as student with my student.

Me as students also with my students.
HARI GURU 2013
Tema : Arabian VS Bollywood.
Aku pilih Bollywood.


HARI SUKAN SEKOLAH 2013

Walaupun tewas dalam merebut juara keseluruhan, satu kebanggaan apabila masih mengekalkan kejuaraan dalam pertandingan perbarisan dan khemah. Paling mengharukan adalah semua guru turut sama berganding tenaga demi memastikan apa yang dihajati tercapai. Saya sayang WAJA.



ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA
Terima kasih abang

Nampak kecik je kek tapi 2 org makan sekali hadap. Kau rasa???


Khamis, 16 Mei 2013

Selamat Hari Guru 2013 ( Bollywood VS Arabian theme)

Selamat Hari Guru....
Dari kami semua...
Guru-guru yang tercinta....
Berbakti untuk semua....

Uwaaaaa...hari ni hari guru. Perasaan??? Gila tak seronok? Mestilah best. Paling best tema tahun ni adalah Arabian VS Bollywood. Memang tak sangka cikgu cikgi bagi komitmen yang 100% jitu. Semua pakai ikut tema. TAHNIAH!....

Aku? Mesti la ikut tema.. Jap lagi aku haplod gambarnyer... cuma tak leh banyakla..sikit je.

Pengetua dan semua guru-guru yang berbangsa Arab. Aku sorang je heroin Hindustan terselit situ

Ahad, 12 Mei 2013

Kini aku kembali....

Hampir mencecah setahun aku sunyi dari pena mata keyboard ini. Kini aku kembali. Mencatat.... Berkongsi cerita, Berkongsi pengalaman.... Aku kini kembali.

Selasa, 5 Jun 2012

Kehidupan baru kini bermula.

Aku yang bernama Nurul Aina Harnani Abdullah kini diletakkan di bawah tanggungjawab suami tersayang, Firdaus bin Yusof. Ya Allah,kekalkan cinta antara kami,mudahkan dugaan dan cabaran yang kami bakal tempuhi,beri kami kekuatan...Sesungguhnya Kau yang Maha Mengetahui dan Maha Memberi...

Jangan pisahkan aku dan dia. Biarlah segala penderitaan berlalu. Aku hanya inginkan dia.
 

Rabu, 11 April 2012

Sigh~ :"(

Aku dah penat....
Aku dah tak mampu lagi...
Aku dah x dapat tahan lagi...

Tuhan, tolonglah aku...
Jangan biarkan aku terus begini...
Aku tak mampu tanggung semua sendirian....

Sabtu, 7 April 2012

Makin Menjadi-Jadi...



Makin lama, makin menjadi2 gila aku ni. Baru turun JB, x sempat nak berehat,terus gi layan otak gila aku ni... 

Kek Hari Lahir Untuk Abah < air tangan aku sendiri >
Nasik Ayam Nani... hehehe...
Nasik Ayam Nani tadi makan dengan Sup Bebola Nani....
Menyelerakan....fresssshhh  fruit on fresh cream..

Tak sempat nak posing la....

Tiramisu...taught by expert,learned by amature


Thiz is mine!!! First timer decorator...


Nak buat suami lekat di rumah adalah dengan memastikan makan minumnya terjaga. Betul ke???

Seminggu yang panjang....

Dalam tahun ni,belum pernah sekali pun aku berpeluang outstation..Akhirnya,dapat jugak aku  keluar dari bahang tekanan kerja yang menghimpit.

Buat mereka yg pk cikgu ni kalau kn bwk budak gi luar,die seronok sangat sebab x payah mengajar,jawapan aku senang je..KEPALA HOTAK KAU!!!!!!!!!.....
Aku dah tinggal keje secukupnye untuk pelajar aku. Tu pun ade yang x buat. Tapi xpe..tunggu la minggu depan.. Kan dah salu gtau,bila sakit je hati saye,maka sakitla jugak korang.

Ke mana aku pergi? Aku memencilkan diri di JB..bukan johor baru tapi janda baik..jauh dari bisingnyer ank2 murid,jauh dari ragam cikgu cikgi..tapi aku x pergi tangan kosong..aku bawak 17 orang pelajar dan sejumlah buku untuk ditanda.

Kempori Pengakap Daerah Bentong tahun 2012 bermula 3 - 6 april jadi selama tu jugak aku bertapa di sini. Segala penat lelah,sakit dan derita berbaloi sangat2...kenapa...saksikanlah...